Buku !!!!!


posted by Khairunnisa

2 comments


Sedang asyik berjalan-jalan dengan Husbah di bandar, kami singgah di Pasar Tawau. Husbah ingin mencari buku ESQ karya seorang pakar motivasi dari Indonesia atas saranan Pak cik nya. Kalau tak silap, nama penulisnya Ary.....(tak ingat huhu) Akhirnya, kami tiba di Sebuah toko buku kecil di dalam Pasar Gantung Tawau ( yang terkenal di Tawau kerana terdapat banyak kedai mutiara di situ ). Toko Kimanis namanya.

Bagaikan cinta pandang pertama, buku pertama yang ditangkap oleh lensa mata ini ialah buku Sejarah Pemikiran edisi I - Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan Orde Baru Dunia oleh Sulaiman Noordin. MasyaAllah, tak sabar untuk membedah isinya bersama sahabat-sahabat yang lain. Isi kandungannya hebat. Penulis berjaya merungkai satu persatu Ideologi Barat antaranya Illuminati, Zionis, peta Zionis, perancangan Yahudi, kisah sejarah di sebalik bagaimana Injil karya Zionis berjaya mendapat tempat di hati kerajaan pada zaman lampau sehingga bagaimana Injil asli dan pengamal Injil yang sebenarnya pupus, dan seterusnya corak revolusi ilmu tercipta di tangan Yahudi.






Buku karya Kang Jalal ini juga tidak kurang hebatnya. Merintis corak pemikiran terbuka dan berani. Dengan hanya membaca muqaddimah penulis ini saja sudah amat menarik dan membuka hati saya untuk menghabiskannya. Sayangnya buku ini bukan untuk di jual. Saya meminjamnya dari Pak Cik, pemilik kedai Toko Kimanis ini. InsyaAllah saya akan kongsikan kandungannya akan datang. ( Wajah beliau mirip wajah abah saya..ish3 ). Saya amat tertarik kupasan beliau mengenai "Feminisme", "Dakwah di dalam Iklan", "Let it go Lady D (Diana)" dan lain-lain.






Antara buku di atas yang mampu saya beli setakat ini ialah Buku Sejarah Pemikiran RM 62.50 dan buku Siyasah Syar'iyah terjemahan karya Ibnu Taimiyyah RM22.50 ( Mas, untuk mas akak da belikan jugak hehe). Saya ingin membeli buku tentang "Membonsai Islam" & "Kerasukan JIL ( Jalan Islam Liberal )". Tapi, lain kali saja lah. Apapun, koleksi buku dalam kedai ini sangat menakjubkan. Kebanyakan karyanya di karang oleh orang Indonesia. Sungguh bagus sekali. Koleksi buku Toko ini tidak ada di temui di kedai buku lain di Tawau. Sayang sekali, tempatnya tersorok dari pandangan umum. Apa yang penting, hati saya amat gembira tak terkata dapat menemui Toko ini. Sebagai bookholic, pantang singgah di kedai buku, sekurang-kurangnya satu buku pasti di beli ( bercadang ingin membina mini library di rumah sendiri akan datang, insyaAllah ;) ).







QK: sedang pening kepala dengan pengurusan UM. 28 Jun kena reg. wuuu... masalah tul.




" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "

DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: TAWAU,SABAH
0444pm, 24062009
http://qalamhazin.blogspot.com

2 comments

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin