Matahari terpacak kemas di dada langit. Penat dan lapar. Saya dan Rohayu singgah sebentar untuk rehat sambil lunch di pasar pekan Pasir Puteh. Kami memesan Tom Yam. Lama tak merasanya sejak keluar dari Nilam Puri. Dengan penuh semangat saya menyantapnya, alamak ! … awat tawar macam ayaq ? Ni sup ke tom yam? Harga standart dah RM 3.50, pak cik Mawi kat Nilam Puri tu jual RM2.50 tapi rasanya power la juga..sikit.
MasyaAllah. Saya terfikir, agak-agak la, mak cik yang masak Tom Yam tu pernah rasa tak Tom Yam buatan nya sendiri? Ha..anda bayangkanlah sendiri.
Imbas kembali sirah di zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Seorang budak yang menjual susu di sebuah kampung tak tergamak menurut kata ibu nya agar menambah sedikit air ke dalam susu. Si ibu memikirkan keuntungan dunia tapi si anak memilih untuk mencari keberkatan akhirat. “Memang Umar tak nampak, tapi Tuhan Umar (Allah) nampak” ujar budak tersebut kepada ibu nya.
Kalau di fikirkan, setempayan susu di tambah dengan segelas air, tak banyak terjejas pun rasanya. Tapi seperiuk Tom Yam yang langsung tak ada rasa Tom Yam, apa ke jadahnya ?
Banyak atau sedikit itu lain kisahnya pula. Persoalannya sekarang ialah berat sangat kah untuk kita berlaku jujur hatta dalam masakan?
Untung rugi manusia di dunia di dalam percaturan Allah. Tapi andai rezeki kita dari usaha yang tidak menghalalkan cara, hasilnya cuma perut yang kenyang tapi hati tak tenteram.
Saya menyeru kepada ahli perniagaan di luar sana, tak kisah lah berniaga kecil-kecilan, syarikat besar, hatta menjual gula-gula sekalipun, berlaku jujurlah. Rezeki Allah dah siapkan, Duit pula di cetak setiap hari, tapi keberkatan hanya ada pada kejujuran.
“Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir lantas ku temui diri !”
DSKHAIRUNNISAISMAIL
MAHASISWA.A.P.I.UniMalaya
JERAM, PASIRPUTIH, KELANTAN
0500pm, 03062009