Sumber: Email dari salah seorang sahabat di UK.
Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti Myspace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan terutamanya kawan lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang ingin dikongsikan. Laman web sosial sekarang tak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapatkan satu akaun bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Jadi, sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.
Sebenarnya ada sebahagian DARK SIDE yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah lihat dan terus melihat. Juka ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang FACEBOOK? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime them want!
Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita...senang dan mudah sikit!". Malang sekali, bukan itu yang berlaku. Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap FACEBOOK, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang FACEBOOK letak dalam web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.
Sama-sama kita renungkan apakah yang diperkatan dalam FACEBOOK's terms of service: ULASAN:
1. Cuba bayangkan! - FACEBOOK yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakkan (mereka yang bukan extreme) mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, Professor, scientist dan yang seumpamanya. Inilah mangsa CIA yang sebenar.
2. Mengapa? - Kerana sama ada kita percaya atay tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butiran mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu kalah dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.
3. Bukankah ianya privacy diri sendiri? - Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?. Semua data dimasukkan adalah data-data mengenai achievement diri dimasukkan. Alamat, no h/p, rumah, pejabat, kerja, pendidikan, daily schedule dan lain-lain dimasukkan. Bayangkan semua ini akan dijadikan sebagai data statistik untuk digunakan pada masa hadapan.
4. Marahkah kita? - Kita marah bila orang mengambil tahu pasal kita, kita marah bila orang mencungkil privacy kita, tapi kita tidak sedar yang kita telah berikan semuanya dalam facebook kita. Kalau nak ikut cakap kasar:
"Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimana golongan bijak pandai di Malaysia ini tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dulu golongan bijak pandai ini, tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun berada dalam tangan mereka"
5. Fakta - FACEBOOK telah ditampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD 12.7 juta telah dilaburkan ke dalam FACEBOOK oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Juka kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG disebalik laman web sosial ini, boleh lihat clip
http://www.youtube.com/watch?v=mCGSYWd1HOI&feature=related .
6. Peranan CIA - Selain daripada menjadikan FACEBOOK sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat, pihak CIA juga merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr. Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari DARK SIDE ini. Dr. Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.
KESIMPULAN:
Bersosial di laman web seperti FACEBOOK ini tidak salah, malah bagus bahkan kita boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan fakta-fakta yang menjadi privasi diri sendiri. Jangan mudah kita memberikan maklumat yang penting. Maklumlah, rakyat Malaysia cepat terpengaruh dengan benda yang PERCUMA sebegini. Bukan nak mengata diri sendiri, tetapi telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah ke laman web Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan Israel itu! Jawapannya mudah ialah Rakyat Malaysia, tidak syak lagi.
APA YANG PERLU KITA BUAT? - Bagi mereka yang sudah menjadi ahli FACEBOOK dan sudah memasukkan data peribadi. Senyum sajalah. Bagi mereka yang belum mendaftar, berhati-hatilah.
Artikel Sumber : Azlan Zainal
* Isu ini dah lama tersebar di Barat, tapi pengguna Malaysia nampaknya tidak peka dengan arus teknologi BARAT yang kian maju. Mereka setiap hari merangka strategi menghapuskan umat ISLAM dengan pelbagai cara, kita pula memekakkan telinga, membutakan mata dengan semua fatamorgana dunia Internet.
Maklumat lain dari QK:
syukron ukhti Khairunnisa atas informasinya....
ana akan menghapus akun ana di faceook...
^_^
Saya turut ingin kongsikan tulisan seorang junior merangkap sahabat saya yang menilai tulisan yang enti foward tu dengan kritis:
Facebook & CIA: Jangan Cepat Melatah
Assalamualaikum WBT.
Baru-baru ini saya terbaca artikel berkenaan Facebook yang kononnya merupakan "datacenter" CIA yang berfungsi menyimpan maklumat individu supaya senang kelak dipilih mana yang hendak dibunuh dahulu apabila mereka invade Malaysia (at least itu apa yang saya faham dari artikel itu). Bukan sahaja pelbagai tuduhan dilontar, malah tiada bukti yang kukuh diutarakan, melainkan hujah-hujah lemah dan tidak jelas.
Sebelum saya teruskan, ingin saya isytihar bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk membuka minda dan meluruskan yang bengkok.
Sedar tak, kalian yang punya blog, yang menggunakan servis blogging terkemuka seperti Blogspot, keratan Privacy Policy mereka:
Google only shares personal information with other companies or individuals outside of Google in the following limited circumstances:
We have a good faith belief that access, use, preservation or disclosure of such information is reasonably necessary to (a) satisfy any applicable law, regulation, legal process or enforceable governmental request, (b) enforce applicable Terms of Service, including investigation of potential violations thereof, (c) detect, prevent, or otherwise address fraud, security or technical issues, or (d) protect against harm to the rights, property or safety of Google, its users or the public as required or permitted by law.
Yang bermaksud, segala maklumat anda ataupun blog anda, bila-bila boleh diserahkan kepada CIA.
Anda juga pasti menggunakan perkhidmatan e-mel. Antara penyedia servis ini yang popular ialah Yahoo!, yang menyatakan mesej yang lebih kurang sama dalam Privacy Policy mereka:
...when we have your permission, or under the following circumstances:
We respond to subpoenas, court orders, or legal process, or to establish or exercise our legal rights or defend against legal claims.
Ya, semua e-mel anda tidaklah begitu private rupanya. Malah mereka semua mempunyai hak untuk menyebarkan maklumat anda kepada rakan perniagaan mereka dengan syarat-syarat tertentu, yang mana Privacy Policy syarikat-syarikat lain itu kita sendiri tidak jelas mengenainya.
Malah bila kita kecilkan skop, masuk Streamyx. Keratan Policy mereka:
(iii) TM will disclose the Customer’s personal information if required to do so by law or in good faith, if such action is necessary to:
(a) comply with any law enforcement agency, court orders or legal process; and/or
Alamak, habisla semua alamat rumah kita! Kerajaan kita pulak baik dengan kerajaan US...
Ini belum masuk bab kecanggihan spying zaman sekarang. Sedangkan syarikat bukan kerajaan seperti Google mampu mengambil gambar-gambar satelit sesuka hati mereka, apatah lagi badan kerajaan yang lebih besar bajet dan teknologi?
Yang paling membingungkan, terdesak sangatkah CIA hingga perlu bergantung kepada maklumat entah betul entah tidak, yang diletakkan di ruangan Facebook saya. Tidak seperti mendaftar Streamyx, Facebook tidak peduli sama ada maklumat yang saya letak betul atau tidak. Mungkin CIA hendak menjadi rakan saya... request saja!
Jadi jika anda benar-benar risau sesiapa tahu di mana anda tinggal, sila berhenti guna internet, dan pindah ke gua-gua berdekatan. Tidak perlulah mengajak orang ramai hack mana-mana website, atas sebab salah sangka. Indahnya Islam kerana kita tidak dihukum atas niat jahat, cuma dihukum apabila melaksanakan kejahatan. Jadi siapakah kita nak hukum orang yang kita sangka jahat?
Pada pendapat saya, sebab melampaunya polisi-polisi ini, kerana khuatir kena saman. Sebab syarikat-syarikat seperti ini bila disaman, bukan sejuta dua. Boleh mencecah puluhan bilion. Jadi apabila mereka minta pengguna setuju bahawa mereka punya hak pada kandungan-kandungan yang kita letakkan, amat susah untuk mereka kalah apabila disaman.
Cuba anda sediakan servis dengan syarat "Maklumat anda tiada siapa tahu" atau "Kami tiada hak atas maklumat anda". Kita tengok berapa lama tahan...
Jadi saya harap kita dapat membuka minda dan jangan cepat melatah bila nak tackle isu-isu seperti ini.
Maaf andai kurang penjelasan. Ikut hati panjang beberapa page lagi ni, tapi betul-betul busy. Jadi ada apa-apa komen / soalan buzz je ya.
"...Katakan: Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu memang orang-orang yang benar." (27:64 dan lain-lain)
Wallahua'lam.
Ahmad Syazwan bin Md. Sani
Head of Academic & Career Bureau
Usrah Institution 2008/2009
Multimedia University
Cyberjaya Campus
terima kasih atas perkongsian maklumat dr akh Faisal. Satu jawapan yg menarik..namun semua perkara juga perlu ada timbang tara..fikir,kritik,putus.. moga btemu titik temu..
Salam,
Ketika membaca artikel tersebut saya telahpun mempunyai beberapa pandangan yang akhirnya sama sepeti mana yang diutarakan oleh akhi Ahmad Syazwan tersebut.
Saya juga terfikirkan tentang perkhidmatan blog dan email yang tidak kurang juga bezanya.Selagi mana anda mampu melayari internet dan menggunakan apa jua 'device' atau teknologi.Anda sebenarnya secara tidak lansung mampu dikesan dengan mudah bersama-sama dengan maklumat peribadi anda.
Selaku pembaca dan pengkaji konspirasi zionisime, saya mampu melihat skop perbincangan ini dengan lebih luas dan apalah sangat dengan teknologi US sedia ada. Bagaimana pula dengan dengan subliminal mesej yang disogokkan kepada kita tanpa sedar lewat sisi filem-filem holywood oleh 33rd Degree Mason?
Saya rasa jika diberitahu ianya satu pertemuan yang lebih mengerikan.Tapi bak kata Murabbi saya dalam hal ini.
Para ulama' tidak menyibukkan diri mereka dengan strategi musuh-musuh Islam,akan tetapi mereka bertumpu pada satu titik yang mana proses islah dan dakwah bermula dari aqidah dan ibadah.Apakah wajar kita hidup dalam ketakutan dengan pendedahan-pendedahan sebegini yang akhirnya hanya mengurangkan motivasi ummat untuk terus maju?
Renung2kan insyaAllah.
Wallahu'allam.
sharing is caring..thanks