Archive for 2010

Sejarah memalukan hanya kerana bola


posted by Khairunnisa on ,

5 comments


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dari manusia-manusia yang sangatlah.... sanggup.. hemm.. Malas nak tulis panjang lebar... nanti hal kecik jadi besar. So.. jom main point-point ok?

1. Dulu, tak femes pun Twitter ni (dalam hidup aku). Baru setahun yang lepas aktif. Kenapa? sebab ramai cewek-cewek dan cowok-cowok yang dikenali dan mengenali tak main tweet.. senang sikit nak... shh~ (pecah rahsia)

2. Biasanya, follower aku tweet trend bila ada artis KPop @ JPop yang birthday exp #Jaejin20th dulu pernah masuk tweet rank ke 3. Biasanya, ELF yang rajin tweet untuk Super Junior exp #SS3GuangZhou. Betapa mereka sayangkan idola mereka. (me? huh?)

3. Sekarang.. hanya kerana bola. Manusia sanggup..

 Ni yang sempat aku snap.

psst.. Munsyi.. tak marah kan? :) 



C_eni : she's one of my Indonesian friend

4. So.. lepas tengok antara tweet diatas.. korang.. piki la sendiri dan... tweet trend kali ni.. sangat menyemak wall timing aku. Aku quote sikit dari blog joegrimjow ;

Memalukan bila 'Hate Malaysia' menjadi trending topic. Kisah Bola semalam tak habis lagi di twitter dan ini boleh jadi sejarah yang memalukan untuk kedua-dua negara. patuihh. Orang kat Malaysia pulak termasuk aku gelabah, duk sibuk nak balas balik dengan nak cipta trending topic sendiri, 28 juta lawan 400 juta? mana boleh nak lawan dong =)

5. Lepas aku post nih.. jangan la pulak carik twitter aku.. aku suka "alam" sunyi itu ^^

Kucing aku cakap: "korang dah takde life ke?"


p/s: post kali ni.. sempoi tahap gaban.. harap maaf.

3 teman (tapi mesra?) yang aku...


posted by Khairunnisa on

1 comment


Ini kisah ntah apa-apa, tiga teman yang selalu bersama membangun kerjaya aku. Tersebut dalam diari... sebelum *AI muncul dalam hidup, aku sangat bahagia hidup bersama *PS (*^o^)乂(^-^*).. bertimbun-timbun kenangan kami dalam folder.

Tiba-tiba, AI muncul dengan wajah bersinar-sinar (^_-)☆ . Walaupun PS tidak sekacak Jaejong (☆。☆) ...Oh tidak. PS merajuk. Aduh. Aku terpaksa. Sebab ramai professional yang suka dia. Jadi, aku terpaksa. Lagipun, kerja yang biasanya siap selama 3jam jadi 1jam bila buat bersama AI. Jadi, aku... terpaksa (-_-メ. Sorry, sorry, sorry (Suju? ...erk)



Sambil buat muka kesian. Aku pun duduk berbincang dengan PS. Wajahnya termenung jauh. (  ̄っ ̄) Mata far-seeing orang bilang. Mood "memujuk" ala-ala Tsukushi buat muka comel (*^ー^)ノ. Aku bilang... PS, janganlah begini. Sebenarnya, (☆。☆) Aishiteru wa. Betul ni. Bila aku jumpa kau, janganlah tunjuk muka blur  ┐( ̄ヘ ̄)┌.. aku pun blur nak buat apa (baca:design). Actually... aku sangat perlukan kamu berdua o(^^o)(o^^)o. Tanpa kau, AI takkan boleh maju. Tanpa AI, kerja kau kurang diiktiraf oleh mereka-mereka. Please... for the sake of our love of arts... onegai.. (habis idea memujuk)

Punya lama jugak aku lost. Lastly, alhamdulillah... PS semakin intim dengan AI.

PS, terima kasih..
kerna memahami.

AI, terima kasih..
kerna sudi mucul tiba-tiba.

Suatu hari...

"PS, AI... kenalkan.. si ungu ni namanya *ID, handsome kan..."

PS & AI : ( ゚-゚)( ゚ロ゚)(( ロ゚)゚((( ロ)~゚ ゚ "bukan boleh percaya cinta dia ni. ha ha ha... "

Oiii.. janganlah begitu. Kerja aku akan datang ni, aku perlu "teman tapi mesra" dengan dia. PS kena teman sekali. Cuma, kali ni, AI ... boleh rehat. :) any question? he he. Good boy.


(*)
*AI: Adobe Illustrator
*PS: Photoshop
*ID : InDesign

Aku:........
tengah buang masa cari idea + lapar + 
tu yang tetiba update ntah apa-apa ni. 
(=´、`=)ゞ

Salam Maal Hijrah 1432H


posted by Khairunnisa on

No comments


Abu Musa reported that the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, said,

“Allah Almighty will stretch out His hand during the night, turning towards the one who did wrong during the day, and stretch out His hand during the day, turning towards the one who did wrong during the night, until the day the sun rises from the place it set.” [Muslim]

Salam Maal Hijrah 1432H

M A L U sana-sini


posted by Khairunnisa on

10 comments


Bacalah dengan nama Tuhan mu, pasti Syaitan pun malu untuk mengganggu mu!

Malu baca tulisan aku, tak ada masalah. Tapi, kalau malu mintak belanja, lapar!. Malu bertanya, salah masuk lorong!. Cakap-cakap tentang malu, aku anak yang pemalu! ... betul. Tapi, aku ada kisah tentang M A L U, sebab aku kan pemalu :)

1. Cover malu

Aku tiada motor. Aku kena pergi kuliah. Aku malas naik bas UM. Tak lah jauh pun station bas. Tapi aku malas. Dah la tak pandai bawak motor, malas lagi. Kebetulan Hasna nak pergi ke UM. Naik skuter cute dia tu. Warna hijau pudar. Dia bagi aku pakai helmet separa bulat macam tempurung. Aku on saja la, sebab malas pakai helmet mahal aku tu. Aku suruh Hasna hantar aku dekat station bas UM dekat perpustakaan saja. Malas nak susahkan dia sebab dia tengah rush ke kuliah dia awal pagi. Motor tengah menghampiri station bas dengan lajunya. Jadi aku pun siap sedia melonggarkan tali helmet. Tiba-tiba...

"tak..tak..tak..tak.." bergolek.

Alamak! Helmet aku terbang! Aku turun motor dengan steady nya sambil mengutip semula helmet (yang terbang lebih kurang 4 depa jaraknya dari motor) dan serahkan semula dengan Hasna. Kemudian, secara automatiknya otak aku set bahawa "sebenarnya tiada apa-apa yang berlaku tadi" dan dengan selambanya berjalan ke arah station bas. Duduk. Pura-pura berlagak tengok jam ditangan (yang sebenarnya tak ada jam pun). Sejak hari itu, aku berjanji, tidak akan memakai helmet separa bulat lagi!

Pesanan: Sila bersabar. Jangan gelabah sekiranya anda dalam keadaan memalukan. Tarik nafas. Patikan anda tidak melihat reaksi penonton-penonton yang sedang melihat anda tengah malu. Be postive!



2. Berani malu.

Festival FEMINA UM anjuran Sis Ayuni, MPMUM 09/10. The best sister I ever know. Event besar. Dato' Shahrizat pun datang menabur janji macam menabur bunga hidup. Kutip-kutip. Simpan. Cantiknya. Eh layu!. Aku jurugambar FEMINA. Aku tiada pengalaman. Aku tengok pakcik-pakcik newspaper pun datang dengan DSLR yang canggih. NIKON PMIUM yang aku pegang ni, basic saja. Tak boleh zoom dari jauh. Dato' tu berucap di depan. Aku kena duduk sebaris dengan pakcik-pakcik tu. Aku asyik-asyik ke depan. Asyik-asyik ke tengah. Berdiri. Duduk semula. Snap sana, snap sini. Datang dekat, dekat sangaaaaat dengan tempat Dato' berucap. Malu!. Rasa mahu berdiri saja sebelah Dato'.

Berpeluh. Malu! tapi kaki aku dah terpacak didepan. Pantang berundur! "maafkan saya, saya baru amatuer". Pakcik-pakcik yang dah professional tu, duduk saja. Macam mahu kata "pakcik, boleh pinjam sebentar DSLR mu?". Rasanya, itu akan tambah point untuk memalukan diri lagi! Jadi, aku pun, berlagaklah seperti amatuer. Jadi???

Pesanan: Berani malu dalam perkara yang berfaedah okay!. Berani mengambil risiko ditertawakan atau dicemuh, maka seseorang akan dapat lebih memahami dirinya dan akan menjadi lebih berpengalaman. Jadi, aku dah jadi jurugambar yang ada pengalaman lah kiranya ni. BAGUS!



3. Perlu tapi malu.

Ramainya pasangan berkapel duduk berdua di tasik varsiti UM. Para mahasiswa yang tak berkapel cuma lalu-lalang. Para mahasiswa yang tak berkapel cuma jogging keliling padang. Lalu saja, jeling. Lalu saja, heboh dalam Facebook dan blog. "Cukuplah ikrah fil qalb "- benci dalam hati.

31 Ogos, aku dan Hasna berhajat mahu keluar dari kepompong "cakap tak serupa bikin". Kami ikut acara anjuran Persatuan Ulama' Muda. Baguslah rancangan mereka. Bersama-sama ummat menyambut merdeka sambil edar badge Nisa' yang bertulis "Saya akan jauhi Zina". Aku tau orang suka jeling beg yang lawa-lawa kan? (beg aku lawa!) jadi aku ambil satu badge tu dan pin kan depan beg aku. Sebagai manusia yang hina, aku harap, setiap langkah aku penuh makna dan dakwah. Walaupun aku malu untuk cakap "cik kak, cik abang, salah buat begini" tapi kami berusaha mengkreatifkan amar ma'ruf nahi mungkar.

Pesanan: dalam isu dakwah, kalau M A L U, hati-hati bila bicara tentang dakwah. Sebab, sebagai pendakwah, anda kena tahu bagaimana untuk tackle hati ummat!

Sekian.


yang pemalu,

Ds Khairunnisa Ismail,
Bach of Syariah in Islamic Political Science
Academy of Islamic Studies,
University of Malaya.

Makmal ujikaji otak - Exam Mood -


posted by Khairunnisa on

3 comments


Bacalah dengan nama Tuhanmu, tentu malaikat di langit turut gembira mendengar suaramu. Dia Maha Kuat, Maha Bijaksana, Maha Hebat juga Maha Mengasihani.

Sekadar info picisan, peperiksaan saya akan bermula pada 24 November 2010 hingga 8 Desember 2010 ;


24 Nov : GTEE1103 PROFESSIONAL WRITING IN ENGLISH

25 Nov : IXEX1101 PENGANTAR SYARIAH

30 Nov : IHEH3111 PENTADBIRAN DAN DASAR AWAM MALAYSIA

3 Dis : IXEH2101 FIQH IBADAT

6 Dis : IXEH3103 AL-QIYAS

8 Dis : IXEH2102 FIQH MU'AMALAT

8 Dis : IHEH2105 PEMIKIRAN POLITIK ISLAM PERBANDINGAN


Otak saya bakal menjadi bahan ujikaji tak lama lagi. Seluruh mahasiswa UM akan menduduki peperiksaan didalam dewan yang sama! UM punya Bangunan Peperiksaan yang khas. Tak tahulah IPT lain. Jadi, saya rasa, bangunan itu layak di panggil Makmal Otak. (@_@)

Saya harap, ilmu saya bukan hanya tumpah dikertas semaat-mata.Saya tahu, kehidupan seterusnya bukan bergantung 100% pada segulung ijazah. Cuma, segulung ijazah itu adalah di antara hadiah terbaik buat mak dan abah.


Saya harap, saya mencintai ilmu dengan sebesar-besar cinta para ulama', betapa seronok bermain dengan imaginasi yang luas kemudian mencipta, berkarya dan bercinta (dengan ilmu) !!

Jadi, SLOT DISIPLIN:

1. Facebook : OFFLINE kecuali hari Kuiz PTS! (dak mau kalah sama kamu!)
2. YM : INVISIBLE 99.99%
3. Blog : Complicated
4. Game : Forbidden!!
5. Internet : 70% - perlu ulangkaji online

_______________________________________


Nota jari kaki :
1. Doakan saya.
2. Doakan saya.
3. Doakan saya
4. Maafkan saya.
5. Tak suka dengan penyusunan subjek. Lihatlah, cuma dua subjek politik pada sem ini!
6. Terima kasih _^)


______________________________________

Ds Khairunnisa Ismail,
Bach of Syariah in Islamic Political Science
Academy of Islamic Studies,
University of Malaya.

Salam Eid Adha


posted by Khairunnisa on

No comments



Bacalah dengan nama Tuhanmu agar bidadari cemburu padamu. Dia Maha Penyayang, Maha Pencinta, Maha Perindu dan Maha Mengasihani.

Psst.. psst.. hey, ya kamu la , siapa lagi di sini yang sudi menziarah, angguk-angguk geleng-geleng pulak ^) Salam Eid Adha ya!

Pengorbanan kerbau-kerbau dan kambing-kambing bukan sekadar sembelihan semata-mata untuk kenyangkan perut. Seusai mengorbankan mereka, kembalilah ke rumah dan menyelak semula Sirah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail. Ya kisahnya sudah di hadam, apa salahnya kita tadabbur. Begitu kan? (^^) 

Jom selak-selak sebentar, As-Soffat 101-111 ;


37:101. Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.

37:102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

37:103. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya).

37:104. Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,

37:105. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu", sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

37:106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

37:107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

37:108. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian,

37:109. (yaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".

37:110. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

37:111. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.


Pada yang dak balik, jangan chengeng ya...
pada yang dak dapat ke mana-mana, Masjid Ikhlasiah ada buat program :) ...
pada yang tengah on the way, hati-hati..
Pada yang balik tu, kompom dak online ^)
(lau online maknanya dak kemas rumah la tue hehe gurau ar)

Maaf salah silap, terkasar bahasa, terlanjur bicara, terguris rasa, ter-tackle jiwa opps.. samada sengaja atau tidak. Orait.

p/s: err.. lupa nama masjid ni apa, jumpa di Kedah hehehe.. main snap ja lupa tanya nama nya =_=.






Dari meja Sang Perindu,
Ds Khairunnisa Ismail.

The power of NOW


posted by Khairunnisa on

1 comment



Sis Wardah bakal praktikal besok di salah satu Hospital di Indonesia. Saya bertanya kepadanya, apa solusi bagi badan yang letih tapi kena siapkan kerja, apatah lagi punya limit masa yang singkat? Perlukah minum coffee 2 hingga 3 gelas? Nak tahu? Ok, keluarkan pen dan kertas. Salin ya?

Dia kata "akak pun tak de petua sayang.." Adess.

Bila masa lapang di beri terlalu panjang, minda mudah tumpul, kerja kurang efektif. Hal ini kerana, minda sudah di set "perlu faktor pendesak" supaya kerja cepat siap. Saya tahu, kadang idea ini menjadi, kadang hambur jugak. Wahai otak kepala, sila lah change your setting, as soon as possible.


Sebab tu, saya tertampar pada helaian notebook merah kesayangan saya yang terconteng;

Kerja-kerja yang tidak dimulakan adalah yang paling lama untuk disiapkan.

Saya disumpah oleh kata-kata ini. Betul ni.. Oleh itu, saya harap saya allergic dengan TANGGUH-TANGGUH symptom . Katakan TAK NAK kepada virus yang di sebar oleh si Penangguh Kerja!


Menyeru kuasa The Power of NOW!


"Nothing ever happened in the past; it happened in the Now. Nothing will ever happen in the future; it will happen in the Now" - Eckhart Tolle

"Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu." (Hadis riwayat Al-Bukhari.) 


Note: baru balik dari Masjid Jamek, langsung ke PPUM melawat sahabat, kemudian terkejar-kejar menyiapkan kerja design hingga lupa rupanya besok kena berangkat ke Kelantan!

Catatan: 16 November 2010, 4:40am

Jangan nangis ya!


posted by Khairunnisa on

1 comment



Jangan nangis ya...
bapak bilang, aku kena kuat,
mak pesan, pasti ada hikmahnya.

Jangan nangis ya...
bapak bilang, nanti pasti dia singgah di taman mu,
mak pesan, jaga elok-elok bunganya.

Jangan nangis ya...
bapak bilang, Allah maha Gagah,
mak pesan, Allah maha Penyayang.

Jangan nangis ya...
bapak bilang, mana-mana yang terbaik buat kamu,
mak pesan, jaga diri bagus-bagus.

Jangan nangis ya...
bapa bilang, belajarlah coba memahami dan mengerti,
mak pesan, kamu dan aku harapan mereka,
aku dan kamu memerlukan DIA.


Jangan nangis ya...
walau kini masing-masing
menuju tempat yang jauh,
kita kan sudah berjanji,
akan datang pasti akan bersatu.

Jangan nangis ya...
Tuhan membisikkan,
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu" 

Tuhan mensyaratkan,
"Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka HENDAKLAH MEMENUHI (SEGALA PERINTAH-KU) DAN HENDAK LAH BERIMAN KEPADA KU , agar mereka selalu berada dalam KEBENARAN"

Jadi...
Jangan nangis ya?


___________________________________________________________


Nota jari kaki: 
"moga impian kamu jadi kenyataan...
jadi bolehlah sampaikan salam ku pada bunga-bunga di negara itu... 
dengar-dengar, negara itu punya Taman Rose yang terbesar, 
singgahlah ber "isteri rehat" di Roseraie du val de Marne
mana tahu bisa ketemu Sunflower di balik rimbunan Mawar,
jangan lupa, petikkan satu untuk ku" 

___________________________________________________________

Ds Khairunnisa Ismail,
Pondok Rimba Borneo,
12 November 2010

Ku ber-kisah lagi


posted by Khairunnisa on

No comments


Ku terlihat,
ada jiwa yang singgah,
menziarah kah?
"Assalamualaikum... tuan hamba.. eh.."
nah, tersasul suda dia..
Salam mu sudah lama ku jawab,
senyum control  mengalahkan Menteri.

Ku selalu menduga,
menimbang 100x rasa,
telah di tawan oleh si pendekar,
hero si kelopak bunga,
tapi suka pakai spek mata hitam,
can you recognize, which is mine?

Kau tahu, ku baru temui,
Taman Mawar terbesar,
ada di negara Cik Jeanne d' Arc,
luas.. indah.. banyak bunga.. warna-warni..
jom bertemu disana, mahu?

Ku berkira-kira,
mahu mengejar matahari,
bila keputusan nya mahu naik lebih tinggi,
apa kamu fikir ini cerita drama?
ending nya yang ntah apa-apa,
come on.. 
time to wake up la tuan puteri.

Ku baru terlihat,
sepertinya membuat pengakuan,
bertemu bunga-bunga,
di taman larangan,
malu mengalahkan permaisuri,
mahu nya kalah pemerintah.

Ku tersedak,
mana satu keputusan
yang original dari diri,
tak mahu kerana kamu,
aku jadi confius,
bagaimana kalau kamu bukan dia?
atau actually aku bukan dia?

Ku terus berfikir,
aku watak protagonis,
atau hanya sampingan?

Ku terus sujud,
takut rasa cuma ilusi,
betulkan niat,
hidup untuk siapa ;

DIA, ummat, generasi 2020, dan DIA.

Kerisauan bakal bersambung~

Anak pemalu


posted by Khairunnisa on

9 comments


Aku mahu bicara sesuatu,
tapi malu,
melihat reaksi mak,
sambil mencari muqaddimah yang sesuai,
apa mungkin aku perlu berpantun!
hanya cuma mahu menerangkan itu.

Aku mahu bicara sesuatu,
sejarah silam mak jadi taruhan,
"tahun bila mak dan abah kawin?"
di tanya semula kita, kenapa?
oh... saja bah mahu tahu.

Aku mahu bicara sesuatu,
tapi pipi masih kemerahan,
apa mak tahu tujuan aku?
cheezy wedges ku gigit satu persatu,
nah, tak lama habis makanan ni,
macam mana mau cakap ney.

Aku mahu bicara sesuatu,
tapi yang ku bincang,
"macam mana abah dan mak bertemu?"
di tanya lagi semula, kenapa?
oh... saja bah mahu tahu.

Aku mahu bicara sesuatu,
tapi, kawan mak selalu menggangu,
wah, hilang feel ku,
"mahu fun fries ni dek?"
"oh terima kasih"
dalam hati "aku cuma mahu bersendirian dengan mak aku"

Aku mahu bicara sesuatu,
di mulakan perihal sahabatku,
si fulan tak lama lagi kawin,
si fulan risau itu dan ini,
si fulan sudah melahirkan anak,
tinggal perihal "si aku" yang masih membatu.

Aku mahu bicara sesuatu,
tiba-tiba,
"ayo la Puan Dayang (nama mak),
boarding time suda ney",
nah, haru biru,
rosak rancangan ku.

Aku mahu bicara sesuatu,
tapi mak suda siap depan pintu,
tinggal lagi menunggu seruan pramugari,
"na, bagus-bagus belajar ya nak"
"orait, kirim salam sama abah"
oh... rancangan ku hambur,
iya la, salah ku.

Aku mahu bicara sesuatu,
akhirnya,
ku ketik handphone ku,
lancar mengarang ayat,
hampir jadi essay!
rupanya memang style aku,
mulut kaku tapi tangan laju.

Aku mahu bicara sesuatu,
yang akhirnya di sampaikan
tanpa mata ke mata,
mengharap hati ke hati,
pendek saja jawapan mak,
tapi cukup buat aku berfikir panjang.

Aku...
kalau lah aku cakap awal-awal tadi,
bole discuss panjang-panjang,
maaf kan aku,
aku anak yang pemalu!

Mereka...
sudah penat mereka berbahasa,
mengatakan itu dan ini,
menasihat "kau perlu mencuba",
mengambil atau memberi peluang.

Tuhan...
tolonglah, bantulah.

Kamu...
doakan ya!


_____________________________________

1.40pm
30 Oktober 2010,
Kuala Lumpur International Airport.

Ku sampaikan Se Buah


posted by Khairunnisa on

6 comments



Sebuah pertemuan,
bukan bermakna memberi harapan,
aku cuma ingin berkongsi cerita impian,
yang baru dibina semalam.

Sebuah perpisahan,
bukan bertujuan memutuskan sebuah harapan,
aku datang untuk menjelaskan keadaan,
moga kamu dapat faham.

Sebuah perasaan,
bermakna bukan SUKA untuk suka-suka,
bukan nya TAK SUKA untuk saja-saja,
kita ada fokus, matlamat dan tujuan,
kita ada sebab bukan sekadar keinginan,
kita fikir sebuah harapan untuk dilaksanakan,
kita mencari jawapan berpaksikanTuhan.


Sebuah harapan, 
bermakna ia sesuatu yang
bukan untuk di kenang,
bukan untuk dihilangkan,
bukan sekadar hiasan,
bukan tercipta sebagai alasan,
tapi untuk dilaksanakan.


Sebuah perjalanan,
tak sama ertinya dengan sebuah pelarian,
aku cuma ingin melangkah jauh,
bila keputusan Matahari untuk naik lebih tinggi.

Sebuah keputusan,
yang ingin ku pertahankan,
untuk masa depan,
untuk memaknakan sebuah perasaan,
untuk tidak mensiakan jawapan Tuhan,
supaya tidak ada yang dikecewakan,
supaya semuanya reda dan faham.

Maka, moga kamu terima...


Sebuah kemaafan,
yang sedang aku coba sampaikan,
moga tiada lagi taufan,
yang berputar dalam fikiran kalian.


Inilah sebuah aku..
yang kamu perlu tahu.


__________________________


nukilan,
Ds Khairunnisa Ismail;
hamba insan biasa.

Macam-macam rasa


posted by Khairunnisa on

No comments


Bacalah dengan nama Tuhan-Mu.

Saya berikrar pada diri,
mahu jadi rajin,
sebab tu saya sanggup patah balik ke kampus,
konon tak dapat tumpu belajar di rumah.

Saya baru buka laptop, konon mahu download past exam paper.
Tiba-tiba saya teruja.
Bukan pada isi laptop,
tapi pada mereka di hadapan saya ni.

Mereka tengah melukis!
ya.. melukis.
Ingin saya bertanya, tapi mulut berkunci.
Takut mengganggun konsentrasi mereka.
Mereka student cina. Sedang mengecat atas kanvas klasik.
Macam dalam cerita cina klasik tu.
Yang banyak bertampal di dinding-dinding istana lama.

Seorang lelaki sambil berpakaian lengkap, dua orang perempuan. Seorang guru perempuan cina.




Saya sangat tertarik.
Seolah-olah mahu berkata..
"boleh lukiskan untuk saya?"..
terbayang bunga Matahari, kesukaan saya.

Mereka bersungguh-sungguh mengecat kanvas itu.
Beberapa helai sudah siap.
Dan saya pula...
masih terpaku di sini,
tanpa kata, tanpa suara.

Nah.. macam ada yang tidak kena.
Saya pun baca balik entry ini.. scroll ke atas..

"Saya berikrar pada diri,
mahu jadi rajin,
sebab tu saya sanggup patah balik ke kampus,
konon tak dapat tumpu belajar di rumah."

Jadi sahabat-sahabat..
bila rasa diri serba tak kena,
bila rasa "eh..aku sepatutnya buat apa tadi ney?"
bila rasa lengang semacam,
bila rasa diri free semacam,
adalah tu yang tak kena.

So, kena check balik apa tujuan asal kita,
apa matlamat kita,
baru hidup ni terarah, terpandu,
terlindung dari kes buang masa.

Apa yang kamu dapat lepas baca entry ni?
jangan biar diri anda free dari tidak membuat apa-apa.

Aduh... kembali mood asal. Saya mahu sambung download ni, orait!



*Keadaan sebenar: tengah eskep dari Forum Hantu... sebab besok ada ujian. Hihihi..

Terima Kasih


posted by Khairunnisa on

No comments



"Bercakap dengan Tuhan, 
isyarat-NYA di mana-mana" 

Terima kasih,
kerna sepertinya dia rasa,
walau mungkin hanya "rasa".

"Bercakap dengan hati,
rupanya baru dia mengerti"

Terima kasih,
kerna sepertinya dia mendengar,
walau kata-kata ini tanpa bunyi.

"Bercakap dengan diri,
moga Tuhan membantu di sana & di sini,
demi harapan.. kerna menjadi harapan.."

Terima kasih,
kerna seandainya itulah jawapan
yang terbaik buat masa ini,
terlerai resah hati,
memperkuat yakin,
menambah istiqamah doa.

Terima kasih,
kerna mempersiap diri.

Maaf,
kerna menanti,
DIA juga lebih mengetahui.

Terima Kasih.



________________________________________________



dari meja Matahari,
Ds Khairunnisa Ismail,
5.00pm, 25 Oktober 2010.

Menanti MATAHARI lagi


posted by Khairunnisa on

No comments



Matahari,
tak salah naik tinggi,
cuma moga kau sedari,
ada entiti yang menanti di sini.

Matahari,
tak salah bersinar terang,
cuma takut nanti kau tak perasan,
aku cuma berdiri disini!

Matahari,
sinarmu buat ku tersungkur di atas sejadah,
bayangmu berserta pesanan yang Maha ESA,

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu" (1)

dengan syarat ;

"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka HENDAKLAH MEMENUHI (SEGALA PERINTAH-KU) DAN HENDAK LAH BERIMAN KEPADA KU , agar mereka selalu berada dalam KEBENARAN" (2)

kemudian,
aku menanti bersama JANJI pada Ilahi.


nukilan,
Ds Khairunnisa,
21 Oktober 2010


________________________
1. (al-Mu'min:80)
2. (2:186)

Bintang Malam


posted by Khairunnisa

No comments



Ayunan nya lemah gemalai. Aduh, iya la.. si anak masih celik. Sambil tersenyum, si ibu mendendangkan....


_______________________________


Bintang di langit 
Kerlip engkau di sana 
Memberi cahayanya di setiap insan 
Malam yang dingin 
Kuharap engkau datang 
Memberi kerinduan di sela mimpi - mimpinya 

Melangkah sendiri di tengah gelap malam 
Hanya untuk mencuri jatuh sinaran 
Tak terasa sang waktu 
Melewati hidupnya 
Tanda pagi menjelang 
Mengganti malam 

Oh bintang tetaplah... pastikan cahyanya 
Sinari langkahku setiap saat 
Bintang pun tersenyum... dengarkan pintaku 
Berikan kecupan di sudut tidurnya


_______________________




Lagu ini selalu di dendangkan pada zaman dahulu kala mendodoi anak. Mungkin bukan aku atau anda, tapi mereka di tanah Jawa. Saat termenung di balik timbunan kerja... kenangan itu menjelma. Satu imbasan yang masih tersimpan kemas dalam timbunan koleksi kenangan; 


Pada masa itu, yang meng-ayun buaian aku ialah abah. Sambil memegang botol susu berisi air merah (sebab masa tu baru usia dalam 4 tahun mungkin).. alunan zikir "Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar" bergema, mengiringi malam-malam ku. Itu lah abah terhebat yang pernah di miliki. Wajahnya tegas, tapi hatinya lembut. Macam aku ^). 


Apapun, moga malam-malam anda bertemu bintang hati masing-masing.Sekali-sekala mengimbas mereka-merka yang tersayang... jauh nuuuuuuun di sana.


Selamat malam !

Hukuman HATI


posted by Khairunnisa on

No comments



Nota hati 15 Oktober 2010;


Izinkan aku untuk "melarikan diri" hari ini,
Izinkan aku meninggalkan apa yang ada di sisi,
Izinkan aku merawat hati,
Izinkan aku muhasabah diri.


Kerna,
Bahu mana yang tidak berat,
Jasad mana yang tidak penat,
Fikiran siapa yang tidak buntu,
Jiwa mana yang tidak kusut.


Jadi, aku mohon..
Izinkan aku meng'itikaf diri,
merenung langit,
berbaring di bumi,
tanpa ada sesiapa yang menyedari entiti ini.


Moga DIA menerima kami,
menjadi tetamuNYA malam ini,


cuma kali ini.  


_________________________


Aku baca berulang kali.. apa betul karya ku ini bicara hati. Kemudian, aku pergi "bertemu" Ibnu Athaillah untuk mengadu. Dia cuma tersenyum. Di hulurnya kitab hijau. Ohh, Lathaif al-Minan !! Aku lantas bertanya, "apa ini boleh meringankan kekusutan hati ku?". Beliau tersenyum dan belalu pergi. 


Aku bingung. Lalu, ku selak kitab lama itu... terkaku, terhiris, tertampar dengan apa yang tercatat..


-Munajat Ibn Athaillah-



"Tuhanku, keluarkan aku dari hinanya diri!

Sucikan aku dari keraguan Syirik sebelum masuk liang kubur!

Kepada-Mu aku meminta pertolongan maka tolonglah aku!

Kepada-Mu aku bersandar maka jangan tinggalkan diriku!

Kepada-Mu aku mengaitkan diri maka jangan jauhkan aku!

Di pintu-Mu aku bersimpuh maka jangan Kau usir aku!

Kepada-Mu aku meminta maka jangan kecewakan aku!

serta karunia-Mu yang ku inginkan maka jangan Kau haramkan aku darinya!"



_________________________


Dg Siti Khairunnisa Ismail,
Akademi Islam Uni.Malaya
15.10.10 - 11:45am

Bayang


posted by Khairunnisa on ,

No comments


walau hanya BAYANG,
 mereka beza dengan "kalian" yang berdua tanpa ikatan, 
kerna mereka telah bersatu atas izin Tuhan






p/s: lain kali, bagi jendela yang luas sikit.. baru "bayang" impian itu bahagia =)

note: ni gambar Sis Syiken & her husband (Azhar) on their NIKAH day @ 10.10.10 . Moga berbahagia hingga ke Sorga =)

Belum cukup kuat?


posted by Khairunnisa on

2 comments


~ saat MATAHARI ku belum cukup sinarnya untuk memuaskan pandangan mata kamu, 
janganlah menyalahkan si awan hitam yang melindunginya, 
ketahuilah.. ia menghalang bukan untuk selamanya.. 
"kami" sedang cuba mengumpul cahaya dari kesakitan api sendiri.. 
"kami" mohon, bersabarlah buat seketika, boleh? ~  by Ds Khairunnisa.

Kata-kata ini terbit saat aku tercampak ke dalam zon Critical Situation. Ya, kamu tidak salah melihatnya. Gambar dan kata-kata ini sebenarnya "satu". Jangan kamu lari dari maksud asal. "Kami" itu ialah "aku" & "matahari". "Matahari" pula ? sangat mendalam bagi aku. Pandang saja ia di langit. Segalanya boleh di tafsirkan oleh si bulat yang berwarna keemasan itu. Dia melambangkan kemegahan alam , menyerikan taman, juga sumber bagi yang hidup !. Dia lah harapan hingga sanggup di sanjung oleh si jahil, bukan tanda bersyukur, tapi tidak tahu bahawa segala yang di miliki itu adalah dari yang Maha Kuat. 

Ahh, makin aku berkata-kata, makin kamu tidak faham. Begitulah jadinya bila niat ku mahu kamu faham dan membacanya dengan mata hati. (rupanya..) 

Lebih baik aku tinggalkan kamu membacanya berulang kali, kerna hari ini, "kami" akan berhadapan dengan panas api sendiri yang mengada-ngada di cetus di hari lalu. Hati memang gerun, kecut, tapi, kerna aku ada DIA di hati... kerna aku ada MATAHARI-Nya dalam genggaman ku! Begitulah hidup "kami", tidak pernah di biar senang lama, takut lalai hidup di atas tanah milik-Nya.


"tidak sesekali menjaja simpati kalau tahu salah sendiri, berhadapanlah dengan "api" yang kamu cetus!! nescaya ia akan padam sendiri... " by Ds Khairunnisa Ismail, 2010




Note:
1. Mahu di fahami dari hati kamu.
2. Tahu membebel bila sedar silap sendiri. Jadi, terpulang pada kalian yang memahami aku dari 1001 sudut yang berbeza. 
3. Terima kasih pada yang cuba untuk memahami! sekurang-kurang, kamu sudah cuba. Itu sangat di hargai.

Malam itu ...


posted by Khairunnisa on ,

No comments



Aku ingin bersendirian di malam itu
bilang mereka, aku kan jumpa kekuatan
yang luar biasa, tapi
kadang aku mampu
kadang terlimpas waktu


Aku ingin bersendirian di malam itu
mengumpul titis embun keyakinan
di kelajuan maksima cahaya 
kemudian biar tenang bersiaga
untuk menggenggam Mataesso ku


Aku ingin bersendirian di malam itu
mencari cinta Sang Pencipta
bertebaran di langit yang bercahaya


Jadi..
Izinkan aku.. biarkan aku.. 
bersendirian di malam itu.






Melalui saat yang kritikal,
Ds Khairunnisa Ismail,
Rumah Borneo,
5 Oktober 2010.

Sebentar menjenguk kamu _^)


posted by Khairunnisa on ,

No comments



Bacalah dengan nama Tuhanmu.. agar BIDADARI cemburu padamu

>>Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang<<






Tiada entry yang baru, bukan bermakna aku tidak sayang pada kamu .. wahai readers & pengunjung ku =) 


pergh.. jiwang sekejap ya. Lama menahan rasa ingin berkongsi pada kalian. Namun, kesilapan ku sendiri kerna tidak menyusun masa dengan baik, membuatkan aku TOTAL dalam keserabutan beberapa hari & membiarkan blog ini statik dengan iklan-iklan program yang bakal di laksanakan.


Begitulah hidup seorang mahasiswa, yang tidak hanya beriman pada bilik-bilik kuliah semata.


"Ilmu perlu di cari sambil turun padang mengaplikasi. Mahasiswa bukan budak sekolah yang kerjanya hanya duduk di dalam bilik kecil cuma mendengar kuliah, hanya buka buku tanpa merasai apa yang di kaji. Itu fasa budak kecil yang baru belajar, fasa mahasiswa itu mengkaji dan membuat salah kemudian keluar menjadi seorang pengaplikasi yang penuh pengalaman dan pembelajaran. Bukan kah kita belajar dari kesilapan?"- by Ds Khairunnisa






Note:


1. Apa yang aku harapkan, moga kalian dapat sesuatu dalam blog ini, walau beberapa minggu tersadai.


2. Pada yang mengikuti program Islamic BORNEO Jamboree 2010, pada 1-3 Oktober ini, bertempat di Kem Semanggol, Janda Baik, Pahang.. tak sabar mau jumpa dengan kalian =)


3. Coba menjadi hamba sehebat mungkin buat yang teristimewa, iaitu yang telah mencipta jasad ini seindah rupa. 








Ds Khairunnisa,
Rumah Borneo,
30 Sept 2010

Naik tinggi lagi


posted by Khairunnisa on ,

No comments



"Assalamualaikum, saya kapten anda harini. Sekarang kita berada di paras ****km dari aras laut, dan kita akan naik lebih tinggi lagi. Bagi yang beragama Islam, insyaAllah saya akan beritahu kalian waktu berbuka puasa. Sekarang ialah jam7.20 malam. Waktu berbuka puasa pada waktu tempatan di sini (laluan penerbangan) ialah 7.34 malam. Matahari masih nampak lagi di kaki langit. Dan... sebentar lagi kita akan naik lebih tinggi. Kemungkinan kita akan berbuka puasa lewat dalam 10 minit dari waktu yang dijangkakan kerana.. kita akan naik lebih tinggi lagi."


"pergh... yang naik tinggi tu kenapa... keringnya.."


"Heh... itu la, mau lagi sungkai atas awan, kenala sabar"


"yalah.. bila lagi mo rasa jadi tetamu ramadhan atas awan"


"be.. banyakla awan mu.."





Saya, Dg Siti Khairunnisa bt Ismail, pemilik blog Qalam Khairunnisa ingin mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman buat semua readers yang datang melawat. Sila hati-hati dijalan raya supaya tidak ada yang akan mengatakan "kalaulah saya bersabar..."

Saya akan berada di tanah kesayangan hamba -TAWAU- selama 20160 minit. Moga minit-minit yang Allah berikan ini dapat dimanfaatkan buat bekalan kekuatan pada hari musafir akan datang.

Kepada yang tidak balik ke kampung, moga tabah hendaknya.. saya juga pernah merasa.. lek kamu.. tahun depan ada lagi heh.. walau dimana pun saya dan kamu berada, ingat.. kita tetap berada di bawah langit yang sama, melihat bulan yang sama.. walaupun waktu berbuka kita berbeza. Masing-masing ada hikmah dan keistimewaan perjalanan yang tersendiri.


Catatan dari rumah,
Tmn. Victoria, Tawau, Sabah.

Jam pasir hamba


posted by Khairunnisa on

No comments


Coret-coret 18 Ramadhan ~


"Ramadhan" bukan guna jam digital yang bole di set up, bukan juga jam dinding yang bole di ubah jarumnya, tapi "Ramadhan" guna jam pasir yang tak boleh di ubah apa-apa perjalanannya, kalau di tebalik maka berubah asalnya, sebelum habis pasirnya, cepat cari hikmahnya!


"Ramadan".. we can't set up it with digital clock or change the wall clock's needle , because "Ramadan" using hourglass (sandglass/sand timer) that can not be modify, if you inverted to begin timing again, you'll change the originally. So, find the HIKMAH - as soon as possible - before it done!


Jom teruskan misi menganyam cinta , moga bertemu di benang kaitan doa =)




p/s: antara satu kekuatan & keyakinan hamba ialah "Allah yang pegang hati mu"










by Ds. Khairunnisa Ismail

Cahaya hati si bunga MATAHARI


posted by Khairunnisa on

No comments



Cahaya HATI si bunga MATAHARI

Ku daki puncak tertinggi,
ku jalan tanpa henti,
cuma mencari cahaya HATI,
ku tahu tidak sia-sia ku di uji,
biar tertusuk duri,
benar ni.. tolong dengari,
yang cuma ku ingin,
cahaya HATI,
bukan cuma untuk menghapus sepi,
tapi untuk si bunga matahari,
yang semakin mekar di taman HATI.


Cahaya HATI bukan sebarang cahaya. Bukan yang terpancar dari senter atau touch light, bukan yang terbit dari bakaran lilin. Apa yang pasti, coba lihat dengan mata HATI, pasti kamu rasa kehangatan nya. 


Hamba bukan insan yang sepi dari rasa.. beberapa hari ini, ada cahaya yang timbul dari dasar hati.. ku cuba proses melalui pelbagai lapisan , takut andai pandangan itu cuma oasis dunia.. ustaz bilang, lihat dengan mata hati. hey, tapisan nya bukan sembarangan, hamba guna engine bermutu tinggi berjenama RAMADHAN. Prosesnya berlangsung sepanjang 30 hari. 


"Kau kena yakin dayang"


"Eh... yakin seh"


"Kau belum yakin..."


"hey bechek... kau jugak bilang sama aku, hati manusia ALLAH yang pegang... aku yakin" 


Benar ni... aku yakin. 


Aku yakin... DIA tidak pernah mengecewakan hambaNYA.




Ds Khairunnisa Ismail,
Rumah Balqis,
13 Ramadhan 1431 H

About

Blog Widget by LinkWithin