Perbezaan antara Kepintaran & Kebijaksanaan


posted by Khairunnisa on

No comments

Pintar & bijaksana adalah berbeza. Kepintaran boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Adapun kebijaksanaan dikhususkan buat orang mukmin sahaja. Pun begitu terdapat perbezaan yang ketara antara pengertian bijaksana menurut masyarakat & bijaksana menurut agama. Maka dengan itu, kebijaksanaan yang bersumber dari Al-Quran merupakan hal yang jauh berbeza dari kebijaksanaan dan kepintaran yang lain.

Kepintaran adalah kemampuan biologi (otak) setiap manusia. Ia tidak pernah meningkat ataupun menurun. Manakala kebijaksanaan adalah anugerah Ilahi yang dikurniakan khusus buat orang-orang mukmin yang soleh serta takut kepada-Nya. Justeru itu, kebijaksanaan seseorang boleh bertambah sesuai dengan peningkatan ketaatannya kepada Allah.

Tanda-tanda utama orang yang bijaksana, antara lain, sangat takut kepada Allah dan amat tunduk kepada perintah-Nya. Ia sentiasa mengikut hati nuraninya dan menilai segala sesuatu berdasarkan Al-Quran dan untuk mencari redha Ilahi. Walaubagaimanapun pintar dan pandainya seseorang, namun dia tidak akan mempunyai kebijaksanaan jika ia tidak takut dan tunduk kepada Allah.

Sedangkan orang yang tidak mempunyai kebijaksanaan amat sukar baginya untuk dapat memahami dan melihat kebenaran. Di dalam Al-Quran, Allah menjelaskan bahawa kurangnya kebijaksanaan boleh menimbulkan kerosakan menerusi ayat ini yang bermaksud:

“ sesungguhnya makhluk terburuk pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli, yang tidak menggunakan akalnya ” – Al-Anfal:22

Selain dari itu, seorang yang bijaksana juga mempunyai pandangan jauh yang membuatnya dapat mengambil keputusan yang tepat pada masa yang diperlukan. Sebab kebijaksanaan itu sendiri adalah alat yang membantu seseorang untuk melihat hakikat sesuatu itu.

Petikan karya Harun Yahya



Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin