Tiap hari CUTI ?


posted by Khairunnisa on

No comments



     Ketika sedang menunggu Lecture sampai, saya terpandang sisipan kalendar dalam diari sahabat di sebelah. Kebetulan dia sedang mencoretkan sesuatu yang tidak peribadi. Tepat dalam kotak cuti hujung minggu, dia menulis "BALIK RUMAH". Saya termenung sebentar. Terdiam, termagu. Kemudian mencetuskan idea ringkas, tapi cetek, "Kalaulah setiap hari cuti". Wahh, teruknya.




Manusia bukan robot, yang setiap hari bekerja. Ya, betul. Tapi, manusia perlu bergerak. Mereka akan bergerak untuk keseimbangan gaya hidup. Mereka menggerakkan jasmani untuk bekerja, memasak, berlari, berjalan. Mereka menggerakkan rohani untuk beribadah, menjaga tingkah laku, menilai perbuatan, mengimbang pelaksanaan dan seterusnya mengawal jasmani. Mereka juga pasti menggerakkan minda untuk membaca, membina rangkaian pemikiran, mencetus solusi bagi persoalan dan juga mengimbangi jasmani dan rohani.




Jadi, buat seketika kita memikirkannya. Apa kita perlu berehat panjang dalam dunia? 




"Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki" (25:47)




Agama kita sudah cukup cantik mengatur hidup kita. Tinggal kita mengaturnya mengikut kreativiti kita. Cuma, saya masih dalam kekalutan. Kalut dalam menyusun jadual. Ini pengalaman saya mengurus pelbagai projek. Mana lagi nak siapkan assigment dan masa untuk membaca buku. Semuanya perlu di atur dengan sistematik. Maka, saya tengah mencuba sedaya upaya.








Wal A'sr.


Untuk di jadikan kisah, sewaktu zaman nilampuri saya, saya pernah mengajak sahabat saya, Zalekho untuk menemani saya ke suatu tempat. Malangnya, oleh kerana banyak perkara yang tak selesai, saya terlewat. Saya mengirimkan sms kemaafan. Dan dia membalas "Wal A'sr" . Hanya dua patah ayat arab itu sahaja. Sangat menggetarkan hati, lantas siapa yang tidak beristighfar. Sejurus itu, saya segera menuju ke parkir motor. Ayatnya pendek tetapi penuh makna, penuh nasihat dan sangat lembut tapi tegas. Saat itu, terdetik di dalam hati, inilah keindahan Islam, inilah keindahan ukhwah kerana Allah. Bila kita "berpesan-pesan pada kebenaran".




Saya selalu mengingatkan diri , " 24 jam yang Allah berikan, apa kita tidak cukup ? ". 




Ternyata, rahsianya saya temui dalam solat. Benar. Saya menyedari bahawa, siapa yang menjaga solatnya, wudhu' nya sempurna, ibadah solatnya sempurna dan solat tepat pada waktunya (kecuali ada hal yang tidak dapat dielakkan), insyaAllah dia akan dapat mengatur hidupnya sempurna. Hingga saya pernah mendengar, kalau kamu hendak memilih orang untuk membantu kamu, tengoklah bagaimana dia menjaga solatnya. Orang yang menjaga solatnya pasti seorang yang amanah, insyaAllah. 




Apapun, saya sentiasa mencuba buat yang terbaik di zaman UMKL ini. Ini kerana, saya tersedar, sudah pasti ramai yang kecewa bila kita tidak menepati masa dalam gerak kerja hanya kerana hidup kita tidak teratur. Natijahnya tidak kira jangka masa yang pendek @ panjang, sudah pasti ramai yang kecewa dalam jejak masa yang kita tinggalkan kerana tidak menepati masa.




Di sini, kita dapat melihat kaitannya antara menjaga solat dengan masa serta perlunya penyusunan hidup secara sistematik. Dua perkara yang pasti menjaga kita, khazanah kemuliaan tinggalan kekasih Allah, Al-Quran Al-Kareem dan Sunnah. 




p/s : Moga kalian mendapat sesuatu dari catatan ringkas QK ini.









Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "

DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
1200pm, 12082009
http://qalamhazin.blogspot.com

Ahli panel Diskusi Wanita - update


posted by Khairunnisa on ,

1 comment


Antara Ahli panel jemputan:

1. Prof Madya Hj Md Izuddin Ali
atau lebih di kenali warga mahasiswa sebagai Prof Izi Hot FM


2. Puan Rosmawati Zainal
Pengerusi Raudatus Sakinah


dan yang terbaru, alhamdulillah kami telah cuba menjemput seorang personaliti TV, Farah Adeeba untuk datang memeriahkan lagi suasana. Menurut beliau, insyaAllah beliau akan datang sekiranya tugas beliau selesai awal pada hari tersebut.



Diskusi Wanita kali ini adalah anjuran :




dengan kerjasama :



Hal Ehwal Wanita & Mahasiswi
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya

atau lebih dikenali sebagai HEWI PMIUM 09




Majlis ini tidak mengira bangsa, agama dan budaya mahupun dari ceruk dunia mana sekalipun, walau dari universiti atau kolej atau institusi mana sekali pun, serta tidak ada had umur dan jenis jantina. Semuanya di jemput hadir. Jadi, marilah sama-sama memeriahkannya.


Maklumat lanjut boleh email saya di hurul_aien@yahoo.com





DS Khairunnisa Ismail,
Unit Media HEWI PMIUM 09
juga merangkap penulis blog Qalam Khairunnisa .

Katanya Kau Seorang Pejuang


posted by Khairunnisa on , ,

2 comments


Katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

Katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

Katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

Katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dengan alasan nak release tension

Katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan Rasul Nya

Katanya kau seorang pejuang
kau sibuk update isu semasa berbanding Al Quran 1 juz sehari

Katanya kau seorang pejuang
kau tidak pun berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

Katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

Katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

Katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah di hatimu tanpa usaha membuangnya

Katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

Katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

Katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal qiamullail bebanding mengamalkannya

Katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

Katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerana tidak berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

Katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

Katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

Katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu

Katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

Katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh

Katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

Katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih

Katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yang kau infakkan

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi

Katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan berdakwah apatah lagi melakukannya

Katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang

Katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

Katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu




Sedikit perkongsian, juga teguran buat diri yang sangat bersemangat tatkala mengatakan diri ini seorang pejuang, tapi kurang memperbaiki lagi kelemahan. Moga sahabat-sahabat tidak segan silu untuk menegur andai ada yang silap atau sumbang langkahnya dalam dakwah.


Hari ni, aku dapat tazkirah langsung dari Allah. Secara zahirnya memang mendapat tazkirah dari Pensyarah tadi, Ustaz Mahmoud dari Jordan masa subjek Pengantar Politik Islam (Siyyasah Syariyyah) tapi, entah dari sudut mana hati ini merasa, Allah sedang menegur ku. Bukan untuk meninggikan rasa mujahadah, cuma ingin di kongsikan, betapa Allah itu dekat dengan kita. Tinggal kita lagi untuk merasanya atau terus menafikannya.


Kau dan aku adalah daie. Kau dan aku adalah pemuda ISLAM. Kau dan aku adalah tentera Allah di muka bumi ini.


Jadi, FIKIR & ZIKIR dalam mengintai solusi dan view tentang kata-kata di atas.




" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "

DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
0310am, 04082009
http://qalamhazin.blogspot.com


Wanita TIN KOSONG?


posted by Khairunnisa on ,

2 comments






blogger-emoticon.blogspot.com tak setuju ?

blogger-emoticon.blogspot.comingin tahu ?

blogger-emoticon.blogspot.comMARI BERDISKUSI BERSAMA-SAMA

blogger-emoticon.blogspot.comPasti seronok... blogger-emoticon.blogspot.com

Bila wanita non-muslim memakai hijab - Mari temui Spencer Wall


posted by Khairunnisa on ,

8 comments

Spencer Wall, fourth-year English and sociology major, talks about her experience wearing a hijab on Wednesday night at Kerbey Lane Cafe. Wall, a Christian from West Texas, embarked on a personal experience in which she dressed as a Muslim woman for a year, starting in April.



Apa yang dilakukan Spencer Wall, seorang perempuan AS berusia 20 tahun berasal West Texas, tergolong unik dan tidak lazim di tengah masyarakat yang majoriti sakular non-Muslim. Wall sendiri beragama Kristian, tapi sejak akhir April lalu, ia memutuskan untuk mengenakan busana muslimah lengkap dengan jilbabnya selama satu tahun ini.

Apa sebenarnya tujuan Wall melakukan itu semua?

Wall mengatakan bahwa ia tidak sedang berkesperimen tapi ia belajar dari pengalaman. Ia ingin merasakan bagaimana rasanya menjadi bagian kumpulan miniroti-seperti komuniti Muslim- yang kehadirannya selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai. Meski Wall sendiri mendakwa tidak suka mewakili komuniti Muslim.

"Saya bukan ingin mewakili para muslimah atau komuniti Muslim. Saya ingin tahu seperti apa rasanya menjadi seperti mereka, sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu saja mengundang tanya teman-teman dan orang-orang di kawasan Wall. Dan Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak mengenakan jilbab dan busana muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mau berbicara dengannya dan ia sering menerima cemuhan. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tapi seperti kebanyakan muslimah di AS yang kerap menerima perlakuan tersebut, Wall tidak ambil peduli dan tetap melangkah.

Pertanyaan yang paling sering diterima Wall adalah pertanyaan dari mana ia berasal. Pertanyaan sempit orang-orang Amerika yang masih melihat warga Muslim sebagai pendatang haram. Awalnya, Wall menjawab pertanyaan itu dengan penjelasan soal "keinginannya belajar dari pengalaman". Tapi lama-lama, Wall bosan juga dan menjawab pertanyaan itu dengan kalimat pendek, "Saya bukan Muslim, tapi saya mengenakan jilbab karena saya menginginkannya."

Meski demikian, Wall mengakui pernyataannya itu tidak sepenuhnya benar, karana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa mengenakan busana muslimah. "Saya pernah mencuba tidak mengenakan jilbab sehari saja. Ternyata saya tidak mampu melakukannya," aku Wall.

Bukan hanya dalam berbusana, Wall juga mengikuti kebiasaan sebagaimana layaknya muslimah. Ia menolak hubungan seks bebas dengan lelaki. Di butik pakaian, Wall pernah meminta pelayan butik untuk menutup celah yang agak terbuka di tempat ganti pakaian, karana kakinya akan terlihat ketika mencuba pakaian.

Wall mengatakan, pengalamannya "menjadi seorang muslimah" mengajarkannya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang sifatnya peribadi bagi dirinya sendiri. Satu hal yang menurut Wall, tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristian. Wall bahkan mengatakan, suatu hari nanti ia juga ingin merasakan bagaimana rasanya menjalankan solat lima waktu setiap hari.

"Seperti Anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti peribadahan. Dengan pengalaman saya sekarang, saya merasakan diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall.

"Pengalaman ini mengajarkan saya untuk menghormati perempuan yang memutuskan untuk di rumah saja menjaga dan mendidik anak-anaknya, menghormati mereka yang mengenakan jilbab dan beraktiviti di luar atau ingin menjadi seorang CEO," sambung Wall.

Meski sudah berbusana muslimah dan menyatakan ingin mencuba solat lima waktu, untuk ketika ini cahaya Islam mungkin belum menyentuh Wall. Semoga di suatu saat Allah SWT memberikan hidayah Islam padanya.

Sumber:
http://eramuslim.com




Respon saya:


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Dia (Spencer Wall) dah merasainya. Merasa dekat dengan tuhan semasa menjalankan perintah memakai hijab. Kita bagaimana? Adakah kita merasainya? Beza kita antara dia cuma IMAN. Tapi dia merasainya. MasyaAllah, cek semula IMAN kita. Agaknya apa masalah kita untuk memakai hijab?


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Menurut pendapat saya, muslimah yang mengenakan hijab ada beberapa ciri, Muslimah memakai hijab kerana....

1. Allah ( seperti yang dituntut Islam )

2. dah biasa berhijab dari kecil lagi, sebab mak suruh. Even masuk Universiti pun, kalau tak pakai hijab nanti keluarga kecewa dan marah. ( tergolong Islam pada keturunan ni )

3. suami atau boyfriend suka tengok kalau berhijab ni, nampak lawa dan sopan. ( ni tergolong dalam muslimah tak ada prinsip )

4. masa kuliah kena pakai, wajib. Setakat kawasan kampung ni, buat apa nak pakai, dari kecil sampai besar orang kampung tengok. Dah biasa. Macam keluarga la jugak. ( golongan hati yang berbolak balik )

Jadi, fikir semula. Dia (Spencer Wall) siapa, kita siapa. Berbalik kepada arahan Pencipta kita dalam surah An-Nur : 31
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. "


Harapan saya yang amat besar, moga hidayah Allah sampai kepada hati Spencer Wall untuk menerima kebenaran cahaya Islam. Semoga hidayah Allah menyentuh hatimu.

Moga hidayah Allah juga membuka hati para muslimah kita di luar sana, yang masih meragukan
Iman mereka tentang hijab.








Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "

DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: Universiti Malaya Kuala Lumpur
0300am, 27072009
http://qalamhazin.blogspot.com

About

Blog Widget by LinkWithin