Archive for August 2009

Bila janji pemimpin hanya retorik : Maka MLTR pun di luluskan.


posted by Khairunnisa on ,

9 comments

Tidak perlu saya menghuraikan latarbelakang mereka, atau sejarah mereka juga bila mereka pernah mengadakan roadshow di Malaysia dahulu. Cukup saya ingin cuba menyedarkan masyarakat yang kononnya Satu Malaysia bahawa mereka sedang dalam keadaan berbahaya !


MasyaAllah, tak cukup dengan peringatan Allah yang terkandung dalam sebaran virus H1N1, kini kerajaan pula ingin menjemput satu lagi "malapetaka" baru berbentuk virus hedonisme yang semakin mengancam generasi mu'minin di kalangan ummah di Malaysia. Mati dalam H1N1 ini bagi saya lebih mulia dari mati dalam dakapan hedonisme.


Saya hairan, 100 hari pemerintahan Najib telah berlalu begitu jauh. Namun, Malaysia hanya mendepani kerosakan. Di mana sensitiviti dan keintelektualan rakyat dalam memilih pemimpin? Bukan tuduhan melulu, tapi realiti dalam satu penilaian di mata rakyat.


Andai benar rakyat didahulukan, maka suara bantahan rakyat mengenai konsert ini juga perlu di ambil kira. Najib sebagai pemimpin yang kononnya dipilih atas dasar kepercayaan rakyat harus membuat keputusan mengikut maslahah umum yang lunas berlandaskan garis hukum syara'. 


Malangnya, kelulusan konsert ini hanya mendatangkan mafsadah pada kemakmuran rakyat apatah lagi yang beragama Islam. Mana janji Najib pada rakyat untuk mengadakan sambutan kemerdekaan secara sederhana kerana menghormati bulan Ramadhan? Janjinya retorik semata-mata. Rakyat di tipu hidup-hidup. 


Saya mahasiswa yang kecewa dengan kerajaan. Saya mengajak sahabat-sahabat yang lain untuk mengecam kerajaan, andai konsert ini benar-benar diadakan yang dijadualkan pada pada 5 Oktober 5 September bersamaan 15 Ramadhan 1430 di Arena of Stars Genting Highland, maka tunggulah bagaimana mahasiswa bangkit untuk menghalangnya. Selagi ISLAM bernyala di jiwa anak muda, akan digenggam baranya. ALLAHU AKBAR !! .




FIKIR & ZIKIR , INI ISU UMMAT ISLAM.



 " Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri ! "

DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
0650am, 26082009
http://qalamhazin.blogspot.com











Fashionable Mask or ...?


posted by Khairunnisa on

No comments




Manusia mula memakai "mask" untuk perlindungan dari H1N1 di tempat umum. Seperti yang kita sedia maklmum, selesema babi adalah virus yang berbahaya dan mudah tersebar dengan cepat. Pihak kementerian kesihatan telah menyediakan mask ini sejak kali pertama kematian selesema babi dilaporkan. 


Mask di reka khas untuk melindungi penyebaran wabak h1n1. Biasanya ia berwarna putih atau biru polos. Namun kini, kita dapat lihat ia nya mempunyai pelbagai corak!. Nampaknya seni tidak hanya di kanvas putih. Orang "seni" mula mendapat idea dan menjadikan mask sebagai "kanvas" baru mereka. Mari lihat. Contoh 1st di atas. Seorang wanita memakai mask h1n1 yang bercorak rama-rama dan kelihatan relax.













Saya lihat beberapa perkara. 


Pertama, saya lihat mereka ni kreatif juga. Alang-alang dalam tahanan h1n1, maka mereka mencari sesuatu yang kreatif, membuat si pemakai lebih ceria, bukan seperti orang sakit. 


Kedua, saya lihat, ketakutan atas kemerbahayaan virus ini seolah-olah hilang dengan keseronokan mereka me-reka mask seperti ini. 


Mungkinkah, dengan me-reka corak seperti ini membuatkan paras ketakutan manusia turun? Setiap hari ada saja akhbar melaporkan kematian akibat virus h1n1. Maka manusia pun cuba untuk membangunkan jiwa yang takut itu dengan seni.


Ada sahabat saya berkata, h1n1 adalah peringatan dari Tuhan. Maka, sebagai seorang yang bergelar Muslim (alhamdulillah), taqarrub kepada Allah adalah asas yang penting. Dalam mendepani ujian h1n1, letakkan lah konsep TAWAKKAL kepada Allah di tempat yang sepatutnya. 


Saya teringat tok guru pondok Gelang Mas mengajar tentang konsep Tawakkal melalui kitab lama. Seminggu lebih saya hanya mendengar tentang Tawakkal siap dengan i'rob ayat. Cuma versi kelantan, so maklumat kurang sampai hehe. InsyaAllah saya akan rujuk semula di dalam mana-mana kitab.


Tawakkal



Tawakkal adalah kesungguhan hati dalam bersandar kepada Allah untuk mendapatkan kemaslahatan serta mencegah kemudharatan, baik dalam urusan dunia mahupun urusan akhirat.

Firman Allah yang bermaksud :

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya (mencukupkan
keperluannya)." (QS. Ath-Tholaq: 2-3)


Perlu difahami bahawa mewujudkan tawakal bukan bererti meniadakan ikhtiar atau mengetepikan usaha. Takdir Allah dan sunnatullah terhadap makhluk-Nya terkait erat dengan ikhtiar makhluk itu sendiri, kerana Allah ta'ala yang telah memerintakan hamba-Nya untuk berikhtiar dan di saat yang sama Dia juga memerintahkan hamba-Nya untuk bertawakal.



Ikhtiar itu adalah perintah-Nya terhadap jasad lahiriyah kita, sedangkan tawakal adalah perintah-Nya terhadap hati kita sebagai manifestasi dari keimanan kita kepada Allah subhanahu wata’ala.

Allah berfirman lagi, maksudnya :

“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (QS. Al-Imran: 159)



Jadi, jangan terleka dengan keseronokan. Berpesan-pesanlah kita dan kepada orang-orang yang sedang sakit agar bertawakal kepada Allah subhanahu wata’ala dan menggantungkan hati kita kepadaNya. Sehingga kita akan mendapatkan kesihatan, keselamatan, dan balasan pahala di dunia dan di akhirat.

Moga h1n1 dan Ramadhan Kareem sebagai medan tarbiyyah yang terbaik bagi ummat yang dijanjikan Syurga Allah.






 " Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri ! "

DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
0540am, 26082009
http://qalamhazin.blogspot.com


Kad Maya Istimewa untuk anda semua ^_^


posted by Khairunnisa on

14 comments





Salam Kerinduan Ramadhan Kareem...


Kad ini umum untuk pengunjung semua, di reka khas atas nama cinta ku pada bulan Ramadhan.


Kad ini khas kepada yang menerima jemputan dari QK ^_^


Aduh Ramadhan, moga kami sempat bertemu dan sempat hidup bernafas sepanjang kau tiba ini... ameen

Salam Ramadhan Kareem semua ^_^


posted by Khairunnisa on ,

1 comment

Thanks to Sis Nazifah a.k.a Kak Che'
Teruja, tak lama lagi Ramadhan Kareem akan tiba. ^_^





kredit design to : http://www.callidesign.blogspot.com/

Aku si "ORIGINATOR" ?


posted by Khairunnisa on ,

5 comments



Semalam, saya dan Masturah saling menguji personaliti diri dalam laman web http://www.mypersonality.info/ . Di sana terdapat 2 bahagian iaitu "Personality Test - Discover Your Type" dan "Multiple Intelligences Test - Discover Your Learning Style".


"Personality Test - Discover Your Type"
(Ujian Personaliti)


Ujian ini adalah berdasarkan kajian teori Carl Jung, seorang ahli psikologi dan sedikit penelitian peribadi Isabel Briggs Myers dan Katharine Cook Briggs.


Carl Jung, seorang ahli teori psikologi jenis (perwatakan manusia) mengatakan setiap orang adalah "pelik" berbeza dari segi kecenderungan dan kesukaan. Ada diantara kita ialah extraverted sementara yang lain introverted, ada sebilangan dari kita adalah seorang "pemikir" sedangkan yang lain adalah seorang "penyelidik", dan seterusnya.


Terdapat 16 jenis keperibadian yang berbeza, masing-masing berkait rapat antara salah satu dari empat pengkhususan sebagaimana yang telah disusun oleh David Keirsey.


Berikut merupakan 4 pengkhususan :


1. Protectors (SJ) - Pelindung
ESTJ - Overseer (Penyelia)
ESFJ - Supporter (Penyokong)
ISTJ - Examiner (Pemeriksa)
ISFJ - Defender (Pembela)


2. Creators (SP) - Pengkarya
ESTP - Persuader (Pemujuk)
ESFP - Entertainer (Penghibur)
ISTP - Craftsman (Tukang ***)
ISFP - Artist (Artis)


3. Intellectuals (NT) - Cendekiawan
ENTJ - Chief (Ketua)
ENTP - Originator (Pengarang @ Orang yang memulakan)
INTJ - Strategist
INTP - Engineer


4. Visionaries (NF) - Perangka Visi
ENFJ - Mentor
ENFP - Advocate (Penyokong @ Peguambela)
INFJ - Confidant
INFP - Dreamer




Hasil dari ujian tersebut, saya berjaya mendapat dalam golongan ke 3 iaitu "CENDEKIAWAN" dalam pengkhususan " ORIGINATOR " . hehe




Click to view my Personality Profile page






Extraverted (E)  =  53%




Kecenderungan terhadap melihat dunia daripada pandangan luar daripada diri sendiri. Mereka lebih suka mengadakan interaksi sosial, bersemangat, berbudi bahasa, tegas dan realistik. Mereka cenderung kepada perhimpunan sosial seperti aktiviti berorganisasi dan juga lebih suka untuk meluangkan masa bersama orang lain serta cuba untuk memperkuatkan diri mereka dengan interaksi sosial.


Intuition (N)  =  74%




Ia berkaitan tentang bagaimana manusia memproses data. Mereka memfokuskan kepada masa depan dan apa yang mungkin akan berlaku. Mereka memproses maklumat melalui sejarah dan pengalaman. Mereka membaca apa yg tersirat dan mereka adalah pemikir abstrak.


Thinking (T)  =  53%




Berfikir merujuk kepada bagaimana individu membuat keputusan. Pemikiran mereka adalah objektif dan membuat keputusan berdasarkan fakta. Mereka memimpin dengan akal dan bukannya melalui hati dan perasaan. Pemikir membuat keputusan berdasarkan faktar dan logik.


Perceiving (P)  =  63%


Mempersepsi atau menilai  merujuk kepada suka mempamerkan apa yang zahir. Mereka ialah orang yang fleksibel, seperti memilih untuk bersikap terbuka dan berfikiran secara rawak. Mereka ingin bertindak secara spontan dan sering menyesuaikan diri. Mereka suka mengakhiri sesuatu hal yang terbuka.




Keempat-empat ciri personaliti iaitu ENTP digabungkan menjadi suatu penilaian personaliti yang lengkap iaitu 'The Originator' yang bermaksud Pengarang @ Orang yang memulakan. Kumpulan individu ENTP digambarkan seperti berikut :






ORIGINATOR adalah seorang yang logik, inovatif, seorang yang selalu ingin tahu dan sangat bersungguh-sunguh dalam merekacipta. Mereka melihat kemungkinan dalam memperbaiki mana-mana situasi dan memiliki kemampuan untuk memahami konsep-konsep yang bersifat kompleks. ORIGINATOR adalah seorang yang suka mengkaji dirinya sendiri dan seorang yang berpendirian. Mereka sering mengabaikan kehidupan yang biasa sementara mengejar solusi baru. ORIGINATOR juga adalah seorang yang dapat berkomunikasi dengan baik dan seorang sahabat yang unik.

Antara tokoh-tokoh barat yang memiliki personaliti ENTP ialah :



Alexander the Great - king, military commander
James A. Garfield - American President

John Adams - American President
Rutherford B. Hayes - American President
Theodore "Teddy" Roosevelt - American President
Lewis Carroll - author (Alice in Wonderland)
Walt Disney - filmmaker, entrepreneur
Weird Al Yankovic - musician (satire/parody)
Alfred Hitchcock - filmmaker (The Birds)
Suzanne Pleshette - actress
Celine Dion - singer
Valerie Harper - actress
Julia Child - chef, author, TV personality


Tetapi laman ini memperincikan bahawa sebahagian besar ENTP dipopulasi oleh lelaki berbanding wanita iaitu sebanyak 4.5% dan wanita, 1.5%. Fakta tersebut sebenarnya berkait rapat dengan peranan wanita dalam masyarakat hari ini. Wanita kini gemarkan bidang hiburan sebagai bidang kerjaya berbanding pekerjaan yang menuntut hak akal untuk berfikir secara kritikal dan strategis serta kreatif.

Seni suara atau seni fashion saja tidak cukup untuk membangun sebuah tamadun. Melayu yang saya rasa makin hilang di pijak bumi ini sepatutnya merubah hala kepada pembangunan rohani berbanding fokus yang total pada permodenan dalam pembangunan.

Kekurangan makanan rohani membuat iri syatan menjelma


Merujuk pada hasil kajian di atas, 80 % keputusan adalah bertepatan dengan peribadi diri saya yang sebenarnya (dengan izin Allah). Sebagai seorang cendekiawan Muslim, kajian tetap dinobat sebgai kajian tanpa menolak dan menafikan secara terus hasil seperti ini. Seperti kata sahabat saya, Masturah
Kita juga beriman bahawa tokoh teragung adalah Nabi Muhammad s.a.w yang juga dinobatkan sebagai juara agung di antara 100 individu yang paling berpengaruh di dunia.


Saya sangat berharap, moga nama saya juga tercatat dalam sejarah, menjadi duta ISLAM di seluruh dunia, menjulang ISLAM dan memperkenalkan bahawa ISLAM adalah agama terbaik, agama yang penuh kasih sayang, seperti Aisyah r.a, Sumayyah, Khadijah r.a, Zainab Al-Ghazali dan seterusnya Khairunnisa. ^_^ . Doakan saya.


Click to view my Personality Profile page
UPDATE 


Wallahua'alam.
 
 
 
" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri ! "

DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
0600am, 17082009
http://qalamhazin.blogspot.com

Pergi Tak Kembali - Arwah Ust Asri (Rabbani)


posted by Khairunnisa on , , ,

3 comments



Saya tengah bersiap dengan nota Pengantar Politik Islam pada jam12.00 pm, tiba-tiba sahabat saya, Masturah memberitahu bahawa Ust Asri, vokalis Rabbani meninggal dunia lebih kurang jam 10.30 @ 11.00 am tadi. Hati tersentak, innalillah wa inna ilahi rojiu'n.




Sahabat mengerumuni meja kami. Mereka juga bagai tak percaya. Mereka kata sangat sedih. Saya katakan, "jangan bersedih sangat". 




Mereka terkejut. "Abis tu, tak kan nak gembira pulak", tempelak seorang sahabat. 




Saya menjelaskan, "Saya tak kata jangan bersedih @ bergembira, tapi apa yang ingin saya katakan, ini adalah tazkirah dari Allah, marilah sama-sama bermuhasabah, Allah ingin tunjukkan bahawa tak kira Vokalis hebat ke, terkenal ke, Perdana Menteri ke, Raja ke, Orang Besar, Orang bawahan, mahasiswa ke, semuanya pasti menghadapi saat itu, Arwah Ust Asri dah sampai waktunya, maka tinggal kita bermuhasabah dan mengislah diri ". 




Akhirnya, semua berlapang dada. 




Sepetang melihat foto arwah sambil mendengar lagu "Pergi Tak Kembali", hati saya juga sedikit demi sedikit sebak. Rasa takut. Ini kerana, saat arwah dah tiba, pintu dunia dah tertutup baginya, berapa banyak dakwah yang beliau telah sebarkan. Terkenang diri yang tak cukup lagi amalan. Bagaimana kalau tengah menulis ini juga di tarik nyawa? Allahu Akbar.. impianku syaheed dalam medan dakwah. 




Maka, peringatan maut itu perlu ada di dalam jiwa. Barulah tiap yang kita lakukan menjadi amal di sisi. 




"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)" (29:57)




Antara catatan di dalam blog arwah :


"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku"




Pahlawan Nasyid


"anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti"


Ahli keluarga arwah







Re-view semula kenyataan akhbar maya:


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.




Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.


Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.


Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu.


Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.




Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini.


Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.


Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.


Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.


Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni. - Malaysia Kini


Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.









Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "


DSKHAIRUNNISAISMAIL

Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur

0600pm, 13082009

http://qalamhazin.blogspot.com

Tiap hari CUTI ?


posted by Khairunnisa on

No comments



     Ketika sedang menunggu Lecture sampai, saya terpandang sisipan kalendar dalam diari sahabat di sebelah. Kebetulan dia sedang mencoretkan sesuatu yang tidak peribadi. Tepat dalam kotak cuti hujung minggu, dia menulis "BALIK RUMAH". Saya termenung sebentar. Terdiam, termagu. Kemudian mencetuskan idea ringkas, tapi cetek, "Kalaulah setiap hari cuti". Wahh, teruknya.




Manusia bukan robot, yang setiap hari bekerja. Ya, betul. Tapi, manusia perlu bergerak. Mereka akan bergerak untuk keseimbangan gaya hidup. Mereka menggerakkan jasmani untuk bekerja, memasak, berlari, berjalan. Mereka menggerakkan rohani untuk beribadah, menjaga tingkah laku, menilai perbuatan, mengimbang pelaksanaan dan seterusnya mengawal jasmani. Mereka juga pasti menggerakkan minda untuk membaca, membina rangkaian pemikiran, mencetus solusi bagi persoalan dan juga mengimbangi jasmani dan rohani.




Jadi, buat seketika kita memikirkannya. Apa kita perlu berehat panjang dalam dunia? 




"Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki" (25:47)




Agama kita sudah cukup cantik mengatur hidup kita. Tinggal kita mengaturnya mengikut kreativiti kita. Cuma, saya masih dalam kekalutan. Kalut dalam menyusun jadual. Ini pengalaman saya mengurus pelbagai projek. Mana lagi nak siapkan assigment dan masa untuk membaca buku. Semuanya perlu di atur dengan sistematik. Maka, saya tengah mencuba sedaya upaya.








Wal A'sr.


Untuk di jadikan kisah, sewaktu zaman nilampuri saya, saya pernah mengajak sahabat saya, Zalekho untuk menemani saya ke suatu tempat. Malangnya, oleh kerana banyak perkara yang tak selesai, saya terlewat. Saya mengirimkan sms kemaafan. Dan dia membalas "Wal A'sr" . Hanya dua patah ayat arab itu sahaja. Sangat menggetarkan hati, lantas siapa yang tidak beristighfar. Sejurus itu, saya segera menuju ke parkir motor. Ayatnya pendek tetapi penuh makna, penuh nasihat dan sangat lembut tapi tegas. Saat itu, terdetik di dalam hati, inilah keindahan Islam, inilah keindahan ukhwah kerana Allah. Bila kita "berpesan-pesan pada kebenaran".




Saya selalu mengingatkan diri , " 24 jam yang Allah berikan, apa kita tidak cukup ? ". 




Ternyata, rahsianya saya temui dalam solat. Benar. Saya menyedari bahawa, siapa yang menjaga solatnya, wudhu' nya sempurna, ibadah solatnya sempurna dan solat tepat pada waktunya (kecuali ada hal yang tidak dapat dielakkan), insyaAllah dia akan dapat mengatur hidupnya sempurna. Hingga saya pernah mendengar, kalau kamu hendak memilih orang untuk membantu kamu, tengoklah bagaimana dia menjaga solatnya. Orang yang menjaga solatnya pasti seorang yang amanah, insyaAllah. 




Apapun, saya sentiasa mencuba buat yang terbaik di zaman UMKL ini. Ini kerana, saya tersedar, sudah pasti ramai yang kecewa bila kita tidak menepati masa dalam gerak kerja hanya kerana hidup kita tidak teratur. Natijahnya tidak kira jangka masa yang pendek @ panjang, sudah pasti ramai yang kecewa dalam jejak masa yang kita tinggalkan kerana tidak menepati masa.




Di sini, kita dapat melihat kaitannya antara menjaga solat dengan masa serta perlunya penyusunan hidup secara sistematik. Dua perkara yang pasti menjaga kita, khazanah kemuliaan tinggalan kekasih Allah, Al-Quran Al-Kareem dan Sunnah. 




p/s : Moga kalian mendapat sesuatu dari catatan ringkas QK ini.









Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "

DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
1200pm, 12082009
http://qalamhazin.blogspot.com

Ahli panel Diskusi Wanita - update


posted by Khairunnisa on ,

1 comment


Antara Ahli panel jemputan:

1. Prof Madya Hj Md Izuddin Ali
atau lebih di kenali warga mahasiswa sebagai Prof Izi Hot FM


2. Puan Rosmawati Zainal
Pengerusi Raudatus Sakinah


dan yang terbaru, alhamdulillah kami telah cuba menjemput seorang personaliti TV, Farah Adeeba untuk datang memeriahkan lagi suasana. Menurut beliau, insyaAllah beliau akan datang sekiranya tugas beliau selesai awal pada hari tersebut.



Diskusi Wanita kali ini adalah anjuran :




dengan kerjasama :



Hal Ehwal Wanita & Mahasiswi
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya

atau lebih dikenali sebagai HEWI PMIUM 09




Majlis ini tidak mengira bangsa, agama dan budaya mahupun dari ceruk dunia mana sekalipun, walau dari universiti atau kolej atau institusi mana sekali pun, serta tidak ada had umur dan jenis jantina. Semuanya di jemput hadir. Jadi, marilah sama-sama memeriahkannya.


Maklumat lanjut boleh email saya di hurul_aien@yahoo.com





DS Khairunnisa Ismail,
Unit Media HEWI PMIUM 09
juga merangkap penulis blog Qalam Khairunnisa .

Katanya Kau Seorang Pejuang


posted by Khairunnisa on , ,

2 comments


Katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

Katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

Katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

Katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dengan alasan nak release tension

Katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan Rasul Nya

Katanya kau seorang pejuang
kau sibuk update isu semasa berbanding Al Quran 1 juz sehari

Katanya kau seorang pejuang
kau tidak pun berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

Katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

Katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

Katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah di hatimu tanpa usaha membuangnya

Katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

Katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

Katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal qiamullail bebanding mengamalkannya

Katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

Katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerana tidak berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

Katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

Katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

Katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu

Katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

Katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh

Katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

Katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih

Katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yang kau infakkan

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi

Katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan berdakwah apatah lagi melakukannya

Katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang

Katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

Katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu




Sedikit perkongsian, juga teguran buat diri yang sangat bersemangat tatkala mengatakan diri ini seorang pejuang, tapi kurang memperbaiki lagi kelemahan. Moga sahabat-sahabat tidak segan silu untuk menegur andai ada yang silap atau sumbang langkahnya dalam dakwah.


Hari ni, aku dapat tazkirah langsung dari Allah. Secara zahirnya memang mendapat tazkirah dari Pensyarah tadi, Ustaz Mahmoud dari Jordan masa subjek Pengantar Politik Islam (Siyyasah Syariyyah) tapi, entah dari sudut mana hati ini merasa, Allah sedang menegur ku. Bukan untuk meninggikan rasa mujahadah, cuma ingin di kongsikan, betapa Allah itu dekat dengan kita. Tinggal kita lagi untuk merasanya atau terus menafikannya.


Kau dan aku adalah daie. Kau dan aku adalah pemuda ISLAM. Kau dan aku adalah tentera Allah di muka bumi ini.


Jadi, FIKIR & ZIKIR dalam mengintai solusi dan view tentang kata-kata di atas.




" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "

DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
0310am, 04082009
http://qalamhazin.blogspot.com


Wanita TIN KOSONG?


posted by Khairunnisa on ,

2 comments






blogger-emoticon.blogspot.com tak setuju ?

blogger-emoticon.blogspot.comingin tahu ?

blogger-emoticon.blogspot.comMARI BERDISKUSI BERSAMA-SAMA

blogger-emoticon.blogspot.comPasti seronok... blogger-emoticon.blogspot.com

About

Blog Widget by LinkWithin