Bila janji pemimpin hanya retorik : Maka MLTR pun di luluskan.


posted by Khairunnisa on ,

9 comments

Tidak perlu saya menghuraikan latarbelakang mereka, atau sejarah mereka juga bila mereka pernah mengadakan roadshow di Malaysia dahulu. Cukup saya ingin cuba menyedarkan masyarakat yang kononnya Satu Malaysia bahawa mereka sedang dalam keadaan berbahaya !


MasyaAllah, tak cukup dengan peringatan Allah yang terkandung dalam sebaran virus H1N1, kini kerajaan pula ingin menjemput satu lagi "malapetaka" baru berbentuk virus hedonisme yang semakin mengancam generasi mu'minin di kalangan ummah di Malaysia. Mati dalam H1N1 ini bagi saya lebih mulia dari mati dalam dakapan hedonisme.


Saya hairan, 100 hari pemerintahan Najib telah berlalu begitu jauh. Namun, Malaysia hanya mendepani kerosakan. Di mana sensitiviti dan keintelektualan rakyat dalam memilih pemimpin? Bukan tuduhan melulu, tapi realiti dalam satu penilaian di mata rakyat.


Andai benar rakyat didahulukan, maka suara bantahan rakyat mengenai konsert ini juga perlu di ambil kira. Najib sebagai pemimpin yang kononnya dipilih atas dasar kepercayaan rakyat harus membuat keputusan mengikut maslahah umum yang lunas berlandaskan garis hukum syara'. 


Malangnya, kelulusan konsert ini hanya mendatangkan mafsadah pada kemakmuran rakyat apatah lagi yang beragama Islam. Mana janji Najib pada rakyat untuk mengadakan sambutan kemerdekaan secara sederhana kerana menghormati bulan Ramadhan? Janjinya retorik semata-mata. Rakyat di tipu hidup-hidup. 


Saya mahasiswa yang kecewa dengan kerajaan. Saya mengajak sahabat-sahabat yang lain untuk mengecam kerajaan, andai konsert ini benar-benar diadakan yang dijadualkan pada pada 5 Oktober 5 September bersamaan 15 Ramadhan 1430 di Arena of Stars Genting Highland, maka tunggulah bagaimana mahasiswa bangkit untuk menghalangnya. Selagi ISLAM bernyala di jiwa anak muda, akan digenggam baranya. ALLAHU AKBAR !! .




FIKIR & ZIKIR , INI ISU UMMAT ISLAM.



 " Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri ! "

DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
0650am, 26082009
http://qalamhazin.blogspot.com











9 comments

  1. Anonymous

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin