si Adik duduk disebelah ku, memakai baju kurung warna B&W + bertudung kuning :)
Aku mencapai buku mewarna si adik. Ku bilang padanya "dek, cuba eja dulu ni kunun, perkataan apa?"
si adik berkerut sambil menatap gambar dalam buku. Lama di amatinya.
dan terus mengeja "B.. U.. K.. I.. T.. -> Gunung !!"
"Hey, Bukit la dek.." ku bilang.
"Bukan, Gunung bah ni.. tengok gambarnya.." kata si adik. Matanya bulat, bersinar-sinar.. dia yakin apa yang di lihatnya.
... rupanya, jawapannya berdasarkan apa yang ada di depan mata, bukan pada perkataan..
ku rasa... itu lagi jujur.
*Tribute kerinduan buat adikku, Dg Khalilah Ismail yang sedang bahagia sebab dia baru lepas exam minggu lalu. :). Kisah ini adalah imbasan yang lalu, si adik dah besar suda sekarang.. haha..
p/s: @ twitter http://twitter.com/ds_khairunnisa
- Dg Siti Khairunnisa bt Ismail Lamo
- Universiti of Malaya, KL, Malaysia
- Dg Siti Khairunnisa bt Ismail Lamo
- Universiti of Malaya, KL, Malaysia