Oh Tawau ku yang terchenta (1)


posted by Khairunnisa on

4 comments




Hidup sebagai anak rantau ni, memang kekadang sukar dan kekadang menyeronokkan. Sehingga kini, terasa seolah tidak percaya yang rupanya aku sekarang ini berada di KELANTAN !. Dah lah datang dari hujung negeri Sabah iaitu TAWAU bah..bermusafir pula ke hujung semenanjung Malaysia ,negeri Kelantan.

Walaupun aku cuma di Kelantan yang hanya terpisah oleh Laut China Selatan ke Tawau, Sabah. Namun...cara hidup masyarakat Kelantan cukup berbeza dengan cara hidup masyarakat Tawau.

Cuma, banyak juga persamaan yang mengingatkan aku kepada TAWAU ku itu. Kalau di Kelantan, bersempadan dengan Thailand...di Tawau pula, bersempadan dengan Kalimantan Indonesia. Kalau di Kelantan banyak barang Made in Thailand, di Tawau juga hampir 50% barangnya Made In Indonesia. Kalau di Kelantan banyak barang murah seperti kain baju dan tudung..di Tawau juga banyak barang murah seperti kain sarung buatan Indonesia Asli brand Ibu dan Anak,Gajah Duduk la Berdiri la,Kain Sarung Samarinda, Mutiara, periuk belanga yang amat murah dan tahan lasak berapa kurun pun (yakah?) .. dan Kalau di Kelantan orang Thailand nya kecek Kelate..kami di Tawau pula..ermm kenapa orang Semenanjung bila dengar percakapan masyarakat Sabah (termasuk aku), mereka kata kami orang Indonesia?? hihi Itu lah istimewa nya Tawau.

Kalau jadi orang Malaysia tapi belum pernah singgah di Tawau..aku rasa..ruginya kamu. Sebab, kamu akan rasa seolah-olah berada di Indonesia. Hihi. Dak la jugak,gurau ja, nanti kena saman pulak aku cakap gini hihi. Aku pun pelik la dengan orang semenanjung ni. Aku rasa, aku dak juga cakap Indonesia, tapi di bilang juga macam tu. So...terpaksalah terima. Cewah. Whatever la yang itu..tak kisah mana pun.

Apa yang aku bangga dengan para dai'e dan dai'eyah yang berasal dari TAWAU ni. Nampak macam senang berdakwah di Tawau, tapi pada hakikatnya..susah. Bukan senang nak mengubah mentaliti masyarakat di Tawau. Jadi, para daie di TAWAU memang cukup berani, tabah dan sentiasa kreatif dalam menyeru Umat Islam di SABAH.

Kenapa aku katakan mereka ini sangat berani? Persekitaran di TAWAU inilah yang menjadikan kami begini. Bayangkan..sehingga ketika ini dan zaman ini, masih ada lagi geng @ ahli kumpulan yang bermusuhan. Nak tengok tak budak remaja yang memegang pedang SAMURAI ? atau yang melibas BELATI ? atau yang mempunyai geng sehingga berpuluh-puluh orang dan mempunyai "kawasan" sendiri ? Pergilah bermalam di kawasan sekitar "tempat" mereka. Jangan cuba untuk masuk campur kalau tak mahu badan binasa. Jangan cuba ganggu anak buah mereka apatah lagi pukul. Ha..faham-faham lah ye. Jadi sebagai daie juga kena kuat dari segi mental dan fizikal. Persekitaran sebegini juga seolah-olah sebagai Tamrin hidup kami disini. Tiada yang mustahil di sini. Tanpa semangat yang kental..kamu akan tewas.

Lihat saja dalam pertandingan debat yang berasal dari TAWAU..betapa lantang mereka berbicara. Kefasihan tutur kata itu adalah dari pertuturan kami sendiri yang biasanya kami gunakan untuk berinteraksi dengan masyarakat luar Sabah, kami terpaksa menggunakan bahasa Melayu BAKU supaya mereka dapa fahami. Jadi..perkataan "saya" kami tidak katakan "saye" (kecuali kalau dah bertahun-tahun hidup di semenanjung). Hatta pertandingan debat dan syarahan antara Sekolah di Kota Kinabalu dan Tawau...memang sah lah TAWAU yang menjuarai. (err..ikut pengalaman aku la ek)

Tapi...apa yang menyedihkan..keistimewaan REMAJA TAWAU ini semakin terhakis oleh budaya barat. Bila aku balik TAWAU. Aku suka pergi ke bandar untuk makan SOTO BANJAR di Pasar Tawau yang terkenal itu. Memang sedap tak terkata SOTO makcik tu. tapi.. aduh.. runtun hatiku melihat anak muda TAWAU semakin di buai oleh keistimewaan BARAT. Kalau dulu, TAWAU ini dari yang tua hingga yang muda sangat meminati kumpulan ROCK zaman 50an 60an sejak ELLA dan Syarifah Aini tu masih muda lagi. Tapi sekarang, remajanya beralih untuk meminati penyayi BARAT seperti Linkin Park, Gorrilaz dan macam-macam lagi. Apa yang menakutkan ialah budaya Black Metal walaupun di sekitar Tawau ini kurang budaya Black Metal.

Ha..kalau aku dah bersemangat bercerita kisah TAWAU ku nih memang 7 hari 7 malam tak habis. Apapun.. TAWAU bukan lah tempat yang menakutkan seperti gambaran yang kamu buat dalam fikiran kamu sekarang. TAWAU masih penuh dengan tumbuhan hijau dan masyarakat yang unik yang langsung tak da kamu jumpa di semenanjung ini apatah lagi di KELANTAN. hihi Memang banyak benda menarik dan misteri di sini. Nak tahu kebenaran celoteh hamba ini...datanglah melawat ke SABAH terutama TAWAU. Hihi. Promote untuk cuti-cuti Malaysia rupanya. Ceh. Apapun..nanti ada masa lagi aku sambung kisah TAWAU ni ya. Salam SAYANG buat WARGA TAWAU ku YANG TERCHENTA dan semua Ummat Islam dan readers dan bloggers sekalian..



4 comments

  1. Anonymous

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin