Mask di reka khas untuk melindungi penyebaran wabak h1n1. Biasanya ia berwarna putih atau biru polos. Namun kini, kita dapat lihat ia nya mempunyai pelbagai corak!. Nampaknya seni tidak hanya di kanvas putih. Orang "seni" mula mendapat idea dan menjadikan mask sebagai "kanvas" baru mereka. Mari lihat. Contoh 1st di atas. Seorang wanita memakai mask h1n1 yang bercorak rama-rama dan kelihatan relax.
Saya lihat beberapa perkara.
Pertama, saya lihat mereka ni kreatif juga. Alang-alang dalam tahanan h1n1, maka mereka mencari sesuatu yang kreatif, membuat si pemakai lebih ceria, bukan seperti orang sakit.
Kedua, saya lihat, ketakutan atas kemerbahayaan virus ini seolah-olah hilang dengan keseronokan mereka me-reka mask seperti ini.
Mungkinkah, dengan me-reka corak seperti ini membuatkan paras ketakutan manusia turun? Setiap hari ada saja akhbar melaporkan kematian akibat virus h1n1. Maka manusia pun cuba untuk membangunkan jiwa yang takut itu dengan seni.
Ada sahabat saya berkata, h1n1 adalah peringatan dari Tuhan. Maka, sebagai seorang yang bergelar Muslim (alhamdulillah), taqarrub kepada Allah adalah asas yang penting. Dalam mendepani ujian h1n1, letakkan lah konsep TAWAKKAL kepada Allah di tempat yang sepatutnya.
Saya teringat tok guru pondok Gelang Mas mengajar tentang konsep Tawakkal melalui kitab lama. Seminggu lebih saya hanya mendengar tentang Tawakkal siap dengan i'rob ayat. Cuma versi kelantan, so maklumat kurang sampai hehe. InsyaAllah saya akan rujuk semula di dalam mana-mana kitab.
Tawakkal
Tawakkal adalah kesungguhan hati dalam bersandar kepada Allah untuk mendapatkan kemaslahatan serta mencegah kemudharatan, baik dalam urusan dunia mahupun urusan akhirat.
Firman Allah yang bermaksud :
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya (mencukupkan
keperluannya)." (QS. Ath-Tholaq: 2-3)
Perlu difahami bahawa mewujudkan tawakal bukan bererti meniadakan ikhtiar atau mengetepikan usaha. Takdir Allah dan sunnatullah terhadap makhluk-Nya terkait erat dengan ikhtiar makhluk itu sendiri, kerana Allah ta'ala yang telah memerintakan hamba-Nya untuk berikhtiar dan di saat yang sama Dia juga memerintahkan hamba-Nya untuk bertawakal.
Ikhtiar itu adalah perintah-Nya terhadap jasad lahiriyah kita, sedangkan tawakal adalah perintah-Nya terhadap hati kita sebagai manifestasi dari keimanan kita kepada Allah subhanahu wata’ala.
Allah berfirman lagi, maksudnya :
“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (QS. Al-Imran: 159)
Jadi, jangan terleka dengan keseronokan. Berpesan-pesanlah kita dan kepada orang-orang yang sedang sakit agar bertawakal kepada Allah subhanahu wata’ala dan menggantungkan hati kita kepadaNya. Sehingga kita akan mendapatkan kesihatan, keselamatan, dan balasan pahala di dunia dan di akhirat.
Moga h1n1 dan Ramadhan Kareem sebagai medan tarbiyyah yang terbaik bagi ummat yang dijanjikan Syurga Allah.
" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri ! "
DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
0540am, 26082009
http://qalamhazin.blogspot.com