Perginya seorang tokoh : Prof. Madya Sidi Ahmad Bin Abdullah


posted by Khairunnisa on

No comments





PERGINYA SEORANG TOKOH : AL – FATIHAH

31 Okt 2009 - Prof. Madya Sidi Ahmad Bin Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada kira – kira 12.52 tengahari tadi. Dilaporkan, beliau menghidapi penyakit hati dan meninggal dunia di kediamannya Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar khususnya buat warga Nilam Pur. Beliau yang juga merupakan mantan timbalan pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan. Merupakan seorang yang amat disegani dan disenangi ramai. Sikap rendah diri & mesra, menjadikan beliau disenangi baik dalam kalangan pelajar, mahupun staf – staf juga pensyarah. Banyak jasa yang telah beliau curahkan sepanjang hayat beliau, khususnya sepanjang berkhidmat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri.

AL-FATIHAH : Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
by : Norhayati Husin (http://diktatormedia.blogspot.com/)

Ulasan qalam khairunnisa: 

Begitulah sedikit sebanyak coretan adik tersayang dari bumi nilampuri. Sengaja saya tidak menyertakan gambar arwah Ust Sidi walaupun ada dalam simpanan, tetapi bagi yang mengenalinya lebih rapat lagi terutama anak-anak Intensif Sabah & Sarawak 06/07, hanya dengan melihat gambar di atas sudah cukup untuk mengembalikan nostalgia lama kita. Segala konflik dan dugaan kita tempuh bersama.

Aras satu, berhadapan dengan tangga merupakan Bilik Kuliah 5 dan Bilik Kuliah 6, ia merupakan bilik kuliah khas bagi pelajar Intensif Sabah & Sarawak 06/07 dan sebelum ini. Di sinilah segalanya bermula juga bermula perkenalan kami dengan arwah dan para pensyarah yang lain seperti Ust Jailani, Ust Hazrul, Ustazah Fatimah, Ustazah Syarifah dan lain-lain. Aduh, rindunya.

Selama setahun kami bersama, folder gambar juga penuh dengan kenangan. Ada yang pahit, ada yang manis. Semuanya di rakam bersama. Secara jujur, saya teramat rindukan mereka. Jauh dari hati, saya teringin hendak lepak bersama mereka, seperti dulu lagi, namun suasana di sini, bukan seperti bumi Nilampuri.

Tentu sahabat-sahabat Intensif Sabah & Sarawak 06/07 masih ingat kenangan bersama arwah ketika pertama kali menjejak kaki ke bumi Nilampuri. Berada di pantai, makan durian, dan siapa yang lupa kata-kata ini "Liqa' liqa' liqa'". Celotehnya dalam kuliah dengan kata-kata perangsang dan nasihat masih terngiang-ngiang di telinga. Kuliahya cukup santai. Dan apa yang pasti, saya dan sahabat-sahabat amat menyenangi arwah.

Khas buat sahabat-sahabat Intensif Sabah & Sarawak 06/07, secara terbuka, sekali lagi, saya meminta maaf andai selama kita bersahabat, saya ada terabai hak-hak kalian sebagai sahabat. Kadangkala, wajah yang kelihatan sombong bukan bermakna kita ini tidak mahu berkawan, wajah yang gembira bukan bermakna kita ini tidak kenal erti gembira. Ekspresi wajah juga tidak adil untuk di sama ertikan dengan benci. Kalian adalah sahabat pertama aku kenal di bumi nilampuri, sudah tentu menjadi bual bicara hingga ke anak cucu insyaAllah. Namun usia persahabatan kita akan tetap kekal hingga akhir hayat. Moga bertemu semula di negeri abadi. 


AL-FATIHAH : Semoga roh Prof. Madya Sidi Ahmad Bin Abdullah dicucuri rahmat.





dari meja Dayasari, Kolej Kediaman Kelima.



Ds. Khairunnisa Ismail
Tahun 1 dalam Sains Politik Islam (Siasah Syariyyah),
Universiti Malaya 08/09
0200, 1 November 2009.

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin