*50 tahun lagi akan kiamat


posted by Khairunnisa on , ,

2 comments

di suatu petang yang nyaman




Uncle: Hari ini banyak panas aa


Saya: Ah.. Ya.. panas jugak


Uncle: dulu tak pernah begini tau, sekarang ni hari-hari panas.. lebih panas dari zaman dulu


Saya: betul tu uncle, itu la, orang tebang sana tebang sini itu pokok, macam mana.. (sleng ikut rentak uncle tu heh)


Uncle: Ini macam, 50 tahun lagi akan kiamat la. 


Saya: (terkejut) emm.. kenapa pakcik kata 50 tahun lagi kiamat? 


Uncle: you ada baca paper pagi ini tak?


Saya: tak sempat nak bukak tadi (cover hehe)


Uncle: You tau, sekarang ni, macam-macam dah berlaku di dunia. Tadi pagi, tanah runtuh, banjir, macam-macam. Cuba you fikir, kalau setahun kemarau, apa mau jadi? Bila hujan saja, mula lah orang kita kata "apa la ini hujan, turun saja". Tapi bila panas memanjang, baru diorang fikir. Ini macam, uncle fikir, 50 tahun lagi pasti akan kiamat la. 


Saya: ohh.. begitu ya uncle (serius tau uncle ni cakap)


Uncle: Ya la..serius ni.. ey, you suda kawin ka?


Saya: hehe belum lagi uncle. Kenapa? Uncle dah kawin belum?


Uncle: Saya sudah kahwin la. You tu, cepat-cepat la kahwin, nanti dunia kiamat, tak sempat la.


Saya: eh yeke uncle? tak sempat ya? hehe (biar betul uncle ni.. )


Uncle: (dengan serius dia kata) Eh betul la, nanti tak sempat, you yang rugi..


Saya: Hehe... ( tersenyum.. dalam hati kata "insyaAllah" ada rezeki)


Uncle: Ha.. sudah sampai.. sini ya..


Saya: Ya, thank you uncle..


Uncle: Jangan lupa tau.. kawin cepat-cepat, nanti tak sempat


Saya: Ya .. ya uncle.. jangan risau.. hehe thank you again ya (sambil tutup pintu teksi)






Menyelak catatan perjalanan pada 25 Mac 2010. *Dalam teksi, on the way ke Kompleks Perdana Siswa, Uni Malaya. Perbualan antara Uncle berbangsa India dan saya. Uncle berbangsa INDIA ini pun percaya dan takutkan hari kiamat, apatah lagi kita ini yang MUSLIM. Kita ini bukan sekadar percaya semata-mata malahan ber-IMAN dengan hari kiamat. Mari FIKIR + ZIKIR.




*Maaf andai tajuk entri ter-lebih :) , bukan membuat spekulasi kosong , sekadar menggambarkan point utama dalam perbualan kami.



- Dg Siti Khairunnisa bt Ismail Lamo
- Universiti Malaya, KL, Malaysia

2 comments

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin