Pergi Tak Kembali - Arwah Ust Asri (Rabbani)


posted by Khairunnisa on , , ,

3 comments



Saya tengah bersiap dengan nota Pengantar Politik Islam pada jam12.00 pm, tiba-tiba sahabat saya, Masturah memberitahu bahawa Ust Asri, vokalis Rabbani meninggal dunia lebih kurang jam 10.30 @ 11.00 am tadi. Hati tersentak, innalillah wa inna ilahi rojiu'n.




Sahabat mengerumuni meja kami. Mereka juga bagai tak percaya. Mereka kata sangat sedih. Saya katakan, "jangan bersedih sangat". 




Mereka terkejut. "Abis tu, tak kan nak gembira pulak", tempelak seorang sahabat. 




Saya menjelaskan, "Saya tak kata jangan bersedih @ bergembira, tapi apa yang ingin saya katakan, ini adalah tazkirah dari Allah, marilah sama-sama bermuhasabah, Allah ingin tunjukkan bahawa tak kira Vokalis hebat ke, terkenal ke, Perdana Menteri ke, Raja ke, Orang Besar, Orang bawahan, mahasiswa ke, semuanya pasti menghadapi saat itu, Arwah Ust Asri dah sampai waktunya, maka tinggal kita bermuhasabah dan mengislah diri ". 




Akhirnya, semua berlapang dada. 




Sepetang melihat foto arwah sambil mendengar lagu "Pergi Tak Kembali", hati saya juga sedikit demi sedikit sebak. Rasa takut. Ini kerana, saat arwah dah tiba, pintu dunia dah tertutup baginya, berapa banyak dakwah yang beliau telah sebarkan. Terkenang diri yang tak cukup lagi amalan. Bagaimana kalau tengah menulis ini juga di tarik nyawa? Allahu Akbar.. impianku syaheed dalam medan dakwah. 




Maka, peringatan maut itu perlu ada di dalam jiwa. Barulah tiap yang kita lakukan menjadi amal di sisi. 




"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)" (29:57)




Antara catatan di dalam blog arwah :


"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku"




Pahlawan Nasyid


"anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti"


Ahli keluarga arwah







Re-view semula kenyataan akhbar maya:


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.




Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.


Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.


Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu.


Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.




Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini.


Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.


Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.


Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.


Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni. - Malaysia Kini


Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.









Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "


DSKHAIRUNNISAISMAIL

Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur

0600pm, 13082009

http://qalamhazin.blogspot.com

3 comments

  1. Anonymous

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin