Err wrong number yea mak cik?


posted by Khairunnisa on ,

3 comments


“Shelom... .apa kbr? Pauline.”

“A'laikum, great, thanks, ye Pauline, ada apa saya dpt bantu?”

“eh ni siapa plak, ni dari mana?”

“er bukan ke awak yang sms saya dulu, mana saya tau”

“owh saya minta seribu kemaafan, saya ingatkan ni no kawan saya nak gi tau yang saya dah tukar nombor”

“its ok. Nevermind.”

“boleh tanya ke? awak ni siapa dan dari mana. itu pun klu sudi...”

“boleh saya tau? apa tujuan awak secara sengaja sms no rambang untuk berkenalan?”

“tak pa lah.. thanks”

“masa muda hy sekali, kerana "sekali" tu la susun smula hdup anda. Asal ada kyakinan, hdup anda akn teratur dan tidak waste time gini. ok. bye”

“Ok thanks smuanya tu,saya sebenarnya seorang ibu yang menghantar sms untuk seorang ibu kat tawau sebab dia adalah kawan baik saya. jadi jangan salah faham ya. maaf...”

“owh tak pe. ok. moga makcik dapat bertemu sahabat makcik kat tawau tu yea.”


Haa... saya sendiri pun terkejut perbualan kami di akhir SMS ini. Saya ingatkan lelaki mana yang suka bergurau ingin berkenalan. Alamak, perasan ke saya ni? Bagi saya, lebih baik perasan daripada tak perasan langsung hingga terjebak dalam sesuatu yang tidak sepatutnya.


Saya balas SMS ini pada awalnya kerana saya ingat Pauline mungkin salah seorang customer Nisa Shop blogspot yang ingin membeli t-shirt labuh. Rupanya, WRONG NUMBER.


Wrong number pun kecoh ke?


Tak kan nak siar dalam akhbar pulak lepas nih?


Maaf, saya tahu, kadangkala corak pemikiran kita pantas untuk mengkritik sebelum berfikir, harap anda tidak begitu. Saya cuma ingin mengajak kalian berfikir, perbualan SMS ini sedikit pelik. Kalau betul lah kes ini termasuk dalam kategori “Wrong Number” dari seorang auntie bernama Pauline, apa memangnya seorang “auntie” juga mencari pasangan melalui cara ini? Sudah tidak adakah cara lain kah atau hatinya sangat terdesak dengan jarak masa yang membosankan di rumah tanpa pasangan ?


Pauline ingin memberitahu kawannya melalui SMS bahawa dia telah menukar nombor telefon tetapi malangnya tersalah hantar SMS tersebut ke nombor yang lain. Ia boleh di anggap kesalahan normal. Saya ingin bertanya, andai anda juga mengalami nasib seperti Pauline, adakah anda juga akan atau ingin mengambil kesempatan atas kesalahan “wrong number” anda itu untuk berkenalan? Mana tahu kebetulan terrrhantar ke nombor anak raja. Mungkin... tapi KARUT.


Satu lagi fakta KARUT yang menjengkelkan saya ialah, benarkah Pauline seorang “ibu” seperti apa yang di akui oleh Pauline di atas? Logikkah seseorang yang bergelar “ibu” bersikap seperti remaja yang hanya tahu membuang masa berkenalan rambang melalui cara “wrong number” ini? . Kalau ya pun malu sebab saya tidak ingin berkenalan dengannya, agak-agak la juga nak cari alasan untuk cover malu. Tak kreatif langsung.


Mencari teman melalui kaedah “wrong number” pernah popular di kalangan remaja. Sehingga kini, masih ramai remaja kita yang ketagih seorang TEMAN di kala sepi lantas mencari kaedah yang senang, cepat dan mudah untuk memperolehinya.


Adakah ini hasil kecetekan pemikiran mereka sehingga mampu mencetuskan pantas idea-idea yang menjahanamkan diri?


Saya bukan memperbesar isu, kadangkala, perkara yang kita selalu anggap remeh dan kecil dapat menjadi perkara penting yang perlu di perbaiki agar tidak menjadi isu yang besar.


Bagaimana perkara yang kecil boleh menjadi titik tolak membangkitkan hal yang lebih bahaya?


Hakikat sudah ada di depan mata,”JANGAN HAMPIRI ZINA”, tetapi akal yang tidak dipandu IMAN menutup hati dan kreatif mencipta alasan untuk mengangkat EGO hanya kerna di tegur . Bila di nasihatkan :

> Jangan lalai SMS CINTA VS alah, bukan pegang tangan pun

> Pegang tangan tu HARAM VS alah, pegang je pun, bukan nak buat ape

> Anda di tangkap khalwat dengan seorang lelaki VS tolonglah ustaz...arghhh...


Malangnya, masyarakat yang terbuntang mata melihat kerosakan akhlak remaja itu jugalah yang sentiasa memandang ranting perkara remeh dalam mengawal anak muda kini dari berpegang tangan, berdua-duaan di tempat awam dan sunyi.


Mari bertindak berlandaskan Syara’.


FIKIR & ZIKIR.


“Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir lantas ku temui diri !”

DSKHAIRUNNISAISMAIL

MAHASISWA.A.P.I.UniMalaya

JERAM, PASIRPUTIH, KELANTAN

0500pm, 03062009



3 comments

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin