Malam Anugerah Kolej 08/09.
Inilah satu-satunya program yang menggunakan banyak tenaga KD Multimedia. Sepanjang pengalaman saya memegang KD Multimedia yang entah berapa kali kat bumi Nilam puri ni, program ni lah yang paling menguji saya. Setiap saat, saya berasa hairan...kenapa banyak sangat kerja ni?...huhu..pening di buatnya.
Sahabat.
Selepas penat berkejar dari pejabat ke asrama, saya berehat sebentar di bilik sahabat saya, Rohayu. Saya melepaskan lelah di sampingnya. Saya katakan, ya Allah, betapa penat hari ni. Beliau membalas, alhamdulillah..sekurang-kurangnya hati tidak lalai memikirkan benda yang remeh. Itulah beza sahabat biasa & sahabat seperjuangan. Sahabat biasa memang kebiasaannya muncul sepintas lalu. Tapi sahabat seperjuangan, hadirnya hadiah dari Allah, hilangnya meninggalkan kemanisan dakwah.
Masalah.
Antara pengalaman yang tersangat berharga. Sebelum program bermula jam 8 pm, saya mendapat arahan dari Timb.Pengarah Program Malam Anugerah Kolej beberapa minit sebelum jam 7 pm meminta saya turun ke Dewan Johor. Kebetulan nak ke Dewan, saya kepilkan sekali pamplet aturcara program untuk di agihkan di meja VIP dan pelajar. Sesampainya saya kat Dewan, Timb.Pengarah program berkata "Kak Dayang..kita kena buat semula pamplet aturcara tu, arahan Ust Hazrul.". Saya rasa macam nak kena heart-attack. Sekarang jam 7 pm. 1 jam lagi program bermula, last-minute nak tukar pamplet. Saya bingung. Selepas beberapa dialog dengan Pengarah Program, saya akhirnya berkejar ke asrama untuk edit aturcara mengikut apa yang Ust Hazrul dah ubah. Kemudian, langsung ke pondok guard untuk minta kebenaran keluar sebentar untuk fotostat pamplet tersebut.
Masalah ke-2. Pak Guard tak benarkan saya keluar. Rasa nak menitis air mata. Bukan sebab manja, saya tak tahu kenapa. Tapi, saya gagahi diri, muhasabah diri sepantas mungkin. Ini adalah kafarah dosa mu yang lalu DAYANG!. Lantas, Allah mengilhamkan, minta kebenaran dengan pengetua Kolej, Ust Hazrul. Lagipun beliau yang arahkan penukaran aturcara dalam pamplet. Alhamdulillah di benarkan keluar.
Masalah ke-3. Jam 7 pm. Bermakna beberapa minit lagi akan masuk waktu maghrib, dan sejam lagi Majlis bermula. Sekali lagi saya rasa resah. Saya seorang muslimat. Berada di luar kawasan pada waktu hampir maghrib. Saya tak sempat hendak titipkan tugas ni pada muslimin sebab saya tak jumpa siapa-siapa pun untuk minta tolong pada masa tu. Alunan Al-Quran dah bergema di Masjid. Keresahan makin menggunung. Ini tak boleh jadi. Saya kena lakukan sesuatu. Saya telefon Pengarah Progam. "Ust..ana kat luar sekarang, dekat maghrib ni, ana tak dapat nak tunggu lama-lama kat luar ni, pekerja yang tengah fotostat kan tu lambat pulak...ana nak ust gantikan tempat ana sekarang..". Alhamdulillah. Selesai masalah ke-3. Saya berkejar balik ke asrama untuk solat dan siapkan barang-barang untuk di gunakan di atas pentas semasa program.
Syarah HATI pada seorang insan bergelar "AKU"
Dalam kesibukan yang bertemu titik kemuncak kepenatan otak, saya membangunkan emosi dan hati untuk bekerja di saat diri yang sangat keletihan. Bekerja? ya...saya bangunkan mereka untuk berkerja keras menimbangkan, apa hikmah yang diri saya sedang lalui. Emosi cuba mengatakan diri kau tak penat, bekerjasama lah dengan hati. Hati bangun dan mengatakan, IMAN sedang hidup. IMAN hidup? Ya..hidup!. Hati saya mentafsirkan, bersyarah pada "AKU" ;
ALLAH sedang menarikmu dalam dakapan kerinduanNya, Dayang. Dayang..kau semakin jauh dariNya. Kau alpa dengan dunia. Ibadah mu tak teratur dengan pelbagai alasan. Dayang.. susun Ibadah mu..lengkapkan diri dengan ilmu..jangan malas. Susun masa mu...menyusun masa hidupmu bermakna kau siap untuk menyusun masa mati mu. Ingat..ajal dan maut itu datang saat kau tidak tahu ukur masanya. Kau harus bersyukur, punya HATI yang hidup. Walau diri kau tenggelam dengan alpa, HATI kau dulu sentiasa berzikir moga ALLAH membetulkan dirimu andai kau lupa, moga ALLAH tak membiarkan mu terus hanyut. Masalah-masalah yang kau tengah genggam sekarang, adalah asbab ALLAH menarik kau dalam dakapanNya. Moga kau kembali mengingatiNya. Satu biasan zikir hati mu tika kau sedar dahulu.
Benarlah seperti apa yang biasa kita dengar,yang kita hadam, selangkah kita dekat pada NYA, seribu langkah DIA dekat pada kita. RahmatNya terlalu luas. Itulah CINTA PENCIPTA kita !. Untuk di hujahkan terlalu panjang. Cukup diri yang merasa betapa DIA tidak mengecewakan hamba-NYA.
Study WEEK. (12-18 APRIL 09)
Exam kami pada 19 APRIL ini. Jadi kesunyian akan melanda entri blog QK. Maaf..saya perlu lakukan yang luar biasa sem ini. Doakan diri saya dan sahabat-sahabat perjuangan saya di Bumi Tarbiyyah ini.
DSKHAIRUNNISAISMAIL
API UNIMALAYA
11.00 Pm
11 APRIL 2009
posted by Khairunnisa