Bacalah dengan nama Tuhan-Mu.
Saya berikrar pada diri,
mahu jadi rajin,
sebab tu saya sanggup patah balik ke kampus,
konon tak dapat tumpu belajar di rumah.
Saya baru buka laptop, konon mahu download past exam paper.
Tiba-tiba saya teruja.
Bukan pada isi laptop,
tapi pada mereka di hadapan saya ni.
Mereka tengah melukis!
ya.. melukis.
Ingin saya bertanya, tapi mulut berkunci.
Takut mengganggun konsentrasi mereka.
Mereka student cina. Sedang mengecat atas kanvas klasik.
Macam dalam cerita cina klasik tu.
Yang banyak bertampal di dinding-dinding istana lama.
Seorang lelaki sambil berpakaian lengkap, dua orang perempuan. Seorang guru perempuan cina.
Saya sangat tertarik.
Seolah-olah mahu berkata..
"boleh lukiskan untuk saya?"..
terbayang bunga Matahari, kesukaan saya.
Mereka bersungguh-sungguh mengecat kanvas itu.
Beberapa helai sudah siap.
Dan saya pula...
masih terpaku di sini,
tanpa kata, tanpa suara.
Nah.. macam ada yang tidak kena.
Saya pun baca balik entry ini.. scroll ke atas..
"Saya berikrar pada diri,
mahu jadi rajin,
sebab tu saya sanggup patah balik ke kampus,
konon tak dapat tumpu belajar di rumah."
Jadi sahabat-sahabat..
bila rasa diri serba tak kena,
bila rasa "eh..aku sepatutnya buat apa tadi ney?"
bila rasa lengang semacam,
bila rasa diri free semacam,
adalah tu yang tak kena.
So, kena check balik apa tujuan asal kita,
apa matlamat kita,
baru hidup ni terarah, terpandu,
terlindung dari kes buang masa.
Apa yang kamu dapat lepas baca entry ni?
jangan biar diri anda free dari tidak membuat apa-apa.
Aduh... kembali mood asal. Saya mahu sambung download ni, orait!
*Keadaan sebenar: tengah eskep dari Forum Hantu... sebab besok ada ujian. Hihihi..