Ketika sedang menunggu Lecture sampai, saya terpandang sisipan kalendar dalam diari sahabat di sebelah. Kebetulan dia sedang mencoretkan sesuatu yang tidak peribadi. Tepat dalam kotak cuti hujung minggu, dia menulis "BALIK RUMAH". Saya termenung sebentar. Terdiam, termagu. Kemudian mencetuskan idea ringkas, tapi cetek, "Kalaulah setiap hari cuti". Wahh, teruknya.
Manusia bukan robot, yang setiap hari bekerja. Ya, betul. Tapi, manusia perlu bergerak. Mereka akan bergerak untuk keseimbangan gaya hidup. Mereka menggerakkan jasmani untuk bekerja, memasak, berlari, berjalan. Mereka menggerakkan rohani untuk beribadah, menjaga tingkah laku, menilai perbuatan, mengimbang pelaksanaan dan seterusnya mengawal jasmani. Mereka juga pasti menggerakkan minda untuk membaca, membina rangkaian pemikiran, mencetus solusi bagi persoalan dan juga mengimbangi jasmani dan rohani.
Jadi, buat seketika kita memikirkannya. Apa kita perlu berehat panjang dalam dunia?
"Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki" (25:47)
Agama kita sudah cukup cantik mengatur hidup kita. Tinggal kita mengaturnya mengikut kreativiti kita. Cuma, saya masih dalam kekalutan. Kalut dalam menyusun jadual. Ini pengalaman saya mengurus pelbagai projek. Mana lagi nak siapkan assigment dan masa untuk membaca buku. Semuanya perlu di atur dengan sistematik. Maka, saya tengah mencuba sedaya upaya.
Wal A'sr.
Untuk di jadikan kisah, sewaktu zaman nilampuri saya, saya pernah mengajak sahabat saya, Zalekho untuk menemani saya ke suatu tempat. Malangnya, oleh kerana banyak perkara yang tak selesai, saya terlewat. Saya mengirimkan sms kemaafan. Dan dia membalas "Wal A'sr" . Hanya dua patah ayat arab itu sahaja. Sangat menggetarkan hati, lantas siapa yang tidak beristighfar. Sejurus itu, saya segera menuju ke parkir motor. Ayatnya pendek tetapi penuh makna, penuh nasihat dan sangat lembut tapi tegas. Saat itu, terdetik di dalam hati, inilah keindahan Islam, inilah keindahan ukhwah kerana Allah. Bila kita "berpesan-pesan pada kebenaran".
Saya selalu mengingatkan diri , " 24 jam yang Allah berikan, apa kita tidak cukup ? ".
Ternyata, rahsianya saya temui dalam solat. Benar. Saya menyedari bahawa, siapa yang menjaga solatnya, wudhu' nya sempurna, ibadah solatnya sempurna dan solat tepat pada waktunya (kecuali ada hal yang tidak dapat dielakkan), insyaAllah dia akan dapat mengatur hidupnya sempurna. Hingga saya pernah mendengar, kalau kamu hendak memilih orang untuk membantu kamu, tengoklah bagaimana dia menjaga solatnya. Orang yang menjaga solatnya pasti seorang yang amanah, insyaAllah.
Apapun, saya sentiasa mencuba buat yang terbaik di zaman UMKL ini. Ini kerana, saya tersedar, sudah pasti ramai yang kecewa bila kita tidak menepati masa dalam gerak kerja hanya kerana hidup kita tidak teratur. Natijahnya tidak kira jangka masa yang pendek @ panjang, sudah pasti ramai yang kecewa dalam jejak masa yang kita tinggalkan kerana tidak menepati masa.
Di sini, kita dapat melihat kaitannya antara menjaga solat dengan masa serta perlunya penyusunan hidup secara sistematik. Dua perkara yang pasti menjaga kita, khazanah kemuliaan tinggalan kekasih Allah, Al-Quran Al-Kareem dan Sunnah.
p/s : Moga kalian mendapat sesuatu dari catatan ringkas QK ini.
" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "
DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
1200pm, 12082009
http://qalamhazin.blogspot.com