CHAT, ISLAM, PALESTIN & OBAMA


posted by Khairunnisa on ,

2 comments



Chatting punya pasal.


Satu hari, saya cuba masuk ke alam maya untuk chatting. Tapi, kebiasaannya sejak sekolah menengah lagi, saya tak suka chat dengan orang Malaysia, saya suka chat dengan orang luar Malaysia seperti Amerika, USA, Jepun dll. Masa saya sekitar tingkatan 3 @ 4, saya pernah chat dengan mat salleh. Kami berbahas tentang “Islam Terrorist”. Macam-macam tuduhan yang dia lemparkan tentang ISLAM, dan Alhamdulillah saya dapat jawab dengan baik dengan bantuan seorang teman. Masa tu, English saya tak berapa ok, huhu well asal sampai maksud saya belasah ja cakap. Perbualan yang hangat dan dia faham apa yang saya cuba sampaikan.


Kali ni, saya cuba lagi masuk ke alam maya. Bertemu dengan insan bernama Dakota, USA, 18 tahun dan bekerja sebagai sales man door to door and sales Roofs. Saya terfikir, daripada saya buang masa chatting, lebih baik timbulkan satu isu @ persoalan untuk di bincangkan. Perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah, apa agaknya mat salleh ni fikir tentang Islam di Palestin. Mustahil dia tak tahu. Saya mulakan dengan topic yang ringan supaya dia santai. Apa yang penting, saya cuba beri dia mind set supaya dia anggap saya ni orang biasa seperti dia. Sebab, saya tak nak dia simpan satu persepsi tentang diri dan latarbelakang saya. Bagi saya, jika itu berlaku, saya rasa perbualan kami mungkin akan terbatas mengikut garis persepsi. So, dari perbualan biasa, tiba-tiba saya timbulkan persoalan…

Ikuti pendapat salah seorang warga USA tentang ISLAM, PALESTIN & OBAMA.

Saya katakan, apa pendapat awak tentang isu PALESTIN.

Dia menjawab : I just think the whole thing is stupid, Islam needs to chill, that man isnt evil just mistakes. If we all just relax and not attack each other then the world would be a better place.

Just need to learn to expand that the past is past and move on with our lives, it is much easier on innocent life’s, both side are in wrong, but sadly it is never going to end, no matter how badly we want it €there is always going to disagreement but that is no reason to take over or attack someone over it, both countries are in the wrong.

Saya tanya kenapa mereka begitu kejam sehingga saya rasa Israel salah..

Dakota jawab "you have to put yourself in there eyes, they are all bought up in different standards , so if u were bought up in the culture you would think the other is wrong and you were right and continue to fight for what you believe in, so its a never ending converts. They shouldn’t force their influence on Islam, they should leave each other alone. It is like me taking away you and making you live in another country, it isnt right, unless you want too. Make love not war.

Saya katakan, saya rasa, Amerika mungkin akan di tipu oleh Israel.

dia jawab "thats why I am hoping our new president to pull out our troops soon, he is taking our troops out of the war, he is trying, our last president was a real douches bag."

Saya katakan lagi “saya dengar Obama berjanji akan bantu Israel keluarkan orang Islam di tanah arab. betul ke?”

“ No,he really fucked up our country, that was Bush, he is pulling fix our own country, we are in a depression right now and the war is dragging us down, and really our country are religions and think that Israel is in the right which is sad. either is in the right to wrongs dont make right, but this war has be going on for a long time, and it doesnt look like going to end soon. I really dont like to watch people fight until one is complete destroyed, it is really pointless, well…

Saya tanya tentang persoalan agama.

Dia jawab .."i am bounce around on religion, I have decide on one yet, i would like to here a lot of them before i choose one for me, but I do believe the Crist teachings, im glade to here that a lot of people here are close minded and tell me I m going to burn in hell for it, if u look religion a lot of them believe in a lot the same teachings, just indifferent way. Crist belief are very similar to a lot of religions and has many branches that believe any different things. if you hear any thing bout sciencetology , dont even take your time reading it,. coz it was made up by science fiction writer to make money.

Inilah perbualan yang sempat saya copy & paste. Rasanya panjang lagi perbualan kami antaranya saya tanya tentang Al-Quran & Bible, mengajak dia buat research if ada masa tentang perbezaan isi kandungannya dan macam-macam lagi.

KESIMPULAN

Semua persoalan yang saya ajukan merujuk kepada “saya orang biasa yang ingin berkongsi”. Harap tidak di salah ertikan. Sebab saya bukan berbual dengan orang akademik atau ahli agama crist, so bagi saya persoalan perlu ringkas dan mudah. Mungkin ada yang tidak setuju, depend pada pendapat masing-masing. Ini cara saya untuk dekati mereka bagi memahami persepsi masyarakat luar tentang ISLAM.

Satu lagi, para dai’e perlu menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris dengan baik. Bagaimana kita nak taqarrub dengan Al-Quran kalau bahasa arab kita lemah dan bagaimana kita nak luaskan medan dawah kalau bahasa asing kita tidak kuasai. Bangsa asing menguasai kita kerana mereka faham tentang kita, tapi kita masih lagi di bawah tempurung terkulat-kulat memahami ISLAM.

Muhasabah mesti diteruskan. Tarbiyyah mesti dimantapkan, agar menjadi sati binaan Muhafazoh yang kukuh. Kekurangan makanan rohani dikalangan penyokong Islam akan membuat iri syaitan menjelma. – renungkan.




DSKHAIRUNNISAISMAIL

29 APRIL 2009

APIUMNPUNIMALAYA



Perbezaan antara Kepintaran & Kebijaksanaan


posted by Khairunnisa on

No comments

Pintar & bijaksana adalah berbeza. Kepintaran boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Adapun kebijaksanaan dikhususkan buat orang mukmin sahaja. Pun begitu terdapat perbezaan yang ketara antara pengertian bijaksana menurut masyarakat & bijaksana menurut agama. Maka dengan itu, kebijaksanaan yang bersumber dari Al-Quran merupakan hal yang jauh berbeza dari kebijaksanaan dan kepintaran yang lain.

Kepintaran adalah kemampuan biologi (otak) setiap manusia. Ia tidak pernah meningkat ataupun menurun. Manakala kebijaksanaan adalah anugerah Ilahi yang dikurniakan khusus buat orang-orang mukmin yang soleh serta takut kepada-Nya. Justeru itu, kebijaksanaan seseorang boleh bertambah sesuai dengan peningkatan ketaatannya kepada Allah.

Tanda-tanda utama orang yang bijaksana, antara lain, sangat takut kepada Allah dan amat tunduk kepada perintah-Nya. Ia sentiasa mengikut hati nuraninya dan menilai segala sesuatu berdasarkan Al-Quran dan untuk mencari redha Ilahi. Walaubagaimanapun pintar dan pandainya seseorang, namun dia tidak akan mempunyai kebijaksanaan jika ia tidak takut dan tunduk kepada Allah.

Sedangkan orang yang tidak mempunyai kebijaksanaan amat sukar baginya untuk dapat memahami dan melihat kebenaran. Di dalam Al-Quran, Allah menjelaskan bahawa kurangnya kebijaksanaan boleh menimbulkan kerosakan menerusi ayat ini yang bermaksud:

“ sesungguhnya makhluk terburuk pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli, yang tidak menggunakan akalnya ” – Al-Anfal:22

Selain dari itu, seorang yang bijaksana juga mempunyai pandangan jauh yang membuatnya dapat mengambil keputusan yang tepat pada masa yang diperlukan. Sebab kebijaksanaan itu sendiri adalah alat yang membantu seseorang untuk melihat hakikat sesuatu itu.

Petikan karya Harun Yahya



Salam Maulidur Rasul


posted by Khairunnisa

No comments

My PhotoBlog


posted by Khairunnisa

3 comments


Assalamualaikum to all my readerz & bloggerz..
Saya minta maaf bebanyak kerana lama tak update~ minggu ni saya teramaaaat sibuk dengan Karnival Hari Terbuka Universiti Malaya menguruskan tempahan tapak gerai dan pameran. Apa pun, seperti yang pernah saya maklumkan pada akhir tahun 2008, alhamdulillah photoblog CREATIVE WITH NISA dah di bina semula.


Mungkin ia tidak secanggih portal I LUV ISLAM, namun Creative with Nisa merupakan satu photoblog yang mengumpulkan hasil kreativiti saya dalam mengedit, meng'adobe' dan mencipta gambar-gambar yang berunsurkan Islamik. Cuma nya templete yang saya pilih tu tak dapat nak masukkan shoutbox dll widget. Apapun tak apalah..yang penting niat saya untuk berdakwah melalui gambar harap nya tercapai.


DSKHAIRUNNISAISMAIL
API UNIMALAYA
7.00 am
3 MAC 2009


Kamu bukan MUJAHID saya


posted by Khairunnisa

11 comments



Saya tergelak sedikit bila membaca tajuk posting Saudara Hilal dalam blog nya [www.langitillahi.blogspot.com] beberapa hari yang lalu. Sebagai kaum yang di pilih menyandang gelaran "BIDADARI" (maksud saya, BIDADARI sudah pasti dari kaum hawa) saya rasa tercabar dengan ayat tersebut. "Kamu bukan bidadari saya" ?.


Mengikut pengalaman dan kajian saya setakat ini, ya saya akui, wanita cukup cepat jatuh cinta. Tak kisah lah wanita jenis apa, samada yang kaya, yang miskin, yang lawa, yang kurang lawa, yang berkedudukan tinggi, yang hamba, yang kafir atau yang beragama Islam. Mereka semua ingin di cintai oleh seseorang yang bergelar lelaki. Kalau anda tak setuju, itu terpulang pada anda.


Syurga. Tempat bermulanya episod CINTA. Cinta Tuhan pada hambaNya, Adam. Sunyi rasa hatinya, Allah ciptakan Hawa untuk menemani baginda di Syurga. Asal Hawa di ciptakan itu juga untuk menemani Adam. Buktinya, Allah tidak ciptakan Hawa dahulu sebagai makhluk pertama bernama Manusia.

“Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka jadilah ia.” Ali Imraan:59

“Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa)....” Az-Zumar : 6


Asal kaum Hawa dicipta adalah untuk menjadi pendamping Kaum Adam. Sudah tentu perasaan mencintai golongan Wanita lebih kuat dari golongan Lelaki. Jadi, kes yang berlaku seperti wanita terburu-buru melafaz cinta itu tidak pelik bagi saya. Telus saya katakan, andai diri seorang MUSLIMAH tidak di pagari rasa IMAN dan MALU, dan tidak cuba menepis ajakan Syaitan untuk menuruti nafsu, hancurlah hati yang selama ini terjaga rapi. Berjaga-jagalah.



Saya ingin bertanya pada semua golongan wanita, wanita mana yang tidak ingin di cintai? Wanita mana yang tidak ingin ada pendamping seorang lelaki bernama suami? . Sedangkan wanita yang tomboi juga mencari pasangan walaupun dengan cara yang haram. Begitu juga golongan gay juga pasti ada pasangan walaupun sejenis dan haram. Perasaan yang fitrah sebegini persoalannya luas, tidak perlu memeningkan kepala tetapi cukup mengusutkan jiwa.



Wahai Muslimah, saya tampil menasihati kerana saya juga Muslimah. Kita punya perasaan yang sama. Saya faham perasaan mereka yang berani tampil untuk melafazkan cinta secara direct kepada kaum Muslimin. Muslimin pening dengan persoalan “kenapa ada Muslimat yang sebegini?” dan saya runsing dengan persoalan “apa yang kamu lakukan untuk thabat dalam sabar?”. Persoalan hati memang berat. Saya juga hamba yang di uji bukan menguji.




Saudara Hilal membongkar kisah bagaimana ada bebarapa Muslimat yang telah meluahkan cinta padanya. Sebagai Muslimat, saya malu tapi saya tak salahkan perasaan mereka. Pada sem yang lalu, seorang Muslimin yang saya kenal, yang sedang menuntut di salah satu Universiti di Jordon, pernah meluahkan rasa pada saya. Saya bertanya padanya, apa hadaf utama dia untuk berkahwin, kenapa pilih saya, dan lain-lain. Dia katakan asbab yang utama kerana faktor umur. Tapi setahu saya, umurnya baru dalam lingkungan 23 tahun. Tidak terlalu lambat untuk mencari yang lain. Saya sempat katakan padanya, tak kan 3 tahun menuntut kat Jordon tak ada yang berkenan di hati. Saya tak tahu lah apa masalah dia. Tapi yang penting, tiap jawapan pada persoalan yang saya ajukan tidak memuaskan hati saya.



Berdasarkan kisah saya, perlukah saya beritahunya “Kamu bukan Mujahid saya” ? . Saya rasa tidak perlu. Saya bukan seorang yang cepat membuat keputusan yang terburu-buru. Saya tolak dia sebab saya tak bersedia lagi dan beberapa faktor yang lain. Ada banyak perkara yang saya belum selesaikan di sini. Saya tak nak menjadi seorang suri yang tidak lengkap dari segi persiapan rohani, ilmu. Saya seorang Muslimah dan perlu di ingat, saya juga seorang daieyah. Saya perlukan seseorang yang mampu menggerakkan dakwah. Persoalan seperti ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan. Saya serahkan semua pada Allah. Soalnya siapa ? DIA lebih tahu apa yang saya perlukan, DIA yang lebih tahu apa yang terbaik buat diri saya.


2:216 “ Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.”



Wahai Muslimah.
Pelajarilah kisah bagaimana Serikandi Islam yang dahulu menjaga diri sehingga melahirkan insan-insan yang hebat di sisi Allah. Lihat bagaimana akhlak ibunda Rasulullah, ibunda Imam Syafie, ibunda Syeikh Abdul Qadir Jailani. Mereka merupakan para ibu yang telah mendidik anak mereka sebelum anak itu di kandungkan lagi. Maknanya, mereka telah siap mendidik diri terlebih dahulu sebelum bernikah lagi. Kita lihat wanita moden sekarang, langsung tidak risau tentang ilmu agama dan impian untuk menjadi seorang ibu yang mukminah. Bagi mereka, buku panduan kan banyak. Nak kahwin ada buku panduan, nak mandikan bayi tengok buku panduan, hatta nak pilih makanan untuk bayi pun perlu rujuk buku panduan. Dunia yang sakit. Al-Quran itu syumul. Tapi sayang tiada yang ambil kisah.



Wahai Muslimah.
Hiasi akhlakmu dengan akhlak Al-Quran. Basahi bibirmu dengan zikir. InsyaAllah, CINTA yang ingin sangat dilafazkan itu syara’. Jangan cemari hijab kita dengan ketiadaan rasa MALU. Sabar, sabar, sabar . Kita semua sudah berpunya. Cuma kita tak tahu dengan siapa. ALLAH belum buka hijab antara kita dan si dia. Jadi, bersabarlah. Cari kunci jalan menuju cinta Ilahi itu. Kiranya hari ini kita lihat orang yang kita dambakan itu hebat sangat di mata kita, kita tertanya-tanya dihati, mungkinkah dia milik kita akan datang? Tepis lah perasaan itu. Pujuk hati, andai dia milikku, Allah pasti temukan dengan cara yang di redhaiNya. Andai dia bukan milikku, moga Allah tutup perasaan ku padanya. Pastikan hati tidak rosak dengan momokan-momokan angau cinta yang mabuk semata-mata. Berhati-hati MUSLIMAH.


Seorang MUJAHIDAH yang sering berMujahadah
tidak akan disibukkan dengan hal yang rumit sebegini. Ini kerana, mereka tahu dan yakin janji Allah dalam Al-Quran ,


“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” An-Nuur : 26


Jadi, tinggal lagi kita bertanya pada diri, jalan mana yang harus di harungi. Jalan syurga yang penuh onak duri atau jalan neraka yang penuh kesenangan bagai indahnya mimpi. Mantapkan solat malam mu, insyaAllah tidak ada yang perlu di risaukan. Terlepas seorang mujahid dambaan hatimu, bukan bermakna tidak ada lagi para mujahid dakwah yang lain. Tinggal hati terus bermujahadah, tinggal tangan terus berdoa, tinggal diri terus berusaha.








[ Buat para mujahid dakwah ]

Tahukah kau,
Mujahadah ku sebelum cahaya..
Ingin ku menyuci jiwa..
berserah..berharap..
moga di buka kan hijab
mencari jawapan sebuah istikharah..

Tahukah kau,
Tahajjud ku sebelum fajar..
hati ku bergetar ..
hanya kerna sebuah cinta yang terpagar..

Rupanya,
DIA lebih mengetahui,
yang hati ku perlukan bukan sesuatu
yang hanya di impi,
tetapi..
sesuatu yang lebih dari maksud sebuah mimpi..
Ingat, aku hanya hamba,seorang mukminah dan seorang daieyah.

karya asal: khairunnisa .





DSKHAIRUNNISAI
SMAIL
API UNIMALAYA
10.00 pm
19 FEB 2009

About

Blog Widget by LinkWithin