Archive for 2008

Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha


posted by Khairunnisa on

7 comments


Harga : RM 28.90

Novel ni sahabat aku yang promote, Ukht Masturah huhu siap mms cover buku tu ari tu ish ish ish ..baca sinopsis ja dah aku tertarik. So, aku pun gi la cari kat SMO dan JAAFAR RAWAS. Tak kuar lagi kat Kelantan ni sekarang. So, aku sms kawan belikan kat KL huhu. Ni nak kongsi kat readers suma ttg buku ni ek.



Sinopsis:



"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan Cinta saya kepada Allah karena cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu untuk bisa dibelai Allah, tetapi hati saya dipenuhi pula kerinduan kepada Yusuf. Apakah saya sudah menjadi manusia musyrik, ya Ustadz? Tolonglah saya! Demi Allah, saya tidak kuasa untuk memilih satu dari cinta dan kerinduan ini. Rindu saya untuk menggapai Wajah Allah seiring rindu saya menggapai wajah Yusuf?."



Rintihan Zulaikha merobek-robek angkasa malam. Cinta dan kerinduannya kepada Yusuf demikian mendalam. Inilah kitab cinta sang wanita muslimah kepada Yusuf? Seorang pemuda Muslim yang diberkati wajah yang bercahaya. Akankah takdir Yang Maha Kuasa membimbingnya menyatukan jiwanya dengan jiwa Yusuf, sekalipun jalan cinta yang harus dilalui oleh sepasang insan ini demikian berliku? Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama nyala api kecemburuan, iri, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat mendera iman?



Inilah novel spiritual cinta dan iman berasaskan kisah al-Qur'an yang telah dieksplorasi ke dalam beragam karakter hidup, pengalaman dan perilaku umat kontemporari. Sebuah inspirasi hidup bagi kaum muslimin/muslimat dalam menjalin ibadah, cinta dan obsesi hidupnya. Sebuah mahakarya novelis Muslim terkemuka saat ini, Taufiqurrahman al-Azizy, yang telah berhasil membangkitkan ranah sastra religius Indonesia melalui Trilogi Makrifat Cinta (Syahadat Cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta).



Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.



Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.



Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya'kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.



Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya'kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.



Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.



Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.



Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.



Komen:




Tahniah buat Taufiqurrahman kerana telah berhasil mempersembahkan karya yang menarik. Saya doakan beliau agar terus dapat menghasilkan karya-karya Islami yang lebih menarik lagi!!






edit dan sumber dari Seruling Senja blogspot

Salam Maal Hijrah


posted by Khairunnisa on

No comments





Assalamualaikum. Huhu

Syukran buat sahabat Ibnu Sina Putra yang sudi bagi e-kad ni ....

Salam Maal Hijrah juga buat semua sahabat bloggerz dan readerz yg tak jemu menziarah blog ni..........






LOVE Lillah.. ,

Qalam Khairunnisa.

Qalam Hazin jadi satu persoalan?


posted by Khairunnisa on

1 comment



Kenapa mesti "Qalam Hazin" ? itulah persoalan yang selalu sahabat blogger ajukan pada aku. So, di kesempatan ini, aku akan menjawab persoalan itu.



1st time aku nak bina blog Qalam Khairunnisa ni, aku tak tahu nak letak web address apa. Nama pena aku dari dulu "ALMUSAFIRAH". Tapi, aku da buat guna friendster.So, tak nak la sama. Kebetulan aku tengah baca Novel Islamik "Warkah Cinta Berbau Syurga" karya A.Ubaidillah. Watak utama seorang student Al-Azhar yang mempunyai bakat penulisan yang penuh dengan seni islam. Setiap karya dan puisi nya di hantar ke majalah kalau tak silap aku dia menggunakan nama pena Qalam Hazin.

Di sebabkan aku ketandusan idea. Aku pun letak la [ www.qalamhazin.blogspot.com]. Email khas for weblog tu pun aku buat sama = [ qalam_hazin@yahoo.com ] sebab malas nak fikir benda lain lagi. Lagipun kalau sama senang nak ingat. huhu simple like that.



Nak tukar payah pulak. Sebab ramai da tahu add web ni. So, aku just ubah je kat atas tu jadi Qalam Khairunnisa sempena nama aku. huhu pening-pening...



Perkara yang pelik dan menariknya, ramai yang add ym kat email [qalam_hazin@yahoo.com] ni. 1st tu, aku pun pelik dengan soalan dan pujian dari diorang. "novel awak memang best", "novel tu kisah benar awakkah? ", "boleh tahu, awak ni lelaki ke perempuan?" . Setelah aku tanya semula, rupa-rupanya peminat novel "Warkah Cinta Berbau Syurga" . Ish3... tergelak di buat nya. Mereka telah menjadikan watak utama itu "hidup" secara tidak langsung huhu. Jadi, kepada peminat novel "Warkah Cinta Berbau Syurga", aku minta maaf la sebab mengeliruan kamu semua. Huhu.







DSKhairunnisaIsmail ,
Pasir Mas
Kelantan,
November 08

Dewan Qalam


posted by Khairunnisa on ,

No comments


di suatu petang.. sedang berlangsung sebuah mesyuarat di Dewan Qalam .


zen : aku akan bersiap untuk menjauhkan diri

amin : haha aku pun tak kan berputus asa.. berjuang sampai titisan darah terakhir ..itulah sifat futuwwah dalam mencapai muruwwah..

zen : we'll see, macam mana amin nak satukan langit & bumi?

amin : langit dan bumi memang bersatu

zen : langit itu tinggi, perlu mendongak untuk melihat, menggapainya jangan di impi

amin : dan kita di bumi jangan ingat kita boleh buat apa saja di atasnya

zen : sekurang-kurangnya kita dapat memijak, menyelami perasaannya. Tapi langit..tak tahu macam mana hatinya, sekejap panas, sekejap hujan..kadang-kadang redup..

amin : sama ja..bumi pun kadang-kadang tenang, kadang-kadang ada bencana..

zen : manusia membuat kemungkaran di bumi,bukan di langit.. hinanya bumi untuk bersama dengan langit

amin : namun langit masih mahu menemani bumi..bukankah itu tanda cinta sejati

zen : awan di langit tak akan mencecah bumi kalau langit tak merendah diri

amin : memang tak kan mencecah..tapi zen tengok, pernahkah langit tinggalkan bumi?

zen : hem..biarlah. Bumi tak kan mengharap pada langit..biar tertanam cita di perut bumi..berkubur segala rasa

amin : bumi buat la apa pun..tak kan berpisah langit dengan bumi

zen : we'll see

amin : tengok la puas-puas..kalau zen nampak bumi berpisah dengan langit, bagi tahu amin ya..hihi

zen : mungkin tak berpisah..tapi berbalah

amin : bukan mungkin, tapi pasti. hinggalah hari kiamat..berbalah macam mana pun, tak kan berpisah

zen : tak perlu melakar angan impian, kalau hanya menanam bunga berduri di atas bumi

amin : haha dah kalah la tu..siap guna mutiara kata..zen kata la apa pun.. impian dan angan la permulaan sebuah kejayaan

zen : cis..habis modal aku



p/s: ntah apa-apa..

Minta Maaf ya


posted by Khairunnisa on

No comments


ana minta maaf sangat2..huhu raya Qurban pun tak sempat nak wish ..ana busy sangat2...ada waktu kelapangan, ana dah siapkan artikel khas sempena semua ummat Islam menyambut Qurban bagi mengingati pengorbanan besar Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Tapi, tak sempat nak upload. If ana upload sekarang dah "ketinggalan bas" la namanya huhu.

Apapun, syukran kepada semua bloggerz dan readerz QK yang sudi singgah. InsyaAllah artikel baru akan di upload beberapa hari lagi. Sebab sekarang busy nak atur blogshop www.shopwithnisa.blogspot.com . Maklumlah, baru dapat baju baru. So nak atur. Pening sangat2. Kesian kat pelanggan yang menunggu reply. huhu

Apapun, new sem tak lama mula. Moga perjalanan kalian kembali ke kampus masing2 selamat dan dirahmati Allah.

QK: Asifahhh jiddan...

Assalamualaikum


posted by Khairunnisa on

1 comment

Asslamualaikum semua..

QK nak mohon maaf byk2 sbb tak dpt aktif sekitar DISEMBER ni..insyaAllah hujung DIS ni QK akan upload new post utk dikongsi bersama..huhu

QK amat2 btrima kasih kpd smua bloggers yg sudi singgah jenguk even blum ada pbaharuan lagi kat sini..apapun..maaf dan syukran..





Love,

QK - Mahabbah Fillah

DILEMA MELAYU-ISLAM


posted by Khairunnisa on ,

3 comments

Salah satu buku sampingan yang aku baca
untuk mengisi cuti sem di Pasir Mas, Kelantan




CHECK OUT !




DILEMA MELAYU-ISLAM
[ KURANG FIKIR atau KURANG ZIKIR ]
– dikarang oleh PAHROL MOHAMAD JUOI



“ Merombak monopoli kebenaran berpaksikan puak dan kumpulan. Samada yang berjenama agama mahupun bangsa. ”



Buku ini merupakan analisis perkembangan Politik Kontemporari daripada Kaca Mata bebas. Penulis ingin mengajak pembacanya kembali menyorot sejarah. Belajar daripada Rasulullah s.a.w bagaimana Baginda s.a.w membina satu bangsa bermaruah sedangkan awalnya terkenal Barbar dan Jahiliah. Penulis juga menegaskan bahawa isi kandungan, pandangan dan pendapat yang terkandung di dalam buku ini tidak semestinya menggambarkan pendirian penerbit. Sekalipun pasti ada isi kandungan, pendapat dan pandangan yang tersalah dan kurang tepat, semoga ‘kesalahan’ itu nanti menjadi titian untuk pembaca mendapat sesuatu yang lebih benar, baik dan tepat


Penulis menegaskan bahawa buku ini bukanlah tulisan yang mengupas mengenai gagasan fikiran dan idea semata-mata, tetapi ia ditunjangi oleh langkah-langkah prakikal berdasarkan pengamatan dan pengalaman. Penulis sedar, sebagai seorang da’ie, pandangan beliau memerlukan teguran dan gilapan daripada pelbagai pihak- khususnya ulama, pemimpin dan seluruh golongan masyarakat.



Penulis mengajak, kepada semua yang bercita-cita untuk membangunkan bangsa, agama dan negara, buku ini insyaAllah akan memberi input yang cukup berguna sama ada secara langsung ataupun tidak. Penulis akan membawa mengimbau perjuangan masa lampau, menyorot reality masa kini dan merencana langkah-langkah menuju masa hadapan. Penulis berkata, jika apa yang terkandung dalam buku ini benar, terimalah. Sebaliknya, jika salah…tolaklah. Jika benar ia boleh “membetulkan” kesalahan kita. Jika salah akan menambahkah tingkat “kebenaran” kita. Insya-Allah .



Buku ini juga mempunyai 39 bab yang sangat menarik untuk di kupas. Di sini, suka saya kongsikan ke seluruh tajuk utama setiap bab khas untuk anda.



Bab 1. Dilema Melayu-Islam
Bab 2. Perjuangan Islam atau Melayu ?
Bab 3. Mengapa Melayu-Islam belum cemerlang?
Bab 4. Melayu yang mati akar
Bab 5. Bukan sekasar REVOLUSI mental
Bab 6. Perjuangan nafas yang panjang
Bab 7. Daulatkan AGAMA, martabatkan BANGSA
Bab 8. Melayu ganti Arab pimpin ISLAM
Bab 9. Mempolitikkan ISLAM atau mengislamkan POLITIK ?
Bab 10. Mebina kematangan berpolitik orang melayu
Bab 11. Sikap taasub halang perpaduan
Bab 12. Berpolitik sebagai satu IBADAH
Bab 13. Negara ISLAM tanpa HUDUD ?
Bab 14. Wakil rakyat yang tak bersama rakyat
Bab 15. Antara pemimpin terpilih dengan pemimpin dipilih
Bab 16. Muhasabah buat UMNO
Bab 17. Mem‘bumi’kan Islam Hadhari
Bab 18. Menegur kerajaan dari dalam
Bab 19. Merakyatkan golongan korporat
Bab 20. Salah faham terhadap ISLAM
Bab 21. Akibat kelemahan penyampaian ISLAM
Bab 22. Ramai MUALIM dan sedikit MURABBI
Bab 23. Bertauhid tapi masih melakukan kemungkaran
Bab 24. Mengapa pendidikan agama tidak berkesan
Bab 25. Bukan masalah fatwa
Bab 26. Kenapa jenayah gagal ditangani
Bab 27. Bandar Islam KOTA BHARU
Bab 28. Orang melayu suka baca picisan
Bab 29. Bahan lucah bunuh jati diri remaja melayu
Bab 30. Program realiti menjana ilusi
Bab 31. Bila Al-Quran menjadi saksi
Bab 32. Professional “ISLAMIK” militan
Bab 33. Barat taasub serang ISLAM
Bab 34. Amerika: kekuatan tanpa keadilan
Bab 35. Salam terakhir daripada Saddam
Bab 36. Strategi oranv lemah
Bab 37. Pengajaran dari ujian
Bab 38. Revolusi jiwa alaf baru
Bab 39. Hakikat perjuangan ISLAM sebenar



Cover dibelakang buku ini ada menjelaskan mengenai mengapa anda mesti baca buku ini.


1. Menyumbang ke arah penyelesaian dilema Melayu-Islam yang seolah-olah terpaksa memilih sama ada memperjuangkan agama atau bangsa sedangkan Islam dan Melayu mampu dimartabatkan secara bersepadu.


2. Memberi pandangan “di luar kotak” untuk membangunkan ummah dengan mensejajarkan pelaksanaan Fardu Ain dan Fardu Kifayah, peranan hamba dan khalifah, kesepaduan ilmu Naqli dan Aqli, berlandaskan kesucian zikir ( kebersihan hati ) dan kekuatan fikir ( ketinggian teknologi ).


3. Menjelaskan pelaksanaan “berpolitik sebagai satu ibadah” untuk memberi kekuatan baru kepada pemimpin Melayu ke arah pembentukan generasi yang lemah berintegriti dan kompetensi sebagai peneraju kepimpinan masa kini.


4. Menangkis obsesi diri dan kumpulan menerusi pendekatan perjuangan yang lebih dinamik, pragmatik, praktikal dan toleran berasaskan ketulusan memanfaatkan persamaan dan ketulusan menguruskan perbezaan.


5. Mengajak bangsa Melayu-Islam berfikir…jika benar sekalipun pintu untuk mewujudkan satu “perkongsian pintar” sudah tertutup, apakah pintu untuk mewujudkan satu bentuk “persaingan sihat” juga turut tertutup ? .





Sekadar perkongsian,

DSKhairunnisaIsmail ,
Pasir Mas
Kelantan,
20 November 08

ALMUSAFIRAH dalam MUSAFIR KASIH-NYA


posted by Khairunnisa on ,

No comments


Oleh : DSKhairunnisa’Ismail

(AKADEMIPENGAJIANISLAM, UNIVERSITIMALAYA)




Fokus utama yang ingin dikongsikan di sini bukanlah tentang jalan cerita novel Syabab Musafir Kasih nukilan Fatimah Syarha ini. Tetapi, apa yang ingin dikongsikan di sini ialah musafir diri di bumi Serambi Makkah ( Kelantan ) sehingga lah buka sem baru pada 28 Dis o8 ini.



MUSAFIR



Aku terimbas kembali zaman sekolah menengah ku di SMU Islamiah Tawau Sabah, aku suka menggunakan ‘Almusafirah’ sebagai nama pena. Sebab aku rasa, disamping kita ini hamba, khalifah, mad’u, dai’e, murabbi.. kita juga adalah seorang MUSAFIR. Musafir kita di bumi Allah menuju destinasi yang pasti. Hamba yang bermusafir untuk mencari CINTA dan REDHA Nya.



Mari kita renungkan ayat-ayat Cinta-NYA yang bermaksud ;



(3:137) Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah [1] ; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).



(6:11) Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, Kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu."



(16:36) Dan sungguhnya kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut [2] itu", Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang Telah pasti kesesatan baginya [2]. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).



(27:69) Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.”



Jadi...berjalanlah. Bukan untuk melancong, apatah lagi untuk melencong ke tempat-tempat yang tak sepatutnya, tapi berjalan untuk muhasabah hati, untuk mengoreksi diri. Buka minda kita dengan pelbagai perkara dan peristiwa yang berlaku di sekitar kita.



Berjalanlah untuk merasa adakah “langit” di luar sana secerah langit di kediaman kita. Mungkinkah “bunga” di luar sana lebih harum dan segar berbanding kuntuman yang kembang di barisan taman kita. Ini kerana, hidup kita adalah jalan takdir kita. Mana mungkin sama dengan jalan hidup insan yang lain.


(54:49) Sesungguhnya, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.



Berbicara soal TAKDIR. Tidak ada satu pun di alam ini yang terjadi secara kebetulan, sebagaimana tercatat di dalam Al-Qur`an,

(13: 2) “... Allah mengatur urusan (makhluk-Nya)….”



Dalam ayat lain dikatakan,

(6: 59) “… dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula).. ”



Dialah Allah Yang menciptakan dan mengatur semua peristiwa, bagaimana mereka berawal dan berakhir. Dia pulalah yang menentukan setiap gerakan bintang-bintang di jagat raya, kondisi setiap yang hidup di bumi, cara hidup seseorang, apa yang akan dikatakannya, apa yang akan dihadapinya, sebagaimana yang di jelaskan di dalam ayat Quran yang bermaksud :



(57: 22) “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya, yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”



Membuat keputusan untuk tidak balik ke rumah amat sukar dilakukan. Namun, perasaan ku kuat di dalam hati ingin melihat perjalanan keindahan aturan-Nya sebagai hidup bermusafir. Mencuba menyelami hidup sebagai HAMBA, yang sukar di telusi dek kerana nafsu duniawi. Mencari erti sebenar hidup ini suatu anugerah, mensucikan hati agar pergantungan penuh hanya pada Nya, mendengar ‘suara’-Nya menyeru ku, berbicara dengan ku, dan mengajar aku erti sabar dan tawakkal..



(33:3) Dan bertawakkallah kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara.



Berjalanlah...mari menjadi hamba yang tidak akan kenal lagi erti kecewa. Di dalam hatinya penuh keyakinan, seolah-olah bisikan Nabi s.a.w terhadap sahabatnya;



(9:40) “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita.”



Dan JANJI ALLAH itu PASTI, Dia tak akan menyia-nyiakan hambaNya...



( 65:2-3 ) “... Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya, Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”





Sahabat, perlu di ingat, HAMBA itu jiwanya mesti kental, rohaninya perlu hebat, barulah mampu menjadi HAMBA-NYA ampuh, yang kukuh. Andai gelombang nafsu datang, tidak rebah dengan mudah. Andai hembusan dunia datang menyapa, tidak terlena walau sekelip mata. Andai perlu menyembur api ke langit [4] untuk mencerahkan kejahilan, lakukanlah. Kuasai api amarah di dapur hati dan sujud sepenuh hati sebelum cahaya di sepertiga malam.



Ingat bagaimana kisah Bilal bin Rabah r.a yang dahulunya seorang hamba sahaya. Tetap mengatakan AHAD...AHAD...AHAD walaupun batu membeban di jasad, namun jiwanya tidak lumpuh, rohaninya semakin bertambah. Itulah salah satu contoh HAMBA ALLAH yang hebat. Jangan persoalkan pada ukuran zaman. Tapi cungkil rahsia kenapa kita tidak boleh jadi sehebat mereka pada zaman itu. Walhal, zaman kita ini lebih selamat daripada zaman Bilal bin Rabah r.a.



Jadi sahabatku, jangan lupa untuk berjalan..melihat kekuasaanNya, berjalan sebagai HAMBA yang sedar akan dirnya..



(29:20) Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi [3]. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”



(67:15) Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. dan Hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.



Di kesempatan ini, hamba memohon rantaian doa kalian. Moga musafirku musafir yang di redhai..musafirku mencari “permata” untuk di bawa balik untuk santapan masyarakat Sabah khususnya. Satu nasihatku buat diri ku dan sahabat yang di sayangi Allah:




USAH DIMINTA PERKECILKAN “UJIAN”,

TAPI MINTALAH DIPERBESARKAN “IMAN





[1] yang dimaksud dengan sunnah Allah di sini ialah hukuman-hukuman Allah yang berupa malapetaka, bencana yang ditimpakan kepada orang-orang yang mendustakan rasul.

[2] Thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t.

[3] Maksudnya: Allah membangkitkan manusia sesudah mati kelak di akhirat

[4] perumpamaan daripada Hilal Asyraf weblog www.langitillahi.blogspot.com







Oleh : DSKhairunnisa’Ismail

Lokasi sekarang : Pasir Mas, Kelantan

21 November 08

http://qalamhazin.blogspot.com

(Khas bt shbt ku d KL, mgkin ini namanya jawapan.) " Usah Risau jika BELUM BERPUNYA. "


posted by Khairunnisa on

1 comment


Oleh : Fatimah Syarha Noordin dari Majalah SOLUSI Edisi-2


Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang sahaja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu di susuli tujahan prasangka.


"Aku tak cantik ke?"

"Aku kurang bergaya ke?"


"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"


"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya"



Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka merasa berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, DAPAT.


Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana CINTA. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa PERIT nya penangan CINTA DUSTA, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari CINTA HAKIKI. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta CINTA. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal DOSA pahala.


Oh REMAJA !

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah DOSA dan ZINA. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah rumah tangga itu tak kan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman didunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri 'sana'.



Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.



Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.



Begitu juga buat PEMUDA YANG BELM BERPUNYA, 'first thing first'. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.



Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkannya sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!


Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?


Berusaha menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.


Seringkali, seseorang mencuri kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditembuh. Namun, apabila dia memilikinya mendapati insan yang dikejar itu dedaun kering cuma.


Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.



Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungka nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua'alam.





Sebuah perkongsian rasa ;

Khairunnisa,
Apium,
2.00 PM
18 NOVEMBER 2008
http://www.qalamhazin.blogspot.com/

Rintihan Subuh......


posted by Khairunnisa on

4 comments



Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain,aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

" Assalamualaikum",seru Subuh.

" Wa'alaikumsalam",sahutku.

Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang.Kutanya khabar subuh,bagaimana keadaanya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
" Tadi...",kata Subuh dengan sayu,"...aku baru saja melintasi satu tempat.Kucari tempat persinggahan,Ku ketuk rumah2 yang sunyi,tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."Dan airmata Subuh pun berlinangan."Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.

"Oh ya,tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.Orang2nya sepertimu,menyambutku dengan penuh kesukaan,menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud,puas kucari dibumi lain,tapi jarang ku jumpai.Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka".Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh,aku tiada menanam pohon Al-Lail,jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat."Roti itu ada tuan punya",kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?"rayuku pada Subuhu.

"Baiklah,ambilkan aku sedikit,serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan",pinta Subuh.

Aku agak sugul,bagaimana harusku beritahu pada Subuh,yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?

Aku terkejut.Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan aku berdetik didalam hati,adakah ini tanda kemarau akan berakhir?Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh,tetamu yang kusanjungi,dan kusuakan manisan yang dipintanya.Selesai menjamah kesemuanya,Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh...", seruku

"...mahukah kau tinggal selamanya denganku?Aku memerlukan teman dalam kesunyian.Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.

"Aku perlu menziarahi ramai orang,dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh."Subuh",...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"."InsyaAllah",jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?".Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamulaikum",seru Subuh.

" Wa'alaikumsalam",jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh,yang semaik laju dengan setiap langkah.Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.


P/s......Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor,Asar,Magrib dan Isyak?



Khairunnisa,

Apium,

5.00 PM

11 NOVEMBER 2008

http://www.qalamhazin.blogspot.com/

Ke mana kan ku "menghilang"


posted by Khairunnisa on

No comments




Salam DAKWAH kepada semua..


Khairunnisa akan menduduki IMTIHAN pada 3 Nov - 12 Nov nih. Da letak jadual kat sebelah nih, huhu...mohon doanya dari kalian semua. Moga suksess Dunia & Akhirat..Moga kalian juga berjaya di dunia dan akhirat..

Salam Pertemuan kembali di padang Mahsyar saudaraku =)
Allah yubarik fikum...





+ tak nak jadi cam gambar ni, ibarat kata seseorang tu "Bantuan Allah di hujung USAHA", aku memang terkesan sungguh dengan kata-kata tu, syukran =)

:: Sesungguhnya DIA tidak akan mengecewakan hamba-hamba-NYA ::


Uhibbukum fillah =)



Khairunnisa,

http://qalamhazin.blogspot.com

ADOBE + DAKWAH


posted by Khairunnisa on , ,

1 comment





Khas buat penulis muda Hilal Asyraf kerana bakatnya banyak membantu anak-anak muda yang dahagakan tarbiyyah dalam bentuk kisah-kisah Dakwah yang sedikit sebanyak menyuntik semangat adik-adik USRAH ku kat sini.

Aku memang suka meng-adobe. Gambar-gambar di atas aku adobe "base on" tajuk cerita yang di karang oleh beliau dalam weblog nya iaitu "Sang Penyeru", "Menjemput Bidadari" & "TAKDIR" .So, insyaAllah akan datang aku akan buat satu weblog khas yang hanya mengandungi gambar-gambar ISLAMIC khas untuk penggemar & pengumpul gambar-gambar yang mengandungi TAZKIRAH . DAKWAH itu kan luas :) moga kalian menyokong hamba hihi =)


Salam DAKWAH dari hamba buat kalian semua =)




Khairunnisa,

Apium,

6.00 PM

29 Oktober 2008

http://www.qalamhazin.blogspot.com/

Oh Tawau ku yang terchenta (1)


posted by Khairunnisa on

4 comments




Hidup sebagai anak rantau ni, memang kekadang sukar dan kekadang menyeronokkan. Sehingga kini, terasa seolah tidak percaya yang rupanya aku sekarang ini berada di KELANTAN !. Dah lah datang dari hujung negeri Sabah iaitu TAWAU bah..bermusafir pula ke hujung semenanjung Malaysia ,negeri Kelantan.

Walaupun aku cuma di Kelantan yang hanya terpisah oleh Laut China Selatan ke Tawau, Sabah. Namun...cara hidup masyarakat Kelantan cukup berbeza dengan cara hidup masyarakat Tawau.

Cuma, banyak juga persamaan yang mengingatkan aku kepada TAWAU ku itu. Kalau di Kelantan, bersempadan dengan Thailand...di Tawau pula, bersempadan dengan Kalimantan Indonesia. Kalau di Kelantan banyak barang Made in Thailand, di Tawau juga hampir 50% barangnya Made In Indonesia. Kalau di Kelantan banyak barang murah seperti kain baju dan tudung..di Tawau juga banyak barang murah seperti kain sarung buatan Indonesia Asli brand Ibu dan Anak,Gajah Duduk la Berdiri la,Kain Sarung Samarinda, Mutiara, periuk belanga yang amat murah dan tahan lasak berapa kurun pun (yakah?) .. dan Kalau di Kelantan orang Thailand nya kecek Kelate..kami di Tawau pula..ermm kenapa orang Semenanjung bila dengar percakapan masyarakat Sabah (termasuk aku), mereka kata kami orang Indonesia?? hihi Itu lah istimewa nya Tawau.

Kalau jadi orang Malaysia tapi belum pernah singgah di Tawau..aku rasa..ruginya kamu. Sebab, kamu akan rasa seolah-olah berada di Indonesia. Hihi. Dak la jugak,gurau ja, nanti kena saman pulak aku cakap gini hihi. Aku pun pelik la dengan orang semenanjung ni. Aku rasa, aku dak juga cakap Indonesia, tapi di bilang juga macam tu. So...terpaksalah terima. Cewah. Whatever la yang itu..tak kisah mana pun.

Apa yang aku bangga dengan para dai'e dan dai'eyah yang berasal dari TAWAU ni. Nampak macam senang berdakwah di Tawau, tapi pada hakikatnya..susah. Bukan senang nak mengubah mentaliti masyarakat di Tawau. Jadi, para daie di TAWAU memang cukup berani, tabah dan sentiasa kreatif dalam menyeru Umat Islam di SABAH.

Kenapa aku katakan mereka ini sangat berani? Persekitaran di TAWAU inilah yang menjadikan kami begini. Bayangkan..sehingga ketika ini dan zaman ini, masih ada lagi geng @ ahli kumpulan yang bermusuhan. Nak tengok tak budak remaja yang memegang pedang SAMURAI ? atau yang melibas BELATI ? atau yang mempunyai geng sehingga berpuluh-puluh orang dan mempunyai "kawasan" sendiri ? Pergilah bermalam di kawasan sekitar "tempat" mereka. Jangan cuba untuk masuk campur kalau tak mahu badan binasa. Jangan cuba ganggu anak buah mereka apatah lagi pukul. Ha..faham-faham lah ye. Jadi sebagai daie juga kena kuat dari segi mental dan fizikal. Persekitaran sebegini juga seolah-olah sebagai Tamrin hidup kami disini. Tiada yang mustahil di sini. Tanpa semangat yang kental..kamu akan tewas.

Lihat saja dalam pertandingan debat yang berasal dari TAWAU..betapa lantang mereka berbicara. Kefasihan tutur kata itu adalah dari pertuturan kami sendiri yang biasanya kami gunakan untuk berinteraksi dengan masyarakat luar Sabah, kami terpaksa menggunakan bahasa Melayu BAKU supaya mereka dapa fahami. Jadi..perkataan "saya" kami tidak katakan "saye" (kecuali kalau dah bertahun-tahun hidup di semenanjung). Hatta pertandingan debat dan syarahan antara Sekolah di Kota Kinabalu dan Tawau...memang sah lah TAWAU yang menjuarai. (err..ikut pengalaman aku la ek)

Tapi...apa yang menyedihkan..keistimewaan REMAJA TAWAU ini semakin terhakis oleh budaya barat. Bila aku balik TAWAU. Aku suka pergi ke bandar untuk makan SOTO BANJAR di Pasar Tawau yang terkenal itu. Memang sedap tak terkata SOTO makcik tu. tapi.. aduh.. runtun hatiku melihat anak muda TAWAU semakin di buai oleh keistimewaan BARAT. Kalau dulu, TAWAU ini dari yang tua hingga yang muda sangat meminati kumpulan ROCK zaman 50an 60an sejak ELLA dan Syarifah Aini tu masih muda lagi. Tapi sekarang, remajanya beralih untuk meminati penyayi BARAT seperti Linkin Park, Gorrilaz dan macam-macam lagi. Apa yang menakutkan ialah budaya Black Metal walaupun di sekitar Tawau ini kurang budaya Black Metal.

Ha..kalau aku dah bersemangat bercerita kisah TAWAU ku nih memang 7 hari 7 malam tak habis. Apapun.. TAWAU bukan lah tempat yang menakutkan seperti gambaran yang kamu buat dalam fikiran kamu sekarang. TAWAU masih penuh dengan tumbuhan hijau dan masyarakat yang unik yang langsung tak da kamu jumpa di semenanjung ini apatah lagi di KELANTAN. hihi Memang banyak benda menarik dan misteri di sini. Nak tahu kebenaran celoteh hamba ini...datanglah melawat ke SABAH terutama TAWAU. Hihi. Promote untuk cuti-cuti Malaysia rupanya. Ceh. Apapun..nanti ada masa lagi aku sambung kisah TAWAU ni ya. Salam SAYANG buat WARGA TAWAU ku YANG TERCHENTA dan semua Ummat Islam dan readers dan bloggers sekalian..



Belajarlah menulis di atas pasir


posted by Khairunnisa on

No comments


DUA orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas. TAnpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir : Hari ini, sahbat baik ku telah menampar mukaku. Kemudian mereka menruskan perjalann sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjlanan yang masih jauh.

DAlam asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu : Hari ini,sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.

A bertanya: “kenapa setelah aku melukai hatimu,kau menulis di atas pasir. Dan sekarang,kenapa pula kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum, B berkata : : “ketika seorang sahabat melukai kita,,kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datng menghembus dan menghapuskn tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi,kita harus memahatnya di atas batu hati kita,agar tidak hilang ditiup sang bayu.”



Moral cerita, dalam khidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yan juge berbeza-beza. Oleh kerna itu,cubalah utk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.-petikan utusan



Seperti jua kata para hukamak “lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita,tetapi ingatlah kebaikan org pd kita,,lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kpd orang lain,tetapi ingatlah kesilapan dn keburukan yg kita lakukan kpd orang lain”….kerna hidup ini terlalu singkat utk kita tidak melakukan kebaikan dan memaafkan kesilapan insan lain..kerana segala makhluk akan kembali kepadaNya.


Sumber SINI

Khairunnisa,

Apium,

12.00 PM

23 Oktober 2008

http://www.qalamhazin.blogspot.com/

Lagi CHERITA DUNIA......


posted by Khairunnisa on

3 comments

Artikel di tulis oleh Faisal Tehrani dan sumber asal di Utusan






Begini, menurut Ketua Menteri Melaka penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.



Soalan pertama saya, mengapa setelah beberapa tahun, baru inilah Melaka "tergamak" menganugerahkan gelaran Datuk tersebut? Adakah ini 'mungkin' semua hanya satu benang basah yang ditegakkan untuk menyelamatkan air muka seorang pembesar dan isterinya yang memang menggilai Shah Rukh Khan? Datuk Seri perlu lebih telus memandangkan ini musim pemilihan. Mengapa tidak pelakon lain diberi anugerah yang sama, kerana bukan Shah Rukh Khan seorang sahaja yang dapat dihujahkan mewakili filem tersebut. Filem itu turut dilakonkan oleh (Datuk) Juhi Chawla, (Datuk) Jackie Shroff, (Datuk) Nirmal Pandey, (Datuk) Dilip Joshi, (Datuk) Akash Khurana, (Datuk)Sahila Chadda dan (Datuk) Suresh Chatwal. Mengapa pula pengarah filem ini Shashilal K. Nair tidak didatukkan, mengapa produsernya Nazir Ahmed tidak didatukkan, mengapa kumpulan penulisnya yang saya kira (mungkin) bertanggungjawab memilih latar Melaka iaitu Sanjay Chhel, Raaj Kumar Dahima dan Manoj Lalwani tidak didatukkan. Mengapa Shah Rukh Khan seorang? Tidakkah ini mennjukkan ada kegilaan tersendiri yang tersembunyi di sini?





Datuk Seri, Shah Rukh Khan yang dilahirkan di Jasin, Melaka (nota: sila kemaskinikan fakta anda) pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini dan menurut Datuk Seri, tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi. Jika Datuk Shah Rukh Khan datang menerima anugerah tersebut kelak, bolehkah Datuk Seri Mohd Ali yang kini sedang meniti harapan mendapat lebih pencalonan dalam pertandingan partinya berada dalam zon selamat kerana isu ini? Tambah-tambah penganugerahan yang sedang diketawakan oleh pesaing Datuk Seri ini didakwa oleh Datuk Seri sebagai: "adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang".





Apakah benar gelaran 'Datuk' tersebut dapat mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda. Oleh kerana filem tersebut telah pun ditayangkan sejak 2001, sudah tujuh tahun berlalu maka tentulah Datuk Seri dapat membuktikan sejak tujuh tahun lalu, dan mungkin tujuh tahun mendatang pendapatan negeri Melaka telah dan bakal terus bertambah ekoran filem tersebut. Sila bentangkan kepada rakyat Melaka bukti kira-kira yang telah dan mungkin terus dijana.





Soalan kita kini sejauh manakah bukti, dalil, dan kenyataan serta fakta yang menunjukkan "bintang" tersebut telah (atau kelak dapat) membawa "keuntungan balik" yang didakwa. Adakah sebarang kajian yang dapat membuktikan, oleh kerana sebuah filem tersebut, dengan beberapa minit gedik dan gelek punggungnya di A Famosa telah menarik berbillion ringgit, atau telah menarik berjuta pelancong dari India (atau seluruh dunia) ke Melaka? Ini kerana untuk makluman Datuk Seri, seorang pengulas di IMDB.com telah menulis begini:





One two ka four is quite simply the most atrocious,hacknyed,and forgettable film i have ever seen.First of all,not only does this film heavily "borrow" from other western films,it displays absolutely no originality.This film was sheepishly contstructed,and obviously very little time and effort was put into this project.Anyone can easily find errors in continuity and realism. One need look no further than the opening action scene as an example,where a criminal who is dead,is shown in one shot to have his hands on his chest,and in another angle shot, rest his hands on the ground! This just scratches the surface of all the improbabilities of this film.The script is a hash of cliches and fails miserabley to develop any of the one-dimensional characters. The villian "KKV" deserves particular recognition for poor acting,as he is far too cartoonish and unbelievable. The music just seems odd and always out of place. Overall,even by Indian standards,One two ka four is a very poorly made film. For anyone who has seen the film,this thought should be amusing for you: what would happen if a film like one two ka four was made in Hollywood?





Dengan ulasan sebegitu buruk, apakah mungkin ia benar-benar menarik minat dan membantu membawa keuntungan kepada Melaka? Mengapakah pengulas di atas tidak pun terpesona dengan latar A-Famosa (atau latar lain) seperti yang didakwa, adakah ulasan yang buruk untuk filem ini tidak menjejaskan misalnya "keuntungan balik" yang dijangkakan?







Tahukah Datuk Seri, penggemar filem Hindi antara lain menyebut: 'One Two Ka Four' is strictly ordinary. It doesn't jar, but then it doesn't offer anything concrete or novel on sale either.





Tidakkah pandangan sedemikian serasa tidak menolong hujah Datuk Seri bahawa: “Kalau kita hendak buat promosi Melaka secara sendiri melalui sesuatu filem yang ditonton jutaan orang di seluruh dunia tentu kosnya bernilai beratus juta ringgit, Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan. Kawasan lain di dunia pernah ditonton oleh orang ramai tetapi Melaka belum ditunjukkan secara menyeluruh.”







Tidakkah hujah Datuk Seri di atas amat menyedihkan sekali?





Datuk Seri, perbuatan menganugerahkan Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah sama buruknya dengan perbuatan memberi penyapu kepada pegawai negeri. Sama kerana ia tidak dapat dihujahkan dari segi adab, malah menunjukkan orang Melaka yang kahau tetapi halus telah dibiadabkan sedangkan mereka tidak begitu.





'Kehebatan' tamadun Melaka memang luar biasa. Datuk Seri dapat merujuk IKSEP tentunya. Ketika titik kegemilangannya, Melaka adalah muara tamadun yang mementingkan kesantunan budi, keluhuran berbahasa, kecemerlangan ilmu dan kekayaan budayanya. Hatta salah seorang wali songo datang mencari ilmu di pondok Pulau Upih!





Saya tahu Datuk Seri mahu menjadikan Datuk Shah Rukh Khan sebagai 'duta Melaka' (yang baru terpilih sebagai bandar warisan dunia). Mungkin itu maksud Datuk Seri, melihat sisi komersialismenya.





Tetapi Datuk Seri, pilihlah manusia atau ikon yang memberikan gambaran perenggan tamadun di atas untuk mempromosi Melaka. Tak mengapa tidak mendapat keuntungan balik berjuta ringgit, tetapi maruah dan gengsi Melaka tetap terpelihara, supaya adab kami tidak hilang di celah montoknya dada atau lengan Juhi Chawla yang digerigit, atau garis-garis di perut Shah Rukh Khan yang digerami aktresnya. Tambah-tambah gesel dan hembus ala-ala lahabau Datuk Shah Ruk Khan di tengkuk Juhi Chawla ternyata lebih menyerlah dari latar Melaka yang nampak kelam-kabur lagi timbul-tenggelam dalam filem tersebut. Ini kerana jelas sekali pejaman syok separa asyik Juhi Chawla lebih menggetarkan dari latar entah berapa saat di Melaka.



Tentu, orang yang menonton klip tersebut tidak akan perasan a-Famosa bukan?





Artikel di tulis oleh Faisal Tehrani dan sumber asal di Utusan









Oleh:



Khairunnisa,

Apium,

7.30 pm

12 Oktober 2008

http://www.qalamhazin.blogspot.com/


Salam Aidilfitri....


posted by Khairunnisa on

No comments



Assalamualaikum to all my beloved readers...

1st of all...maaf banyak..maaf zahir & batin ..dan maaf sekali lagi sebab blog ni jarang aktif terutama musim Raya camni...huhu..

Dak lama lagi exam..huhu so..mungkin jarang aktif ...huhu

btw....syukran, arigato pada semua bloggerz yg sudi mengucapkan Hari Raya pada hamba ni.. pic RAYA yang 2nd tu , sorry la jadi camtu..mungkin nampak cool tapi tak ceria kan..huhu besala, sedih nih...homesick kot..tu nampak pelik sket..hihi......

huhu isk isk...sedih den....

huhu..doakan kami kat APIUM, NP ni yah..huhu exam 2 minggu lagi...rindu pada bloggers semua..huhu

Salam Aidilfitri =)



Perantau Aidilfitri,

Khairunnisa,
Apium,NP.
10 Oktober 2008

Bila Malam 1 Syawal bermula....


posted by Khairunnisa on

No comments

Saat ni..bunyi mercun di sana sini..seolah-olah menyambut tibanya Syawal.. tapi..aku yang duduk termenung melihat langit dan sesekali menjeling baju raya ku yang dah siap tu..tanpa rasa datangnya "Syawal".

Yalah..beraya di negeri orang, tanpa keluarga, hanya teman-teman disisi..sambil kupas bawang putih untuk masak lauk pauk sempena sambutan Raya student (kami la tu) esok pagi. Memang "nO feeling " kata orang Tawau .....mungkin suasana sunyi yang mempengaruhi feeling hati..

Herm....saat aku tengah menaip ni, Takbir Raya PERTAMA dah bergema kat Masjid ..rasa nak bergenang air mata..terkenang keluarga ku kat Tawau...rindu nak ziarah keluarga kat kampung Papar. Lama rasanya tak ziarah kubur arwah nenek & datuk...wahhhhhhhhhhhh.. sob sob

1st tadi memang nO feeling..tapi, bila takbir RAYA tu bergema..memang rasa sebak sangat memenuhi ruangan hati..Allahu AKBAR...Allahu Akbar..Allahu Akbar..

After Isya'....Takbir Raya bergema lagi...wah, kali ni memang dak tertahan lagi sebak di dada..adusss..

So..kepada blOgger yang beraya diperantauan seperti aku, jangan sedih lama-lama yah.. sama-sama kita dak balik ni..even Tawau tudak jauh dari Kelantan...kepada blOgger yang balik beraya ke rumah masing-masing or kampng halaman..Selamat berhari raya bersama keluarga terchenta anda..

Neway..detik-detik awal 1 Syawal ni..hanya ini yang mampu terungkap melalui keyboard laptop ku.. Rasa hati yang berbaki tu ..biarlah ku simpan dalam hati..hanya si perantauan yang memahami.. huhu


Aku yang diperantauan,
Khairunnisa.
APIUM, Kelantan.
1 Syawal 1429

Lailatul Qadr: Malam misteri yang dirindui kedatangannya


posted by Khairunnisa on ,

No comments




Tazkirah Ramadan | Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.


Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.


Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.


Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.


Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.


Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(Al-Qadr 97: 1-5)


Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.


Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 3) .




Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.


Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;


Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.


Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.


Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.


Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut

Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.


Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkan Islam.


Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya:

“Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”


Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.


Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.


Hikmah dirahsiakan kehadirannya


Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.


Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.


Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.


Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.


Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.


Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.


Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”


Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.


Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.


Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.


Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.


Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”


Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.


Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.


Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.


Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.


Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.


Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.


Fokus umat pada malam tersebut

Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

1. Menghayati malam tersebut dengan ibadah

2. Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.


Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.


Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.


Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama’ cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.


Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!


Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat

Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beriktikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.


Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.


Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba’diyah Isya’. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?


Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :


“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].


Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.


Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir - 6341).


Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya’, adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya’ dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342).”


Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah.



Oleh : Ust Zainudin Hashim

Sumber : Ibnu Abbas Wordpress

About

Blog Widget by LinkWithin