SALAM JIHAD DALAM
MEDAN IMTIHAN
Salam IMTIHAN ini ku tujukan umum buat seluruh warga Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan dan khusus buat teman-teman seperjunganku di alam maya dan sahabat-sahabat yang sentiasa di hati ku.
Wah..2-3 pagi masih bersengkang mata. Apa tidak nya, minggu 1st exam untuk sem4 telah di saji kan dengan subjek-subjek yang sangaaaaaat mencabar. Subjek Ulum Hadith berada di sof yang pertama dalam jadual, di ikuti K. Hadith kemudian Tasawwur Islam.
Dalam kesempitan ruang masa, sempat lagi aku terfikir, kalau aku berniaga Nescafe RM1 sebungkus ni mesti laku dalam satu malam..hehehe.. maklumlah, saat-saat last sem ni, ramai yang dah kering poket.
Dalam minggu exam ni la aku tengok, ramai yang mula merajinkan diri solat sunat Hajat. Aku mengajak diri ku khususnya dan umum pada pembaca bermuhasabah, solat Hajat itu bukan sekadar perlu di lakukan bila kita amat memerlukan pada waktu-waktu tertentu seperti Exam. Adakah kita yang hina dan tidak berkuasa ini memikirkan bahawa hari-hari yang lain selain dari waktu-waktu itu kita mampu untuk hidup berdepan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi? Adakah aku dan kalian sedar bahawa ada bahaya dan tipu daya yang tersembunyi yang sedang kita lalui? Tidak..kita tak tahu melainkan kita mohon moga Allah melindungi dan menghindar kita dari berpaut pada laluan yang rapuh rantingnya.
JENDELA MUHASABAH
Wahai diri, hamba bagaimana ini yang hanya mengingatiNya saat susah sedangkan DIA yang memberikanmu bahagia ?
Wahai diri, hamba jenis apakah ini yang hanya tersungkur, taubat Nasuha di mulut saat sakarat mampir sedangkan DIA telah banyak menyedarkanmu saat kau lalai dahulu?
Kau miliki koleksi Al-Quran yang punyai seni yang terindah ukirannya, namun kenapa akhlakmu tidak seindah isi ayat Al-Quran itu?
Kau memegang Sunnah Baginda s.a.w, namun kemana semua ilmu yang ada di dalam dadamu itu?
Sayangnya....Al-Quran disisi cuma di pandang saja, Sunnah di dada cuma di pelajari saja.
Jangan sampai doa kita tidak terbias pada jalan kehidupan kita akan datang kerana jalan yang kita pilih itu menyimpang jauh dari mendekatiNya.
Hidayah umpama cahaya. Cahaya tidak akan masuk pada jendela yang tidak di buka pintunya.
Aku mengajak diriku dan diri kalian, menutup tirai kealpaan kita dengan mentadabbur Al-Quran sepanjang masa dan melazimi Sunnah s.a.w sebagai panduan hidup.
Ingin ku kongsikan kata-kata sahabat yang ku sayang (Hasyimah)
“ Jadikan Al-Quran agenda penting dalam hidupmu. Buka MATA hingga tutup MATA, Al-Quran mesti ada! Tak kan indah akhlakmu jika meninggalkan Al-Quran”
Dalam wasiat Baginda s.a.w kepada Abu Zar, Baginda s.a.w telah bersabda
“Engkau mestilah membaca Al-Quran, kerana Al-Quran itu cahaya bagimu di bumi ini dan perbendaharaan bagimu di langit ” (Sebahagian daripada hadith panjang riwayat Ibn Hibban) [i]
P/S : Ya Allah, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu dan sentiasa mentaatiMu.
Qalam Khairunnisa
DSKHAIRUNNISAISMAIL
APIUNIMALAYANILAMPURI
0200 – 17/4/09
[i] (sahaja) da’if. Bahagian terakhir hadith ini diriwayatkan oleh Tirmizi juga dan ia berkata: Hadith ini Hasan Sahih Ghorib.
Good luck with your exam!!! Usaha, doa dan Tawakkal kepada Allah k.. insyaAllah berjaya!
Adry @ http://www.adrysabry.com
all the best for u!! =D
hamba pun bakal berada dlm situasi khairunnisa purnama depan... =)