Dulu.
Aku teringat bertemu dengan senior lama dalam sebuah pertemuan. Katanya, dalam jalan perjuangannya, dia pernah berada di atas, aktif dengan kehadiran penuh dimana-mana agenda. Namun, dia juga pernah terjatuh dan mendiam di bawah. Hingga masa menyembuh luka, bila doa mula menampar muka. Dan akhirnya dia bangkit semula, mengumpul segala kekuatan yang ada untuk perbaiki mana yang jelek, mengisi mana yang kosong.
Aku teringat, pada masa itu, aku berada ditempat agak selesa, juga kehadiran penuh dalam agenda. Dan terfikir, mungkinkah aku akan terjatuh juga? Apa rasanya? Adakah aku juga mampu bangkit seperti beliau sekiranya aku terdiam dibawah?
Sekarang.
Aku teringat, sekarang masa bergerak dengan tiupan angin taufan "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji?". Membeku air mata. Tawar, tiada rasa.
Akan datang.
Aku teringat, tiada dalam data. Terdiam. Sehingga kaki mula melangkah, semula.
Catatan 2:42am
Nov 14, 2013
Rumah Balqis, Kuala Lumpur.
awww i could relate :) "..and He is with you wherever you are.." (57:4) be strong! & 74:7 :-*
JyJa
Biar slow. Asal melangkah.
p/s: bila mau letak butang like? senang sikit kalau like.