Aku mahu bicara sesuatu,
tapi malu,
melihat reaksi mak,
sambil mencari muqaddimah yang sesuai,
apa mungkin aku perlu berpantun!
hanya cuma mahu menerangkan itu.
Aku mahu bicara sesuatu,
sejarah silam mak jadi taruhan,
"tahun bila mak dan abah kawin?"
di tanya semula kita, kenapa?
oh... saja bah mahu tahu.
Aku mahu bicara sesuatu,
tapi pipi masih kemerahan,
apa mak tahu tujuan aku?
cheezy wedges ku gigit satu persatu,
nah, tak lama habis makanan ni,
macam mana mau cakap ney.
Aku mahu bicara sesuatu,
tapi yang ku bincang,
"macam mana abah dan mak bertemu?"
di tanya lagi semula, kenapa?
oh... saja bah mahu tahu.
Aku mahu bicara sesuatu,
tapi, kawan mak selalu menggangu,
wah, hilang feel ku,
"mahu fun fries ni dek?"
"oh terima kasih"
dalam hati "aku cuma mahu bersendirian dengan mak aku"
Aku mahu bicara sesuatu,
di mulakan perihal sahabatku,
si fulan tak lama lagi kawin,
si fulan risau itu dan ini,
si fulan sudah melahirkan anak,
tinggal perihal "si aku" yang masih membatu.
Aku mahu bicara sesuatu,
tiba-tiba,
"ayo la Puan Dayang (nama mak),
boarding time suda ney",
nah, haru biru,
rosak rancangan ku.
Aku mahu bicara sesuatu,
tapi mak suda siap depan pintu,
tinggal lagi menunggu seruan pramugari,
"na, bagus-bagus belajar ya nak"
"orait, kirim salam sama abah"
oh... rancangan ku hambur,
iya la, salah ku.
Aku mahu bicara sesuatu,
akhirnya,
ku ketik handphone ku,
lancar mengarang ayat,
hampir jadi essay!
rupanya memang style aku,
mulut kaku tapi tangan laju.
Aku mahu bicara sesuatu,
yang akhirnya di sampaikan
tanpa mata ke mata,
mengharap hati ke hati,
pendek saja jawapan mak,
tapi cukup buat aku berfikir panjang.
Aku...
kalau lah aku cakap awal-awal tadi,
bole discuss panjang-panjang,
maaf kan aku,
aku anak yang pemalu!
Mereka...
sudah penat mereka berbahasa,
mengatakan itu dan ini,
menasihat "kau perlu mencuba",
mengambil atau memberi peluang.
Tuhan...
tolonglah, bantulah.
Kamu...
doakan ya!
_____________________________________
1.40pm
30 Oktober 2010,
Kuala Lumpur International Airport.
hahaha... rupanya!
ces... aku dak buat lawak ya di atas.. =_= kering tul~
sapa bilang ada orang buat lawak?
abis yang ko ketawa kenapa?
same la style kita, mulut kaku, tapi tangan laju :))
mana ada ketawa
i like it
malu-malu kucing.
:) best...hehe