Showing posts with label Nasihat dalam gambar. Show all posts

Ku sedari kamu


posted by Khairunnisa on ,

No comments

amazon.co.jp's photo

Kala insan hebat tidak memandang dirimu, 
Kan ku tampil menghargai kewujudanmu,
Seminit atau sesaat,
Dari jauh ku melihat,
Walau sekadar menjadi bayang! 
Kau tak pernah sepi dari doa-doa.

"Sesungguhnya AKU (ALLAH) tidak pandang kepada apa yang dibicarakan oleh seorang yang Bijaksana, tetapi apa yang AKU pandang ialah niatnya dan cita-citanya yang ada kaitan dengan hal-hal yang dicintai Allah dan diredhaiNya. Aku akan menjadikan kebijaksanaannya itu pujian kepada Allah dan keteguhan hati kepadaNya, walaupun ia tidak berkata apa-apa"
-Riwayat Najjar

Ds Khairunnisa
19 Dis 2011
Rumah Balqis, Kuala Lumpur

Belum berhenti berfikir


posted by Khairunnisa on ,

3 comments



Bila mula berdiam diri,
merenung kanvas sehiba hati,
bermakna aku terlupakannya,
sesaat.

Bila mula bermadah gembira,
pada kenangan memulakan ziarah,
bermakna aku teringatkannya,
sehasta.

Difikir-fikir ; resah.
Buat tak endah ; lupa.

Lirik mata menghantar pesan;
Malam-malamku, diam-diamku, ... berdoa.




Ds Khairunnisa Ismail,
4 April 2011, 10.00pm,
Dewan Sastera, Universiti Malaya

_____________________________________________________________


Bak kata Buya Hamka;

Hanya DUA tempat bertanya, 
Pertama Tuhan, 
Kedua Hati,
Dari mulai hidup sampaipun mati, 
Timbangan insan tidaklah sama.



Hukuman HATI


posted by Khairunnisa on

No comments



Nota hati 15 Oktober 2010;


Izinkan aku untuk "melarikan diri" hari ini,
Izinkan aku meninggalkan apa yang ada di sisi,
Izinkan aku merawat hati,
Izinkan aku muhasabah diri.


Kerna,
Bahu mana yang tidak berat,
Jasad mana yang tidak penat,
Fikiran siapa yang tidak buntu,
Jiwa mana yang tidak kusut.


Jadi, aku mohon..
Izinkan aku meng'itikaf diri,
merenung langit,
berbaring di bumi,
tanpa ada sesiapa yang menyedari entiti ini.


Moga DIA menerima kami,
menjadi tetamuNYA malam ini,


cuma kali ini.  


_________________________


Aku baca berulang kali.. apa betul karya ku ini bicara hati. Kemudian, aku pergi "bertemu" Ibnu Athaillah untuk mengadu. Dia cuma tersenyum. Di hulurnya kitab hijau. Ohh, Lathaif al-Minan !! Aku lantas bertanya, "apa ini boleh meringankan kekusutan hati ku?". Beliau tersenyum dan belalu pergi. 


Aku bingung. Lalu, ku selak kitab lama itu... terkaku, terhiris, tertampar dengan apa yang tercatat..


-Munajat Ibn Athaillah-



"Tuhanku, keluarkan aku dari hinanya diri!

Sucikan aku dari keraguan Syirik sebelum masuk liang kubur!

Kepada-Mu aku meminta pertolongan maka tolonglah aku!

Kepada-Mu aku bersandar maka jangan tinggalkan diriku!

Kepada-Mu aku mengaitkan diri maka jangan jauhkan aku!

Di pintu-Mu aku bersimpuh maka jangan Kau usir aku!

Kepada-Mu aku meminta maka jangan kecewakan aku!

serta karunia-Mu yang ku inginkan maka jangan Kau haramkan aku darinya!"



_________________________


Dg Siti Khairunnisa Ismail,
Akademi Islam Uni.Malaya
15.10.10 - 11:45am

Belum cukup kuat?


posted by Khairunnisa on

2 comments


~ saat MATAHARI ku belum cukup sinarnya untuk memuaskan pandangan mata kamu, 
janganlah menyalahkan si awan hitam yang melindunginya, 
ketahuilah.. ia menghalang bukan untuk selamanya.. 
"kami" sedang cuba mengumpul cahaya dari kesakitan api sendiri.. 
"kami" mohon, bersabarlah buat seketika, boleh? ~  by Ds Khairunnisa.

Kata-kata ini terbit saat aku tercampak ke dalam zon Critical Situation. Ya, kamu tidak salah melihatnya. Gambar dan kata-kata ini sebenarnya "satu". Jangan kamu lari dari maksud asal. "Kami" itu ialah "aku" & "matahari". "Matahari" pula ? sangat mendalam bagi aku. Pandang saja ia di langit. Segalanya boleh di tafsirkan oleh si bulat yang berwarna keemasan itu. Dia melambangkan kemegahan alam , menyerikan taman, juga sumber bagi yang hidup !. Dia lah harapan hingga sanggup di sanjung oleh si jahil, bukan tanda bersyukur, tapi tidak tahu bahawa segala yang di miliki itu adalah dari yang Maha Kuat. 

Ahh, makin aku berkata-kata, makin kamu tidak faham. Begitulah jadinya bila niat ku mahu kamu faham dan membacanya dengan mata hati. (rupanya..) 

Lebih baik aku tinggalkan kamu membacanya berulang kali, kerna hari ini, "kami" akan berhadapan dengan panas api sendiri yang mengada-ngada di cetus di hari lalu. Hati memang gerun, kecut, tapi, kerna aku ada DIA di hati... kerna aku ada MATAHARI-Nya dalam genggaman ku! Begitulah hidup "kami", tidak pernah di biar senang lama, takut lalai hidup di atas tanah milik-Nya.


"tidak sesekali menjaja simpati kalau tahu salah sendiri, berhadapanlah dengan "api" yang kamu cetus!! nescaya ia akan padam sendiri... " by Ds Khairunnisa Ismail, 2010




Note:
1. Mahu di fahami dari hati kamu.
2. Tahu membebel bila sedar silap sendiri. Jadi, terpulang pada kalian yang memahami aku dari 1001 sudut yang berbeza. 
3. Terima kasih pada yang cuba untuk memahami! sekurang-kurang, kamu sudah cuba. Itu sangat di hargai.

Malam itu ...


posted by Khairunnisa on ,

No comments



Aku ingin bersendirian di malam itu
bilang mereka, aku kan jumpa kekuatan
yang luar biasa, tapi
kadang aku mampu
kadang terlimpas waktu


Aku ingin bersendirian di malam itu
mengumpul titis embun keyakinan
di kelajuan maksima cahaya 
kemudian biar tenang bersiaga
untuk menggenggam Mataesso ku


Aku ingin bersendirian di malam itu
mencari cinta Sang Pencipta
bertebaran di langit yang bercahaya


Jadi..
Izinkan aku.. biarkan aku.. 
bersendirian di malam itu.






Melalui saat yang kritikal,
Ds Khairunnisa Ismail,
Rumah Borneo,
5 Oktober 2010.

Naik tinggi lagi


posted by Khairunnisa on ,

No comments



"Assalamualaikum, saya kapten anda harini. Sekarang kita berada di paras ****km dari aras laut, dan kita akan naik lebih tinggi lagi. Bagi yang beragama Islam, insyaAllah saya akan beritahu kalian waktu berbuka puasa. Sekarang ialah jam7.20 malam. Waktu berbuka puasa pada waktu tempatan di sini (laluan penerbangan) ialah 7.34 malam. Matahari masih nampak lagi di kaki langit. Dan... sebentar lagi kita akan naik lebih tinggi. Kemungkinan kita akan berbuka puasa lewat dalam 10 minit dari waktu yang dijangkakan kerana.. kita akan naik lebih tinggi lagi."


"pergh... yang naik tinggi tu kenapa... keringnya.."


"Heh... itu la, mau lagi sungkai atas awan, kenala sabar"


"yalah.. bila lagi mo rasa jadi tetamu ramadhan atas awan"


"be.. banyakla awan mu.."





Saya, Dg Siti Khairunnisa bt Ismail, pemilik blog Qalam Khairunnisa ingin mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman buat semua readers yang datang melawat. Sila hati-hati dijalan raya supaya tidak ada yang akan mengatakan "kalaulah saya bersabar..."

Saya akan berada di tanah kesayangan hamba -TAWAU- selama 20160 minit. Moga minit-minit yang Allah berikan ini dapat dimanfaatkan buat bekalan kekuatan pada hari musafir akan datang.

Kepada yang tidak balik ke kampung, moga tabah hendaknya.. saya juga pernah merasa.. lek kamu.. tahun depan ada lagi heh.. walau dimana pun saya dan kamu berada, ingat.. kita tetap berada di bawah langit yang sama, melihat bulan yang sama.. walaupun waktu berbuka kita berbeza. Masing-masing ada hikmah dan keistimewaan perjalanan yang tersendiri.


Catatan dari rumah,
Tmn. Victoria, Tawau, Sabah.

Ya ! ada yang di RINDU !!


posted by Khairunnisa on

1 comment



Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mata ku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja ku pergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak ku jumpa
Pendirian tiada ku sangka ada
Tak mengapa .. tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa ku hilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Ku capai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiran ku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

*lirik lagu "Mati Hidup Kembali" by Butterfingers



"Sedapnya lagu ni.. sepa nyanyi ni pacik?"

"Anak pacik punya CD ni, campur-campur lagunya.. cuba kau tengok di situ"

"Ohh.. iya, di tulis "Butterfingers" "

Next song...

"Aik.. baru 5 Ramadhan, suda di putar lagu raya.. hihi "

"Iya lah... apa lagi... masa tu la anak-anak pacik balik"

"ohh... alhamdulillah"

"Masjid Ikhlasiah kan?"

"Iya... berhenti di sini sajalah pacik... terima kasih, selamat berpuasa ya"


Sebenarnya... ada yang di rindu, ada yang di rindu. Muqaddimah Ramadhan, ku cari itu... Aku tahu, aku & kamu juga pasti mahu... jangan kamu malu-malu, kerana malam-malam ramadhan semakin cepat berlalu, jom buat apa yang perlu.. hanya untuk.. malam itu ~

>> Misi memburu malam yang lebih baik dari 1000 bulan <<

Aku sahabat mu.. tapi kau siapa?


posted by Khairunnisa on , ,

2 comments


Dan seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
 
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
 
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan. Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
 
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
 
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.


*Karya: Khalil Gibran  


p/s : ada jiwa-jiwa yg sedang merindu.. adakah kamu merasanya? aduh.. sayangnya.. sebab.. sungguh .. AKU RINDU KAMU 

p/s: @ twitter http://twitter.com/ds_khairunnisa
- Dg Siti Khairunnisa bt Ismail Lamo
- Universiti of Malaya, KL, Malaysia 

Laziness ~


posted by Khairunnisa on , ,

No comments



"Bumi yang luas bukan untuk pahlawan yang pemalas.. bergeraklah ke serata alam dan sebarkanlah wangian Islam." - khairunnisa 



"EARTH is not a good location or a vocation for anyone lazy, thin-skinned or lacking a sense of humour." *







*edited from John Bailey quote
Venue: Sports Centre, University of Malaya, went to cheer up Puan Syam- Volleyball's game.
[Copy from my facebook's album :) cause sharing is caring ok hehe] 


Share by: Ds Khairunnisa Ismail , University of Malaya, Kuala Lumpur

About

Blog Widget by LinkWithin