Assalamualaikum semua.
Aduh, baru la si empunya blog menziarahi 'rumah' nya. Cuba membersihkan "sawang" 2009 yang masih berbaki.
Kalau di teliti, saya tidak pun meng-post apa-apa mengenai tahun baru atau pun ma'al hijrah. Bukan sengaja, kebetulan tiada ruang khusus mengisi waktu untuk meng-update-nya. Lalu, hati saya kata, tunggu saja "tahun baru" yang sebenar buat diri. Kerna, pada tarikh ini, adalah "tahun baru" bagi empunya jiwa.
2 FEBRUARI 1988
Tarikh keramat itu
membuat uban kita bertambah
membuat perjalanan kita terkedepan
membuat sejarah kita panjang
membuat angka hayat berbilang
Apa yang pasti, ia nya akan
menambah koleksi bahagia buat kenangan
menambah goresan luka dan kesedihan
menambah episod sebuah perjuangan
mengumpul kekuatan dari kekalahan
memeta petunjuk bagi generasi datang
membuat fitrah merindu sebuah CINTA yang belum diberitakan
( Puisi Kelahiranku pada 2 Februari 1988, Ds Khairunnisa Ismail )
Rentetan awal Januari 2010 bermuqaddimah sebuah perjalanan dan perjuangan sebagai mahasiswa (Pilihan Raya Kampus). Ada yang ingin menegakkan keadilan, ada yang mahu suara nya di dengar, ada yang menuntut hak. Namun, sudah lumrah, suara mereka di terjemah ke pelbagai "bunyi". MEDIA melagukan irama yang tak sekata. Rakyat pula hanya mendegar. Gambar mahasiswa di dada akhbar diterjemah mengikut garisan mata. Aduh.. betapa penat untuk memberikan penjelasan. Bukan keganasan yang ingin di kongsikan. Tapi satu simbolik untuk di fikirkan, di pecahkan dan perlu di kritikan dengan pemahaman. Adakah GAMBAR mampu menterjemah segalanya? Dalam gambar bahagia, siapa tahu duka di jiwanya. Gambar yang tersenyum menyerah duit, siapa tahu kondisi duit nya, apa halal atau haram (rasuah).
Apapun, perjuangan belum selesai dan harus di teruskan. Saya mohon, doa nya yah moga kebaikan, keikhlasan, kesabaran, kesolehan itu mampat dalam jiwa dan kelakuan saya.
Akhir kata "Ilmu perlu di cari sambil turun padang mengaplikasi. Mahasiswa bukan budak sekolah yang kerjanya hanya duduk di dalam bilik kecil cuma mendengar kuliah, hanya keluar masuk, hanya buka buku tanpa merasai apa yang di kaji. Itu fasa budak kecil yang baru belajar, fasa mahasiswa itu mengkaji dan membuat salah kemudian keluar menjadi seorang pengaplikasi yang penuh pengalaman dan pembelajaran. Bukan kah kita belajar dari kesilapan?" - khas nukilan ku ^_^
DSKHAIRUNNISAISMAIL
UNIVERCITYOFMALAYA
UNIVERCITYOFMALAYA
> 2.00 pm / 31 JAN 2010
Esok ek? Selamat hari lahir. Semoga dilimpahi rahmat allah selalu.
psl media tu, mmg xdpt lari dr putarbelit mereka tu selagi dikawal oleh tgn2 asing. Gunalah media yg ada mcm blog ni smpaikan cerita sebenar. Rakyat pon yg buka internet bkan terlalu bodoh utk menilai.
:) Barakallahu feek
munsyi : a'ah hehe .. betul tu.. apakan daya.. moga rakyat pandai menilai.. syukran wa arigato gozaimas ^________^
salam ukht...happy belated birthday!lmbt sehari, huhu..
moge hijrahmu lebih bermakna...
apepwn terima kasih byk atas semua entry andayg byk mendidik jiwa, bersedia menghadapi dunia campus!