Dunia hari ini yang kelihatan "aman"


posted by Khairunnisa on

No comments



ISU 1

“Kejadian itu berlaku pada 1981 ketika kedua-dua mangsa berusia lapan dan 10 tahun yang mana pada awalnya, mereka diserang setiap hari dan kemudian dirogol dua atau tiga kali seminggu. Sekiranya mereka menolak perlakuan berkenaan, bapa mereka yang menggelarkan dirinya sebagai penjaga atau bos akan bertindak menumbuk, menendang dan adakala cuba membakar mereka.”

Pihak berkuasa tempatan BRITAIN memohon maaf kepada dua wanita rakyat Britain yang dirogol dan didera bapa mereka selama lebih 25 tahun dan menyebabkan mereka hamil 18 kali (sehingga melahirkan 7 orang anak), kerana gagal mengelakkan kejadian sumbang mahram itu berlaku secara berulang.
Sebanyak 28 agensi dan 100 pegawai berurusan dengan keluarga terbabit sejak 35 tahun lalu. Namun, kesemuanya gagal dan masing-masing tampil untuk memohon maaf.

ISU 2

Lars Vilks mahu bebas sindir agama
"Saya sebenarnya tidak berminat untuk menghina. Tujuan karikatur itu dibuat adalah untuk menunjukkan ia boleh dilakukan. Tidak wujud sebarang perkara yang sangat mulia sehingga tidak boleh diejek," kata Vilks dalam satu temu bual di Stockholm. Alasan dia berbuat demikian untuk menunjukkan kebebasan artis menyindir semua agama termasuk Islam.

ISU 3

ISRAEL ingin  membina 112 buah rumah bagi pendatang Yahudi di Tebing Barat.
Prospek rundingan damai antara Isreal dan Palestin berkecai apabila Liga Arab menolaknya, setelah Israel meneruskan rancangan untuk membina lebih banyak penempatan haram baru di wilayah Palestin yang didudukinya. Ketua Liga Arab, Amr Mussa memberitahu pemberita, Presiden Palestin, Mahmud Abbas telah memaklumkan bahawa beliau tidak akan menghadiri sebarang rundingan damai dalam suasana sekarang.

ISU 4

Pemasangan CCTV di semua ibu pejabat polis daerah
"Dengan pemasangan CCTV ini, semua sesi soal siasat akan dirakamkan dan mereka yang bertanggungjawab dapat melihat apa berlaku seterusnya menjadikan tugas dan tanggungjawab anggota polis lebih difahami masyarakat," katanya.

ISU 5

50,000 tentera kawal Bangkok
Pihak berkuasa Thailand akan menempatkan 50,000 anggota tentera di jalan-jalan raya di ibu negara ini bermula esok, berikutan rancangan kumpulan antikerajaan mengadakan protes besar-besaran yang dikhuatiri akan bertukar menjadi ganas.


Perkongsian bukan sekadar “angin lalu”, tapi sebuah peringatan buat yang masih lena dalam pelukan kesenangan dunia. Di samping ilmu yang di tuntut, pasti ada yang menuntut mu di luar sana supaya bergerak membantu mereka.

Mujahadah yang sakit


posted by Khairunnisa on ,

No comments



Dia , membuatkan bibirku sering mengucup sejadah,
membuatkan kepalaku sering tunduk mengharap,
takut kehidupan hamba hanyalah madah,
rasa terhimpit yang menolak,
sebagai hamba hina aku takut tertolak...

kepada ALLAH aku serahkan,
kalau benar kau untukku,
pasti DIA akan uruskan,
tinggal tangan terus berdoa,
tinggal jasad terus bekerja,
tinggal diri untuk terus berusaha.

~nukilan Hilal Asyraf 



Namun, seruan DAKWAH masih melambai-lambai. Ilmu di dada minta di kukuhkan lagi sebelum keluar ke medan nya. Soal ini, biar DIA yang atur, aku hanya sekadar berkongsi. Alhamdulillah, iman dan hati sihat lagi. ^_^ .  Cuma, mujahadah itu memang perit & sakit.

Tergesa - gesa


posted by Khairunnisa on ,

1 comment



Semalam, aku cuba "berusaha". Ternyata plot kisahku tidak seindah Cinderella. Aku tunduk sambil berbisik pada TUHAN,

“Malam ini, aku menemuiMU dengan membawa “sebaris ayat”. Ku mohon redha dan petunjukMU”

Seusai pertemuan antara hamba dan pemilik jiwa, aku menemui nasihatNYA yang memukul kesadaran ku;
“Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (adzab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.” 
(QS. al-Anbiya’: 37)

Hanya itu.. yang setakat ini mampu meredakan kegilaan ujian hati yang melanda.

SABAR
 
Lantas, kembali ber-MUJAHADAH



Hamba yang tunduk


posted by Khairunnisa on

3 comments


[ the one who can bow down to ALLAH (God) 
can stand up for anything ]



Seminit yang akan datang, kita tak tahu apa yang TUHAN caturkan.

Sedikit demi sedikit, kesedaran itu timbul. Kesedaran sebuah tanggungjawab yang di pikul dalam sebaris kalimah agung
 
~لا إله إلا الله~
 
 
 
"wahai diri hamba yang sombong,
kembalilah kepada TUHAN mu,
segera mengaku KAU seorang DAEI,
yang harus menyebarkan
"SYAHADAH"
di seluruh pelusuk bumi... "





p/s: gambar di atas di ambil semasa program IBJ 2010 [Islamic Borneo Jamboree] anjuran MARSIS [Markas Siswa Siswi Islam Sabah].

Tarikh Keramat itu


posted by Khairunnisa on , ,

3 comments



Assalamualaikum semua.


Aduh, baru la si empunya blog menziarahi 'rumah' nya. Cuba membersihkan "sawang" 2009 yang masih berbaki. 


Kalau di teliti, saya tidak pun meng-post apa-apa mengenai tahun baru atau pun ma'al hijrah. Bukan sengaja, kebetulan tiada ruang khusus mengisi waktu untuk meng-update-nya. Lalu, hati saya kata, tunggu saja "tahun baru" yang sebenar buat diri. Kerna, pada tarikh ini, adalah "tahun baru" bagi empunya jiwa. 



2 FEBRUARI 1988

Tarikh keramat itu 
membuat uban kita bertambah
membuat perjalanan kita terkedepan
membuat sejarah kita panjang
membuat angka hayat berbilang

Apa yang pasti, ia nya akan
menambah koleksi bahagia buat kenangan
menambah goresan luka dan kesedihan
menambah episod sebuah perjuangan 
mengumpul kekuatan dari kekalahan 
memeta petunjuk bagi generasi datang 
membuat fitrah merindu sebuah CINTA yang belum diberitakan

( Puisi Kelahiranku pada 2 Februari 1988, Ds Khairunnisa Ismail )




Rentetan awal Januari 2010 bermuqaddimah sebuah perjalanan dan perjuangan sebagai mahasiswa (Pilihan Raya Kampus). Ada yang ingin menegakkan keadilan, ada yang mahu suara nya di dengar, ada yang menuntut hak. Namun, sudah lumrah, suara mereka di terjemah ke pelbagai "bunyi". MEDIA melagukan irama yang tak sekata. Rakyat pula hanya mendegar. Gambar mahasiswa di dada akhbar diterjemah mengikut garisan mata. Aduh.. betapa penat untuk memberikan penjelasan. Bukan keganasan yang ingin di kongsikan. Tapi satu simbolik untuk di fikirkan, di pecahkan dan perlu di kritikan dengan pemahaman. Adakah GAMBAR mampu menterjemah segalanya? Dalam gambar bahagia, siapa tahu duka di jiwanya. Gambar yang tersenyum menyerah duit, siapa tahu kondisi duit nya, apa halal atau haram (rasuah). 


Apapun, perjuangan belum selesai dan harus di teruskan. Saya mohon, doa nya yah moga kebaikan, keikhlasan, kesabaran, kesolehan itu mampat dalam jiwa dan kelakuan saya. 


Akhir kata "Ilmu perlu di cari sambil turun padang mengaplikasi. Mahasiswa bukan budak sekolah yang kerjanya hanya duduk di dalam bilik kecil cuma mendengar kuliah, hanya keluar masuk, hanya buka buku tanpa merasai apa yang di kaji. Itu fasa budak kecil yang baru belajar, fasa mahasiswa itu mengkaji dan membuat salah kemudian keluar menjadi seorang pengaplikasi yang penuh pengalaman dan pembelajaran. Bukan kah kita belajar dari kesilapan?" - khas nukilan ku ^_^







DSKHAIRUNNISAISMAIL
UNIVERCITYOFMALAYA
> 2.00 pm / 31 JAN 2010

About

Blog Widget by LinkWithin