Asha, seorang Muslimah yang berasal dari tanah Africa. Saya bertemu dengannya beberapa tahun yang lalu. Masa tu, saya tengah cari seat dalam flight Air Asia KB-LCCT. Kerana rasa ingin berkenalan dengan insan yang bukan berbangsa "MELAYU", saya pun memberanikan diri untuk mengambil seat di sebelah Asha. Walaupun hakikatnya, saya kurang pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, namun, berbekalkan ilmu yang sedikit dalam English Communication, saya gagahkan diri untuk mencuba.
Well...."PRACTISE MAKE PERFECT" right ? hu hu
Di awal perbualan, saya bersikap telus dengan Asha. Saya katakan yang bahasa Inggeris saya "worst". Asha hanya tersenyum dan mengatakan tak apa, yang penting kita mencuba. Perbualan kami boleh dikatakan sedikit rancak, walaupun saya kekok berbual dan mencari-cari perkataan Inggeris yang ingin di sampaikan. Kadang-kadang, saya tahu tapi tiba-tiba "terlupa". Mungkin sebab saya tidak pernah praktikkannya dalam perbualan seharian. Penulisan dan perbualan tak sama, rupanya.
Asha bercerita ringkas tentang hidupnya. Dia mempunyai ramai adik-beradik. Ibunya salah seorang doktor kat Hospital Kota Bharu. Asha menyambung pelajarannya di salah sebuah universiti di London. Tapi, saya lupa universiti apa, yang penting course bahagian Medic. Rasanya sekarang tengah praktikal dah kot. Anyway, dia sahabat yang tak pernah lupa untuk send email dengan saya. Rasa dihargai, alhamdulillah.
Saya ada bertanya, bagaimana kawan-kawannya yang non-muslim melayannya di sana. Asha mengatakan, OK jea (tapi dalam bahasa Inggeris la ek). Penampilannya sederhana.Cuma tak mengenakan hijab. Sebelum ke penerbangan yang seterusnya, kami stay di Mc Donald LCCT, makan bersama kawan lelaki nya yang berbangsa Cina, schoolmate masa kat London dulu kot. Sebelum berpisah, kami bertukar email dengan harapan moga ukhwah tak terputus begitu saja. Pada post yang seterusnya, saya akan upload email ringkas dari Asha tentang Quran (sebab komputer kat cyber cafe ni tak upgrade WORD 2007...bengang sikit sebab dah save new post dalam WORD 2007) . ;)
dskhairunnisaismail
PASIRPUTEH, KELANTAN
1100am - 200509
posted by Khairunnisa on Diari
bagus2
permulaan yg baik =D
~nEmo~
dalam flight ker mana tuh??
salam..
pembelajaran bahasa melalui praktik
tingkatkan usaha
insyaAllah berjaya
salam.
pandai cr kwn ek. Kalau dpt ajak die lebih dekat dgn Islam, pakai tudung lagi elok. yg penting, keikhlasan itu penting. Anyway, all the best.
to abid abdi : tu dlm flght kb ke kl jea huhu
..
syukran semua.. insyaAllah munsyi sama..kami masih bhubung bu email ;)