Maaf andai aku mengusangkan jalan dakwah yang ini


posted by Khairunnisa on ,

1 comment




Salam kemaafan dari penulis.

Saya meminta maaf dengan setulus kasih kepada pengunjung setia blog Qalam Khairunnisa kerana telah mengusangkan jalan dakwah ku yang ini buat sementara.

Kadangkala kita penat dalam mengurus kehidupan sehingga keliru dalam perjalanan. Kadangkala saya juga terlepas pandang apa yang aula patut saya kerjakan. Saya meminta maaf secara terbuka buat para sahabat-sahabat saya sekiranya ada tanggungjawab yang tidak terlaksana juga kepada pihak Syarikat EDU kerana saya masih belum menyelesaikan projek penulisan buku kanak-kanak.

Saya rasa bersalah, disamping kesibukan dalam menguruskan Festival Mahasiswi dan menyelesaikan assignment, saya sering sayu melihat blog ini tidak ter-update dengan isu semasa. Bukan tak menulis, cuma.. ada sesuatu yang perlu di selesaikan lagi.

Apapun, saya berbangga dengan anda semua. Anda adalah insan-insan yang tidak jemu menjelajah dunia, mencari sedikit info dan ilmu yang berguna. Moga dakwah tidak hanya terhenti dalam penulisan, tapi diteruskan juga dalam pengamalan.

Saya ingin kongsikan. Sikap kita sebagai DAIE. Kadangkala saya lihat, para DAIE ni syok sendiri dalam projek yang di lakukan nya. Saya ambil contoh, seorang hamba Allah ni telah merancang satu projek yang akan dihadiri oleh mahasiswa. Pelbagai usaha dan cara telah dipergiat untuk menjemput seluruh mahasiswa untuk menghadirinya. Namun yang datang hanya "orang-orang" sendiri. Saya bukan mengkritik kosong. Namun saya harap kritikan ini disambut oleh mereka yang punya idea untuk berubah.

Rupanya, kita lupa, yang kita ingin tarik itu adalah para mahasiswa yang punya ideologi hedonisme, punya ideologi nasionalisme dan bermacam-macam ideologi yang membenam di jiwa mereka. Jadi, sebagai daie, kita perlu lebih dalam mengkaji, bagaimana untuk melembutkan mereka yang telah dipasakkan ideologi yang menjadi barah dalam ummat.

Saya pernah merasa, terlibat dalam mengaturkan sebuah projek untuk mahasiswa. Saya juga merasa, penat itu seperti tersisa namun alhamdulillah, ada yang di gerakkan hati oleh Allah untuk turun bersama. Persoalan pokoknya, jangan tertumpu dalam menunggu Allah menggerakkan hati mereka, tapi berusaha. Tapi bukan sekadar berusaha, tapi menyelami dan mendekati mereka.

Cukup untuk saya mengkritik. Moga selepas ini, semakin banyak yang di bincangkan sehingga lewat malam menyelesaikan masalah ummat, tidak hanya terhenti dalam perbualan mesyuarat. Dekati mad'u kita. Dan saling nasihat menasihati sekiranya para DAIE itu sendiri bermasalah.

p/s : masih cuba memperbaiki diri.

Berita terkini: Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB


posted by Khairunnisa on

1 comment


sekadar gambar hiasan




Salam alaik.

Message: Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.


Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.
Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

Thank you,

Email dari : NOOR HAIZAM IBRAHIM



sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2009/10/helah-menculik-kanak-kanak-di-carrefour.html

Salam Aidilfitri


posted by Khairunnisa

1 comment



Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Terutama kepada sahabat2 blogger dan yang setia untuk singgah. Maaf sebab lama tak update blog.

El Amor FUTSAL !!! Terbuka KAMPUS LUAR ^_^ dan....


posted by Khairunnisa on

No comments

 
EL AMOR FUTSAL
KHAS UNTUK MAHASISWA LUAR KAMPUS UM
untuk merebut PIALA YDP MPMUM
SEBELUM 9 SEPTEMBER 09 !!! 
 
sebarang pertanyaan : 
sua@mpmum.org
atau
hurul_aien@yahoo.com
 
Psssst... AKAN DATANG....

Bila janji pemimpin hanya retorik : Maka MLTR pun di luluskan.


posted by Khairunnisa on ,

9 comments

Tidak perlu saya menghuraikan latarbelakang mereka, atau sejarah mereka juga bila mereka pernah mengadakan roadshow di Malaysia dahulu. Cukup saya ingin cuba menyedarkan masyarakat yang kononnya Satu Malaysia bahawa mereka sedang dalam keadaan berbahaya !


MasyaAllah, tak cukup dengan peringatan Allah yang terkandung dalam sebaran virus H1N1, kini kerajaan pula ingin menjemput satu lagi "malapetaka" baru berbentuk virus hedonisme yang semakin mengancam generasi mu'minin di kalangan ummah di Malaysia. Mati dalam H1N1 ini bagi saya lebih mulia dari mati dalam dakapan hedonisme.


Saya hairan, 100 hari pemerintahan Najib telah berlalu begitu jauh. Namun, Malaysia hanya mendepani kerosakan. Di mana sensitiviti dan keintelektualan rakyat dalam memilih pemimpin? Bukan tuduhan melulu, tapi realiti dalam satu penilaian di mata rakyat.


Andai benar rakyat didahulukan, maka suara bantahan rakyat mengenai konsert ini juga perlu di ambil kira. Najib sebagai pemimpin yang kononnya dipilih atas dasar kepercayaan rakyat harus membuat keputusan mengikut maslahah umum yang lunas berlandaskan garis hukum syara'. 


Malangnya, kelulusan konsert ini hanya mendatangkan mafsadah pada kemakmuran rakyat apatah lagi yang beragama Islam. Mana janji Najib pada rakyat untuk mengadakan sambutan kemerdekaan secara sederhana kerana menghormati bulan Ramadhan? Janjinya retorik semata-mata. Rakyat di tipu hidup-hidup. 


Saya mahasiswa yang kecewa dengan kerajaan. Saya mengajak sahabat-sahabat yang lain untuk mengecam kerajaan, andai konsert ini benar-benar diadakan yang dijadualkan pada pada 5 Oktober 5 September bersamaan 15 Ramadhan 1430 di Arena of Stars Genting Highland, maka tunggulah bagaimana mahasiswa bangkit untuk menghalangnya. Selagi ISLAM bernyala di jiwa anak muda, akan digenggam baranya. ALLAHU AKBAR !! .




FIKIR & ZIKIR , INI ISU UMMAT ISLAM.



 " Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri ! "

DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
0650am, 26082009
http://qalamhazin.blogspot.com











About

Blog Widget by LinkWithin