posted by Khairunnisa on Diari
Peristiwa 1 RAMADHAN
Kuliah bermula jam9 am. Seperti biasa, hanya berjalan kaki ke bilik kuliah. Bukannya jauh pun. hihi.. Apa yang ku senang sangat pagi itu ialah cuaca yang sangat mendamaikan. Tidak seperti hari-hari yang lalu. Mendung tapi bukan petanda hujan. Udara segar. Terasa terpujuk hati ini untuk tenang. Seolah-olah telah Lailatul Qadr semalam. Sebab, hari-hari sebelum ini cuaca jam 9 am belum ada awan yang membayangi kami dari cahaya Matahari. Tapi pagi ni, sedikit berbeza. Terasa seolah-olah dunia menyambut pagi Ramadhan yang penuh barakah. Cahaya Matahari yang lembut dapat di rasa pada jam11 am yang biasanya dah panas terik.
Rasa sangat nyaman...
Jam11 am, kami berpindah bilik kuliah ke BK 14. Tingkat atas sekali. Seperti biasa, aku suka duduk depan. Tak kira lah tengah mengantuk ke segar ke. Hantam saja. Aku memang suka terus terang kalau aku dah mengantuk. Ha...siaplah kena dengan pensyarah. Hihi.. Tengah sibuk-sibuk atur kerusi nak duduk depan. Tiba-tiba, aku mendongak ke air-cond. Wo..apa benda cam tali melingkar di tingkap air-cond tuh. Macam hos air warna hijau pulak tu.
"Eh Nasibah...cuba ko tengok, apa "bah" tu yang "melekat" di air-cond tu..pelik "jak" ku tengok"..aku memulakan bicara dengan Nasibah, anak jati Kelantan, tapi aku hantam cakap Sabah dengan dia. Dia faham jugak tu hihi.. Tetiba kawan-kawan yang lain pun sibuk tengok..Tetiba (lagi sekali) "Eiiiiiiiiiiiiiiiii...ULAR bah tu Kak Dayang" Fatin menjerit kat aku. Semua pun "Aaaaaaa...Eeiiiii" waduh...gamat kelas tu.
Ler...Ular rupanya..aku tak perasan pun kepala Ular tu yang landing di situ. Kecil je kepala dia..ingatkan hos air. Aku pun sempat buat "peace" lagi dengan ular tu. Gembira ku dapat jumpa Ular hihi. Orang lain sibuk lari, aku pulak buat hal pi amik gambar Ular tu. Kenangan bah..hihi ..Apa lagi, semua siswi pindah kedudukan sebelah tempat siswa selalu duduk. Kesian siswa terpaksa duduk di kedudukan siswi. Tapi diorang duduk jauh dari air-cond tu..ye lah..tetiba jatuh pulak Ular tu kat atas kepala..kan buat al pulak lagi nanti. Hihi.
So, apa yang kamu dapat melalui kisah ni?
1. Ular juga makhluk Allah yang selalu berzikir memuji-Nya.
2. Berhati-hati dengan binatang yan berbisa. Kerna "mereka" telah di kurniakan bisa yang boleh membawa maut kalau di ganggu.
3. Jangan hanya tahu pandang tanpa perasaan dengan binatang yang berbisa seperti Ular . Hadirkan dalam diri rasa kagum dengan kebesaran Allah yang menciptakan segala jenis makhluk yang unik.
4. Binatang seperti Ular memang banyak berzikir memuji Allah dari manusia. Tapi ingat, "AKU (Allah) telah memilih kamu (sebagai) KHALIFAH di dalamnya (bumi), maka AKU akan melihat bagaimana kamu beramal".
Perindu Ramadhan,
Khairunnisa,
12.00 am
1 September 08
APIUM
http://qalamhazin.blogspot.com
posted by Khairunnisa on Tazkirah
http://kawat.blogspot.com/
-Penulis : Nazmi Yaakub
UMAT Islam selalu dikaitkan dengan emosional apabila membantah penghinaan dan serangan terhadap Islam termasuk Rasulullah, isteri baginda dan para sahabat. Mereka yang berdemonstrasi, membantah dan menggesa pihak yang menghina itu dikenakan tindakan atau bahan penghinaan diharam serta ditarik balik, sering dituduh bersikap tergesa-gesa tanpa terlebih dulu membaca atau menyelidiknya. Ini berlaku pada novel The Satanic Verses oleh Salman Rushdie atau kartun menghina Nabi Muhammad oleh kartunis Belanda atau filem Fitna oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders. Rasanya tidak ramai yang membaca The Satanic Verses, melihat kartun atau menonton filem Fitna. Yang terbaru ialah novel cereka (baca: putar belit) sejarah, The Jewel of Medina karya pengarang Amerika Syarikat (AS), Sherry Jones, yang memutarbelitkan sirah Aisyah Abu Bakar, isteri kepada Rasulullah saw. Oleh kerana The Jewel of Medina sehingga sekarang tidak dapat diterbitkan selepas penerbit asalnya, Random House, menarik balik pengedaran dan penerbit BeoBook terpaksa membatalkan rancangan penerbitan di Serbia, maka tidak ramai yang dapat membaca novel itu. Bagaimanapun, laman web Islamonline.net memaparkan contoh penyelewengan sirah Rasulullah dan putar belit sejarah Aisyah itu apabila penulis tetapnya, Marwa Elnaggar membuat kritikan karya terhadap The Jewel Of Medina. Islamonline.net mendapat satu naskhah daripada pengarangnya, sekali gus memberi peluang kepada Marwa untuk membacanya. Penyelewengan yang paling ketara ialah pada babak mengisahkan Aisyah difitnah melakukan perbuatan sumbang dengan Safwan ibnu Al-Mu’tall selepas terpisah daripada rombongan perang Rasulullah sekembalinya daripada Peperangan Bani Musthaliq yang lebih dikenali sebagai peristiwa Hadith al-Ifki. Marwa menegaskan penyimpangan fakta itu berpunca daripada tindakan pengarang mengetepikan dokumentasi kisah sebenar daripada Aisyah sendiri, sebaliknya menyalahgunakan lesen artistik untuk mengada-adakan cerita yang sama sekali tidak wujud semata-mata bertujuan menarik perhatian pembaca. Antara penyelewengan paling ketara:-
1.Barangkali tidak perlu semua orang membaca novel itu sebelum menyertai mana-mana bantahan terhadap penyelewengan dan putar belit yang dibuat. Walaupun secara idealnya, semua orang perlu mengetahui tetapi tidak mungkin ia dapat direalisasikan termasuklah dalam dunia moden.
Versi The Jewel of Medina: Sebelum perkahwinan Aisyah dengan Rasulullah, beliau sudah pun bertunang dengan Safwan.
Versi sebenar: Semua sumber sirah menunjukkan Aisyah bertunang dengan Jubayr ibn Mut`im.
Keterangan: Plot The Jewel of Medina mengada-adakan elemen pertunangan Aisyah dengan Safwan menambahkan kompleksiti dalam plot yang mungkin mahu memberikan kesan dramatik dalam cerita.
2.
Versi The Jewel of Medina: Aisyah menyemai cinta dengan Safwan sejak dari zaman kanak-kanak. Walaupun selepas berkahwin dengan Rasulullah, perasaan Aisyah masih tidak hilang kepada Safwan. Pada masa sama, Safwan pula sering menggoda Aisyah, mendesaknya untuk melarikan diri bersama-samanya untuk hidup sebagai Badawi seperti yang dikhayalkan sejak zaman kanak-kanak.
Versi sebenar: Tidak ada mana-mana sumber sirah dan sejarah yang menunjukkan hal ini terjadi baik daripada riwayat ahli sejarah Islam atau sejarawan Barat sendiri.
Keterangan: Hal ini jelas semata-mata untuk mengukuhkan plot The Jewel of Medina supaya setiap babak mempunyai kaitan sebab dan akibat seperti yang diperlukan dalam sebuah karya kreatif. Pengarang sudah tentu sengaja mengada-adakannya dengan mengenepikan fakta sirah dan sejarah kerana pengarang sendiri mengakui mengkaji lebih 10 sumber sejarah.
3.
Versi The Jewel of Medina: Safwan mengenali Aisyah kerana mereka berdua berkomplot untuk melarikan diri daripada Nabi Muhammad selepas melalui musim romantik.
Versi sebenar: Aisyah menegaskan Safwan mengenalinya kerana pernah melihatnya sebelum wahyu turun yang mewajibkan isteri Rasulullah untuk menutup wajah mereka.
4.
Versi The Jewel of Medina: Aisyah pulang ke Madinah dengan membonceng kuda yang ditunggangi Safwan dengan tangannya memeluk pinggang lelaki itu, manakala pipinya disandarkan ke bahu Safwan.
Versi sebenar: Aisyah pulang ke Madinah dengan menaiki unta Safwan dengan sahabat Rasulullah itu menarik tali unta berkenaan, manakala sesetengah versi pula mengatakan Safwan berada jauh di belakang unta Aisyah tanpa dapat melihat isteri Rasulullah itu, tetapi cukup untuk memastikan unta tidak tersesat.
5.
Versi The Jewel of Medina: Semasa Aisyah menunggang unta itu masuk ke Madinah, orang ramai berteriak kepadanya dengan menjeritkan, “Penzina!” kepadanya.
Versi sebenar: Aisyah tidak menyedari api fitnah yang menjalar kerana ditimpa keuzuran sehinggalah akhirnya sampai ke telinganya dalam satu insiden yang tidak lama kemudian.
Keterangan: Babak itu diada-adakan memang bertujuan mewujudkan kesan dramatik dalam The Jewel of Medina.
6.
Versi The Jewel of Medina: Semasa kecil sehingga berkahwin, Aisyah dikurung di dalam rumah kerana kedudukan wanita tidak dihormati pada zaman Jahiliyah.
Versi sebenar: Meskipun zaman Jahiliyah merendahkan martabat wanita, tidak ada fakta sejarah yang menyokong keterangan dalam The Jewel of Medina kerana kakak kepada Aisyah sendiri, Asma’, yang menjadi pengembala kambing. Malah, penggunaan kostum purdah sendiri tidak wujud pada zaman awal Islam, apatah lagi purdah sendiri bukan perkataan Arab.
7.
Versi The Jewel of Medina: Aisyah melahirkan reaksi kurang senang terhadap wahyu yang mewajibkan isteri-isteri Nabi perlu menutup wajah mereka.
Versi sebenar: Sekali lagi, tidak ada fakta sejarah yang melahirkan perasaan kurang senang isteri-isteri Nabi terhadap sebarang wahyu yang turun. Apa yang terjadi adalah, meskipun ada hal yang menimbulkan kurang senang di kalangan mereka, apabila wahyu turun, mereka akan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Keterangan: Reaksi yang sengaja diada-adakan ini tidak lebih daripada latar belakang pengarang sebagai penulis Barat kerana mana-mana wanita yang menulis di bawah kerangka post-feminisme abad ke-21 hanya menganggap keberanian dan keperwiraan sudah tentu perlu dengan menentang ketetapan berkenaan.
8.
Versi The Jewel of Medina: Cara umat Islam menghormati Rasulullah ialah dengan tunduk (bow) kepada baginda, sama ada oleh para sahabat atau pun isteri Nabi termasuk Aisyah.
Versi sebenar: Penghormatan dengan cara menunduk atau sujud dilarang secara keras dalam Islam termasuk dalam satu hadis Rasulullah yang secara terus-terang melarang perbuatan itu. Ini memperlihatkan kejahilan Jones terhadap Islam meskipun dia mengakui banyak membuat kajian terhadap agama Islam.
Yang perlu ada ilmuwan, sarjana, sejarawan, pengkritik atau mungkin sasterawan yang membaca novel itu untuk menyampaikan kritikannya terhadap novel berkenaan supaya umat Islam yang lain mengetahui isu yang sebenar.
Atau anda mempunyai pandangan tersendiri terhadap novel sebegini?
Rujukan: When Sherry Jones Writes About ‘A’ishah oleh Marwa Elnaggar
di sediakan oleh:
Perindu Ramadhan,
Khairunnisa,
11.00 pm
26 Ogos 08
APIUM
http://qalamhazin.blogspot.com
posted by Khairunnisa on Diari, Tazkirah
" Your mail account have been picked as a winner of a lump sum pay out of Eight hundred and ninty-one thousand, nine hundred and thirty-four Great Britain pounds (£891,934.00 pounds sterlings) in cash credited ......"
Aku tak tahu la nak kata camna perasaan ni.. bila menang, normal lah untuk kita rasa gembira, suka..tapi kes ni pelik sikit. Macam mana "email" ku boleh menang Lotteri kat " The United Kingdom National Lottery."
Depa kata lagi " This is from total prize money of GBP £4,459,670.00shared among the FIVE (5) international winners in this category.All participants for the online version were selected randomly from World Wide Web through computer balloting system drawn from over 100,000 names database, union associations and corporate bodies that are listed online.This promotion is this year's United Kingdom National Lottery Weekly bonus. "
Mak aihhh.. mencabar keduniaan betul la British nih. Dalam berjuta-juta email, email "qalam_hazin" ni jugak diorang nak bagi hadiah. Tak de keje lain ke ape nak rosakkan darah dan daging aku dengan duit HARAM gitu.. entah-entah..duit rakyat Palestin yang di rampas, duit rakyat ISLAM yang di tindas...amal tidak segunung mana..siapa nak tolong aku jawab di mahkamah ALLAH nanti !! Na'uzdubillah.. (rasa panas pula tetiba..aih)
Apapun...kita yang ada akal, Iman ,Islam nih .. alhamdulillah..bersyukur lah.. kita ada Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup. Tak gentar di cabar..tak tersungkur bila di permainkan. Bila rebah..bangkit semula. Bukan lena di atas lantai. Bukan kesakitan jatuh itu di jadikan alasan untuk tidak bangkit semula.
" Ya ALLAH..letak kan DUNIA di tangan ku...jangan di hatiku... "
Perindu Ramadhan,
Khairunnisa,
11.00 pm
26 Ogos 08
APIUM
http://qalamhazin.blogspot.com
posted by Khairunnisa on Tazkirah

Secara sedar atau tidak, beberapa hari lagi kita akan menyambut hari merdeka dan ramadhan yang mulia. Hah.. aku terfikir...bagaimana agaknya Malaysia yang mengaku Negara ISLAM ini akan menyambut kedua-dua nya.
Seperti orang-orang terdahulu ada berkata, “ Mencintai Negara adalah sebahagian dari iman” . dan Ayat al-Quran pula mengatakan Bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah turunkan di dalamnya Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia .
Ku terimbas surah Al-Qadr tentang keistimewaan Lailatul Qadr yang hanya terdapat pada bulan Ramadhan sahaja.
" Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan...
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? ,
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan,
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar "
Tiba-tiba, hatiku resah memikirkan sambutan malam kemerdekaan yang kita semua ma'ruf bagaimana. Seolah-olah menjadi suatu tradisi sambutan kemerdekaan kita yang seringkali tidak mengikuti syariat-syariat yang telah di gariskan Islam,dan di mana di adakan konsert besar-besaran di seluruh negeri, yang mana pakaian artis-artis kita yang tidak cukup kain, dan pengisian yang sangat melalaikan.
Tambah ngeri apabila aku memikirkan, "projek" remaja-remaja kita pada malam ambang kemerdekaan. Tak perlu lah aku menceritakan secara terperinci "akitivi-aktiviti" yang telah "mereka" susun dan atur itu. Cukuplah hati ini terbakar bila mendengarnya. Aku pun bingung..adakah patut "melakukan" benda-benda terkutuk begitu secara beramai-ramai di tengah-tengah hiruk pikuk rakyat Malaysia menyambut ambang kemerdekaan. Kalau mereka melakukannya di Hotel atau di semak samun mungkin dah menjadi perkara yang biasa kita dengar. MasyaAllah... masyarakat kita semakin "sakit" bak kata Ust Dzulkhairi - Presiden GAMIS.
Apa yang aku tak sanggup fikirkan ialah pada malam ambang kemerdekaan itu merupakan 1 Ramadhan. Ya Allah...tak sanggup aku meneruskan kalam yang tersimpan nih. Moga di jauh kan Allah. Bergetar jiwa ku bila teringat kemurkaan Allah....
"sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama ALLAH.. GEMENTAR HATINYA .. dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal " Al-Anfal : 2
Let's THINK POSITIVE..
Mari kita renung maksud sepotong ayat Al-Quran ini ;
"pada bulan Ramadhan yang mana di turunkan al-Quran pada bulan itu. Ia menjadi petunjuk bagi seluruh manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan salah." - Surah al-Baqarah : 185
Apa yang aku harapkan...semoga dengan keberkahan Ramadhan ini dapat melunakkan hati semua Ummat Islam supaya lebih dekat dengan-Nya. Dan..ku harap dengan kemuliaan bulan Ramadhan ini mampu menimbulkan rasa segan di kalangan "mereka" yang belum insaf melakukan perkara terkutuk tersebut...dan semoga timbul rasa tajut dan keinsafan dalam hati-hati mereka..

Ya...ku fikir...ini lah HIKMAH nya di sebalik pertembungan 1 Ramadhan dengan malam ambang kemerdekaan.
Ramadhan bulan yang banyak mengandungi Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranul-karim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membezakan yang benar dengan yang salah. Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb. (Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas)
Subhanallah... Alhamdulillah...Allahuakbar...Sesungguhnya hanya Dia lah sebaik-baik pengatur masa.
Perindu Ramadhan,
Khairunnisa,
12.00 am
25 Ogos 08
APIUM
http://qalamhazin.blogspot.com
posted by Khairunnisa on Diari, Tazkirah

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah, terimalah, terimalah .....
Taubatku ini.....
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini, Terimalah, terimalah, terimalah....
Taubatku ini...
Hermmm.. menelusuri hidup sepanjang 20 tahun ini, banyak perkara yang telah ku lalui.. bermula dari seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa sehingga menjadi seorang muslimah. Aku bangga memiliki keluarga berlatar belakang kan Islam. Pengajian Al-Quran ku bermula dari kecil. Abah lah yang selalu mengajar kami tentang hukum tajwid dan mendengar dan mengajar kami tentang Al-Quran. Sehingga ke hari ini abah masih menguruskan kelas Quran (pada waktu malam) sebagai Ustaz di kelas KAFA di tempat kami.
Menjadi seorang remaja Islam di tempat asing..bermula pada umur 13 tahun. Entahlah.. Aku tiba-tiba terkenang zaman kejahilan ku. Kalau bukan kerna CINTA Tuhanku.. Aku bukan Aku yang sekarang.
Penghijrahan demi penghijrahan berlaku dalam hidup ku. Hijrah ku bukan sebarang penghijrahan. Tapi ku menghijrahkan "diri" ku supaya dapat menjadi hamba yang lebih baik. Hati jadi sebak memikirkan zaman kejahilan ku. Allah... terima kasih kerna KAU selalu membantu ku...kala diri hampir jauh tersasar...KAU selamatkan aku, sebelum terlambat.
Aku teringat pesanan Kak Wan Hamsyiah (ex-student UM) ;
"MUHASABAH mesti diteruskan..
TARBIAH mesti dimantapkan...
agar menjadi 1 binaan MUHAFAZOH yang kukuh..
kekurangan makanan rohani di kalangan penyokong ISLAM
akan membuatkan iri syaitan menjelma"
Bisikkan dalam hati.. ALLAH sangat menyayangi mu...
kerna CINTA-NYA ku hidup hingga hari ini...
hanya kerna CINTA-NYA................
23 Ogos 08
APIUM
http://qalamhazin.blogspot.com








