Sebuah pertemuan,
bukan bermakna memberi harapan,
aku cuma ingin berkongsi cerita impian,
yang baru dibina semalam.
Sebuah perpisahan,
bukan bertujuan memutuskan sebuah harapan,
aku datang untuk menjelaskan keadaan,
moga kamu dapat faham.
Sebuah perasaan,
bermakna bukan SUKA untuk suka-suka,
bukan nya TAK SUKA untuk saja-saja,
kita ada fokus, matlamat dan tujuan,
kita ada sebab bukan sekadar keinginan,
kita fikir sebuah harapan untuk dilaksanakan,
kita mencari jawapan berpaksikanTuhan.
Sebuah harapan,
bermakna ia sesuatu yang
bukan untuk di kenang,
bukan untuk dihilangkan,
bukan sekadar hiasan,
bukan tercipta sebagai alasan,
tapi untuk dilaksanakan.
Sebuah perjalanan,
tak sama ertinya dengan sebuah pelarian,
aku cuma ingin melangkah jauh,
bila keputusan Matahari untuk naik lebih tinggi.
Sebuah keputusan,
yang ingin ku pertahankan,
untuk masa depan,
untuk memaknakan sebuah perasaan,
untuk tidak mensiakan jawapan Tuhan,
supaya tidak ada yang dikecewakan,
supaya semuanya reda dan faham.
Maka, moga kamu terima...
Sebuah kemaafan,
yang sedang aku coba sampaikan,
moga tiada lagi taufan,
yang berputar dalam fikiran kalian.
Inilah sebuah aku..
yang kamu perlu tahu.
__________________________
nukilan,
Ds Khairunnisa Ismail;
hamba insan biasa.
tak tercapai akal wa mau faham. macam tolak cinta saja.
@Sahidzan: aw, ingat Cinta itu macam bakul ka, bole di tolak-tolak ^_^ .. naa, itu namanya seni, kasi tinggi sikit larasnya.. pergh!
kalau ada rating, mesti sy dah rate.
@huzaifah: ^_^ perlukah?
hehe saya cuma harap, rating tertinggi dalam hati pembaca, itu suda cukup.. fulamak .. orait?
salam....saya nak mnta izin copy penulisan ukhti yg kat tu,,,tajuk ku smpaikan sebuah...sekian..salam
@nur qulbi:
orait.. :) sila kan.. asal jangan bubuh nama orang lain dah la ye he he he.. kalau rajin.. link back.. nak tengok he he