Maaf andai aku mengusangkan jalan dakwah yang ini


posted by Khairunnisa on ,

1 comment




Salam kemaafan dari penulis.

Saya meminta maaf dengan setulus kasih kepada pengunjung setia blog Qalam Khairunnisa kerana telah mengusangkan jalan dakwah ku yang ini buat sementara.

Kadangkala kita penat dalam mengurus kehidupan sehingga keliru dalam perjalanan. Kadangkala saya juga terlepas pandang apa yang aula patut saya kerjakan. Saya meminta maaf secara terbuka buat para sahabat-sahabat saya sekiranya ada tanggungjawab yang tidak terlaksana juga kepada pihak Syarikat EDU kerana saya masih belum menyelesaikan projek penulisan buku kanak-kanak.

Saya rasa bersalah, disamping kesibukan dalam menguruskan Festival Mahasiswi dan menyelesaikan assignment, saya sering sayu melihat blog ini tidak ter-update dengan isu semasa. Bukan tak menulis, cuma.. ada sesuatu yang perlu di selesaikan lagi.

Apapun, saya berbangga dengan anda semua. Anda adalah insan-insan yang tidak jemu menjelajah dunia, mencari sedikit info dan ilmu yang berguna. Moga dakwah tidak hanya terhenti dalam penulisan, tapi diteruskan juga dalam pengamalan.

Saya ingin kongsikan. Sikap kita sebagai DAIE. Kadangkala saya lihat, para DAIE ni syok sendiri dalam projek yang di lakukan nya. Saya ambil contoh, seorang hamba Allah ni telah merancang satu projek yang akan dihadiri oleh mahasiswa. Pelbagai usaha dan cara telah dipergiat untuk menjemput seluruh mahasiswa untuk menghadirinya. Namun yang datang hanya "orang-orang" sendiri. Saya bukan mengkritik kosong. Namun saya harap kritikan ini disambut oleh mereka yang punya idea untuk berubah.

Rupanya, kita lupa, yang kita ingin tarik itu adalah para mahasiswa yang punya ideologi hedonisme, punya ideologi nasionalisme dan bermacam-macam ideologi yang membenam di jiwa mereka. Jadi, sebagai daie, kita perlu lebih dalam mengkaji, bagaimana untuk melembutkan mereka yang telah dipasakkan ideologi yang menjadi barah dalam ummat.

Saya pernah merasa, terlibat dalam mengaturkan sebuah projek untuk mahasiswa. Saya juga merasa, penat itu seperti tersisa namun alhamdulillah, ada yang di gerakkan hati oleh Allah untuk turun bersama. Persoalan pokoknya, jangan tertumpu dalam menunggu Allah menggerakkan hati mereka, tapi berusaha. Tapi bukan sekadar berusaha, tapi menyelami dan mendekati mereka.

Cukup untuk saya mengkritik. Moga selepas ini, semakin banyak yang di bincangkan sehingga lewat malam menyelesaikan masalah ummat, tidak hanya terhenti dalam perbualan mesyuarat. Dekati mad'u kita. Dan saling nasihat menasihati sekiranya para DAIE itu sendiri bermasalah.

p/s : masih cuba memperbaiki diri.

1 comment

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin