MasyaAllah, tak cukup dengan peringatan Allah yang terkandung dalam sebaran virus H1N1, kini kerajaan pula ingin menjemput satu lagi "malapetaka" baru berbentuk virus hedonisme yang semakin mengancam generasi mu'minin di kalangan ummah di Malaysia. Mati dalam H1N1 ini bagi saya lebih mulia dari mati dalam dakapan hedonisme.
Saya hairan, 100 hari pemerintahan Najib telah berlalu begitu jauh. Namun, Malaysia hanya mendepani kerosakan. Di mana sensitiviti dan keintelektualan rakyat dalam memilih pemimpin? Bukan tuduhan melulu, tapi realiti dalam satu penilaian di mata rakyat.
Andai benar rakyat didahulukan, maka suara bantahan rakyat mengenai konsert ini juga perlu di ambil kira. Najib sebagai pemimpin yang kononnya dipilih atas dasar kepercayaan rakyat harus membuat keputusan mengikut maslahah umum yang lunas berlandaskan garis hukum syara'.
Malangnya, kelulusan konsert ini hanya mendatangkan mafsadah pada kemakmuran rakyat apatah lagi yang beragama Islam. Mana janji Najib pada rakyat untuk mengadakan sambutan kemerdekaan secara sederhana kerana menghormati bulan Ramadhan? Janjinya retorik semata-mata. Rakyat di tipu hidup-hidup.
Saya mahasiswa yang kecewa dengan kerajaan. Saya mengajak sahabat-sahabat yang lain untuk mengecam kerajaan, andai konsert ini benar-benar diadakan yang dijadualkan pada pada
FIKIR & ZIKIR , INI ISU UMMAT ISLAM.
" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri ! "
DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
0650am, 26082009
http://qalamhazin.blogspot.com
bukan 5 oktober..tp 5 september..'peka' dgn bnd2 kck penting sbg seorang aktivis. =)
*org akn tgk kesalahan kita walaupun sekecil perkara*
Salam..sudah sampai msenyer ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN.
J0m... juang.. ye x ye... baik umdang yus0ff islam ke.. ye lah ad unsur agame.. lagi2 bulan p0se nie..
elok la tu sama2 jemaah tarawih kat sana biar MLTR jadi imam.
tepuk dada tanyalah iman...akal mesti sentiasa berfikir yg mana utk kebaikkan & yg mana akan mendatangkan kemudaratan...Insyaallah hidup akan lebih bermakna.
semua itu merupakan tanda2 segera datangnya hari kiamat
salam,
sokokng sis iza, kalau diri tu baik, tak pergi pon tempat2 macam tu. tak ada gunanya. buatla konsert apa pun, itu semua bergatung pada diri. jangan salahkan kerajaan.
adoyai, macam serbu tak kena gaya ja.
mohamadazhan
salam. inilah hadiah kerajaan satu malaysia.
kerajaan tidak perlu disalahkan jika perkara yang dibawa itu mengikut kalam tuhan dan sunnah junjungan, maka, kita bersedia untuk memberi wala' kepada kerajaan sepenuh nya...namun ingat, kita anti maksiat dan kekufuran. Meluluskan konsert diadakan di tanah air tercinta sama seperti kita menganjur kemungkaran. Soal bergantung kepada diri itu sebenarnya adalah tajuk yang lain untuk dibincangkan.