Tazkirah Mengubat Hati Yang Lara


posted by Khairunnisa on

1 comment

DIDENGAR-NYA SETIAP PERMOHONAN

Kadang kala Dia memberi sebelum si hamba sempat menadah tangan untuk meminta. Kerana dia sangat mengerti keperluan hambaNya. Dia yang menjadikan si hamba dan Dia jugalah yang mengatur liku-liku perjalanan hidup hambaNya. Apabila permintaan si hamba tidak diperkenankan, itu bukanlah kerana Dia 'tuli' dan tidak mendengar rintihan serta pengaduan hambaNya. Ada hamba-hamba yang dikasihiNya, yang dibiarkan menderita dan bersedih, dibiarkan terlantar kesakitan, dibiarkan susah dan miskin, kerana begitulah caranya Dia mendidik si hamba; diberi ujian-ujian yang akan menambahdekatkan si hamba dengan Nya dan melebar lorong buat si hamba dalam kembara di dunia menuju ke syurga yang abadi. Hamba yang menderita dan bersedih pasti akan mengadukan halnya kepada Dia. Hamba yang terlantar dan kesakitan pasti akan merintih memohon keringanan dariNya. Bumi ini milik-Nya, lalu selayaknyalah kita sebagai penghuni yang kerdil ini selalu mengadu kepadaNya.Agar kita tahu bersyukur jika diberi rezeki yang melimpah ruah dengan cara membahagi- bahagikannya pula kepada penghuni yang lain. Juga supaya kita tahu bersabar jika diberi rezeki yang sedikit, kerana kesabaran itu sendiri yang menjadi makanan hati. Sama ada kita bersyukur atau bersabar, di situ Dia menjadikan ganjaran pahala sebagai bonus untuk menempah istirehat di syurga.

Adakalanya Allah memberi di saat seorang hamba itu sudah hampir putus harapan. Waku itu hatinya hanya diserahkan kepada Tuhan. Apa hendak jadi pun, jadilah.. kerana Dia yang mengatur ketentuan.

Apa jua masalah, apa jua musibah yang menimpa,itulah pengaturan Tuhan. Hikmah di sebaliknyaharus digali di samping jangan lupa terusbermohon, solat hajat, bermunajat sertamemperbanyakkan taubat. jika masalah masihberpanjangan dan sudah putus ikhtiar kita, makaselaku hamba wajarlah kita kembali padaNya.terimalah hakikat bahawa itulah ujian untuk kita,agar diberi-Nya pahala sabar dan sebagai ingatankepada kita supaya tahu bersyukur dengan nikmatpemberiannya.

Untungnya orang mukmin..semakin banyak masalah semakin mustajab doanya. bukan perjuangan tanpa kesulitan tapi dalam kesulitan ada ketenangan memugar kekuatan. kita tidak bersendirian kerana Allah pasti akan bersama!

Author
Khairunnisa
2.10 P.M
17 JUN 08

kerna kau Terlalu Istimewa


posted by Khairunnisa on

No comments

Sekarang, saya tengah mendengar lagu Adibah Noor. Kenapa? Salahkah? Tajuknya "Terlalu Istimewa"... cuma saya tak tahu "siapakah" sebenarnya terlalu istimewa menurut lagu tu, bagi saya,bila dengar lagu tu, hati saya jelas mengatakan yang terlalu istimewa ialah seorang IBU....sebab IBU terlalu istimewa bagi saya =) dan tak tinggal lagu "Belaian Ibu" oleh Munif Hijjaz.

Yah tak kira la IBU, MAK, MAMA, UMMI, IBUNDA, MOTHER, MOM, OKAA-SAMA (dalam bhs Jepun daaa) atau apa saja gelaran yang seorang anak beri..mereka adalah tetap seseorang yang TERLALU ISTIMEWA.. yang mana hanya satu didunia untuk tiap seorang.. irreplaceable.. (ibu tiri tak termasuk ek).

Oh ya, apa yang saya nak kongsi sini ialah tadi saya nak cari resepi kek cokelat, so ternampak buku Teks lama "Sains Rumah Tangga" cetakan 1985. Lama tuhh..yang saya nak cerita sini ialah siapa tahu buat kek cokelat sila email saya ok? hihi ehh maaf ek..lari topik daa,jan mara yaa..sebenarnya,saya nak kongsi tentang kisah disebalik buku Teks tu. Buku Teks tu milik mak saya. Hjh Dayang Armah Hj Ahmad. Dah bertahun-tahun saya belek buku Teks tu, apa yang saya terlepas pandang ialah tarikh buku tu dimiliki dan apa yang tercatat dalam buku Teks tu ialah 2 FEBRUARI 1990. Dua tahun tepat mak telah melahirkan saya. Maknanya saat tu saya berumur 2 tahun tepat pada 2 FEBRUARI 1988 . Adik kedua saya lahir pada 1989. So, saat itu, mak baru memiliki dua orang cahaya mata. (alhamdulillah sekarang empat orang )Eh saya tau la masa mak beli buku tu hari lahir saya, jangan la korang fikir buku teks tu hadiah untuk saya, sebab...saya cuma berumur 2 tahun la waktu tu,tak kan la ... =)

Berbalik tentang buku tu, tetiba saya terfikir. Mak adalah seorang guru di Sek Men Ugama Islamiyah Tawau sebelum saya lahir lagi. Apa yang saya ingat,beliau mengajar subjek Sejarah dan Bahasa Melayu. Bukan Sains Rumahtangga. Jadi, tetiba saja hati saya sayu memikirkannya. Saya rasa,mak miliki buku tu untuk membantu sedikit sebanyak untuk dirinya sendiri sebagai "IBU" baru kepada dua orang anak yang baru berumur 1 dan 2 tahun ini pada saat itu. Maklumla,arwah nenek saya menetap kat Papar nun jauh dari tempat tinggal kami (Tawau), 8 jam perjalanan nya. Jadi, beliau kena berdikari untuk menjaga anaknya. Saya tahu mak seorang yang rajin dan sangat berdikari semasa mak kecil lagi. Sebab, mak adalah kakak sulung dan mempunyai adik seramai 6 orang selepasnya. Mak adalah seorang yang sangat cermat dan bertanggungjawab menjaga adik-adiknya dulu. Mak memiliki buku seperti itu bukan sebab mak tak pandai masak atau mengemas rumah. Bagi saya, mak ingin supaya keluarganya terjaga rapi, teratur walaupun tahap kewangan yang sederhana. Mereka sangat bekerja sungguh-sungguh semi masa depan anak-anaknya terjamin kelak.

Oh ya, mesti korang masih kabur lagi kaitannya dengan buku teks itu kan? ok..kandungan buku teks tu lengkap untuk panduan sebagai seorang suri rumahtangga. Antaranya Seni Rumahtangga (bagaimana menjaga rumahtangga dll), Seni Keibuan (Menjaga ibu yang hamil,menunggu ketibaan bayi dll), Seni masakan dan pemakanan (cthnya kuih tempatan,nasi goreng,merancang hidangan sebagaih ibu hamil,untuk bayi,untuk keluarga,perancangan kerja), dan Seni Jahitan dan membuat pakaian. Saya masih ingat lagi, cara mak buatkan baju raya kami masa kecil sama macam buku teks tu ajar. Cuma tentang masakan tu, tentulah mak saya tak ikut cara buku teks tu sebab mak saya memang dah terrer la. Hihi...

Jadi,....kesimpulannya, hanya seseorang yang bergelar "IBU" sahaja akan sanggup melakukan apa sahaja seperti itu malah lebih dari itu. Hanya untuk anaknya, walau sejahat mana pun anaknya, kasihnya melebihi segalanya. Ingatkah kamu bahawa keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan Ibu Bapa? Ingatkah kamu sebuah hadis yang mana Baginda s.a.w melihatkan betapa tingginya darjat Ibu dari seorang ayah?

Bagi yang masih mempunyai IBU saat ini, hargailah mereka sebelum kamu menyesal saat kamu merasai sendiri kepayahan menjadi seorang IBU. Bagi seorang lelaki, dalamilah perasaan seorang wanita yang bergelar IBU. Bagi yang IBU mereka telah tiada, jangan lupa untuk sering mendoakan mereka. Moga hati kita tidak di hijab untuk merasai kehebatan cinta seorang IBU. =)

I LOVE YOU MOM..YOU ARE A VERY PRECIOUS PERSON FOR ME

Author,
Khairunnisa
5 A.M
16 JUN 08

Kenapa Sepi ?


posted by Khairunnisa on

4 comments



Ya..aku sepi beberapa hari ni, hanya menatap skrin laptop setiap masa. Online, reply mesej kawan, dan chat dengan beberapa kenalan. Everyday.. jarang keluar bandar sebab kawan-kawan cuti singkat sangat dan ada yang da pindah jauh. aku terkenang kembali, bila menatap beberapa profile di laman web. Mereka kelihatan bahagia bersama pasangan masing-masing. Bila aku bandingkan dengan hidup aku, jauh bezanya. Maklumla muda lagi dan belum mengikat mana-mana tali pertunangan atau perkahwinan. =) .


Bahagia sangat kah bercinta sebelum berkahwin? hari-hari berbalas SMS, sakit sikit saja terus mengadu dengan pasangan masing-masing. Saling menunjukkan kehebatan kasih sayang masing-masing. Berjalan shopping sama-sama. Dan hidup aku pula, handphone saja da 2 3 hari ni sunyi sepi macam tuannya, hanya 2 3 kerat SMS tazkirah dari kawan-kawan, kalau tak pun, SMS tentang Program ku yang tak lama lagi di adakan. Kalau sakit pula, takkan nak SMS kawan..pelik pula nanti. So, kalau aku sakit, just diam dan cari la ubat. Shopping pula suka jalan sendirian. Kadang-kadang dengan kawan atau adik. Jauh beza tak? =)
Walau apapun caranya, aku punya sahabat yang saling mengingati, punya adik-beradik untuk bergaduh merebut barangan free Maggie, punya parents yang sentiasa bersyukur melihat kami dapat berkumpul empat beradik cuti kali ini, punya laptop untuk meluah rasa dan melakar pendapat, dan satu yang penting, aku punya Tuhan yang 24jam mendengar kesedihanku,melihat segalanya dalam hatiku,Tuhan yang punya CINTA luarbiasa. Jadi, bila difikirkan, aku sebenarnya tak layak untuk berasa SEPI andai aku sedar semuanya ada disampingku. SEPI ? tak lagi.



SO what your reason to have a boyfriend ?. Sebab bagi aku la,lelaki yang suka bergelar "boyfriend" ,CINTA nya tak sehebat Tuhan ku itu. CINTA mereka cuma sia-sia. Buang masa, kridit, dan duit. CINTA ALLAH bagaimana? galilah sendiri. Itu lebih baik. =) agaknya, kenapa remaja perlukan pasangan istimewa ? FITRAH ? itu alasan yang lapuk. Jadi, sebagai pembaca yang memiliki jawapannya, anda berhak comment soalan ini, tak kisahlah mungkin ada telah berpunya atau sedang bercinta atau mash single atau dah berkahwin atau apa saja status anda. Sila berikan jawapan pada diri ini yang ingin memahami =) Syukran.
*maaf andai pengguna aku tidak sesuai pada pandangan anda...sila komen
Hanya sekadar rasa,
9.52 pm
29 Mei 2008
Tawau,Sabah.

Di manakah cantiknya seorang wanita


posted by Khairunnisa on

No comments



Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadangkala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibir yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis atau yang sekali-kali memberikan kucupan mesra di dahi ibu, ayah, suami dan anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan, sejuta perkataan belum cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan wanita. Kitalah wanita itu, panjatkanlah kesyukuran terhadap Tuhan kerana menjadikan kita wanita dan memberikan keindahan itu. Namun betapapun di jaga, dipelihara, di belai dan di tatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram … mata akan kelam…. Satu saja tidak akan di makan usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman…Manusia yang selalu berubah ialah kaum wanita sebab jiwanya lemah, fikirannya cetek sebab itulah sikapnya selalu mengecewakan. Kecuali wanita beriman.

Aku mencari krim pemutih jiwa di farmasi tetapi ditunjuknya krim pemutih muka; lengkap dengan ceramahnya


posted by Khairunnisa on

No comments


Ubat rawatan rohani jarang terjual dimana-mana. Tidak semudah OXY ubat jerawat , ia tidak terdapat di gedung farmasi atau dimana-mana klinik. Biarpun begitu, ia masih mudah diperolehi dari 6,666 ayat-ayat suci al-Quran. Ia juga terdapat di atas sebatang tubuh mulia junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi al-Quran bergerak. Selagi manusia enggan merawat rohani maka selagi itulah planet bumi ini akan menjadi satu pemukaan yang tidak selamat. Kita mungkin boleh melahirkan generasi yang lebih bersolek , canggih dan langsing hasil kemajuan R & D tetapi kita akan melahirkan haiwan-haiwan ekonomi yang cuma tahu memeras, menekan dan menindas.


"Rawatlah rohani kerana ia membahagiakan kehidupan dunia dan akhirat. "


About

Blog Widget by LinkWithin