Saya tergelak sedikit bila membaca tajuk posting Saudara Hilal dalam blog nya [www.langitillahi.blogspot.com] beberapa hari yang lalu. Sebagai kaum yang di pilih menyandang gelaran "BIDADARI" (maksud saya, BIDADARI sudah pasti dari kaum hawa) saya rasa tercabar dengan ayat tersebut. "Kamu bukan bidadari saya" ?.
Mengikut pengalaman dan kajian saya setakat ini, ya saya akui, wanita cukup cepat jatuh cinta. Tak kisah lah wanita jenis apa, samada yang kaya, yang miskin, yang lawa, yang kurang lawa, yang berkedudukan tinggi, yang hamba, yang kafir atau yang beragama Islam. Mereka semua ingin di cintai oleh seseorang yang bergelar lelaki. Kalau anda tak setuju, itu terpulang pada anda.
Syurga. Tempat bermulanya episod CINTA. Cinta Tuhan pada hambaNya, Adam. Sunyi rasa hatinya, Allah ciptakan Hawa untuk menemani baginda di Syurga. Asal Hawa di ciptakan itu juga untuk menemani Adam. Buktinya, Allah tidak ciptakan Hawa dahulu sebagai makhluk pertama bernama Manusia.
“Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka jadilah ia.” Ali Imraan:59
“Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa)....” Az-Zumar : 6
Asal kaum Hawa dicipta adalah untuk menjadi pendamping Kaum Adam. Sudah tentu perasaan mencintai golongan Wanita lebih kuat dari golongan Lelaki. Jadi, kes yang berlaku seperti wanita terburu-buru melafaz cinta itu tidak pelik bagi saya. Telus saya katakan, andai diri seorang MUSLIMAH tidak di pagari rasa IMAN dan MALU, dan tidak cuba menepis ajakan Syaitan untuk menuruti nafsu, hancurlah hati yang selama ini terjaga rapi. Berjaga-jagalah.
Saya ingin bertanya pada semua golongan wanita, wanita mana yang tidak ingin di cintai? Wanita mana yang tidak ingin ada pendamping seorang lelaki bernama suami? . Sedangkan wanita yang tomboi juga mencari pasangan walaupun dengan cara yang haram. Begitu juga golongan gay juga pasti ada pasangan walaupun sejenis dan haram. Perasaan yang fitrah sebegini persoalannya luas, tidak perlu memeningkan kepala tetapi cukup mengusutkan jiwa.
Wahai Muslimah, saya tampil menasihati kerana saya juga Muslimah. Kita punya perasaan yang sama. Saya faham perasaan mereka yang berani tampil untuk melafazkan cinta secara direct kepada kaum Muslimin. Muslimin pening dengan persoalan “kenapa ada Muslimat yang sebegini?” dan saya runsing dengan persoalan “apa yang kamu lakukan untuk thabat dalam sabar?”. Persoalan hati memang berat. Saya juga hamba yang di uji bukan menguji.
Saudara Hilal membongkar kisah bagaimana ada bebarapa Muslimat yang telah meluahkan cinta padanya. Sebagai Muslimat, saya malu tapi saya tak salahkan perasaan mereka. Pada sem yang lalu, seorang Muslimin yang saya kenal, yang sedang menuntut di salah satu Universiti di Jordon, pernah meluahkan rasa pada saya. Saya bertanya padanya, apa hadaf utama dia untuk berkahwin, kenapa pilih saya, dan lain-lain. Dia katakan asbab yang utama kerana faktor umur. Tapi setahu saya, umurnya baru dalam lingkungan 23 tahun. Tidak terlalu lambat untuk mencari yang lain. Saya sempat katakan padanya, tak kan 3 tahun menuntut kat Jordon tak ada yang berkenan di hati. Saya tak tahu lah apa masalah dia. Tapi yang penting, tiap jawapan pada persoalan yang saya ajukan tidak memuaskan hati saya.
Berdasarkan kisah saya, perlukah saya beritahunya “Kamu bukan Mujahid saya” ? . Saya rasa tidak perlu. Saya bukan seorang yang cepat membuat keputusan yang terburu-buru. Saya tolak dia sebab saya tak bersedia lagi dan beberapa faktor yang lain. Ada banyak perkara yang saya belum selesaikan di sini. Saya tak nak menjadi seorang suri yang tidak lengkap dari segi persiapan rohani, ilmu. Saya seorang Muslimah dan perlu di ingat, saya juga seorang daieyah. Saya perlukan seseorang yang mampu menggerakkan dakwah. Persoalan seperti ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan. Saya serahkan semua pada Allah. Soalnya siapa ? DIA lebih tahu apa yang saya perlukan, DIA yang lebih tahu apa yang terbaik buat diri saya.
2:216 “ Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.”
Wahai Muslimah. Pelajarilah kisah bagaimana Serikandi Islam yang dahulu menjaga diri sehingga melahirkan insan-insan yang hebat di sisi Allah. Lihat bagaimana akhlak ibunda Rasulullah, ibunda Imam Syafie, ibunda Syeikh Abdul Qadir Jailani. Mereka merupakan para ibu yang telah mendidik anak mereka sebelum anak itu di kandungkan lagi. Maknanya, mereka telah siap mendidik diri terlebih dahulu sebelum bernikah lagi. Kita lihat wanita moden sekarang, langsung tidak risau tentang ilmu agama dan impian untuk menjadi seorang ibu yang mukminah. Bagi mereka, buku panduan kan banyak. Nak kahwin ada buku panduan, nak mandikan bayi tengok buku panduan, hatta nak pilih makanan untuk bayi pun perlu rujuk buku panduan. Dunia yang sakit. Al-Quran itu syumul. Tapi sayang tiada yang ambil kisah.
Wahai Muslimah. Hiasi akhlakmu dengan akhlak Al-Quran. Basahi bibirmu dengan zikir. InsyaAllah, CINTA yang ingin sangat dilafazkan itu syara’. Jangan cemari hijab kita dengan ketiadaan rasa MALU. Sabar, sabar, sabar . Kita semua sudah berpunya. Cuma kita tak tahu dengan siapa. ALLAH belum buka hijab antara kita dan si dia. Jadi, bersabarlah. Cari kunci jalan menuju cinta Ilahi itu. Kiranya hari ini kita lihat orang yang kita dambakan itu hebat sangat di mata kita, kita tertanya-tanya dihati, mungkinkah dia milik kita akan datang? Tepis lah perasaan itu. Pujuk hati, andai dia milikku, Allah pasti temukan dengan cara yang di redhaiNya. Andai dia bukan milikku, moga Allah tutup perasaan ku padanya. Pastikan hati tidak rosak dengan momokan-momokan angau cinta yang mabuk semata-mata. Berhati-hati MUSLIMAH.
Seorang MUJAHIDAH yang sering berMujahadah tidak akan disibukkan dengan hal yang rumit sebegini. Ini kerana, mereka tahu dan yakin janji Allah dalam Al-Quran ,
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” An-Nuur : 26
Jadi, tinggal lagi kita bertanya pada diri, jalan mana yang harus di harungi. Jalan syurga yang penuh onak duri atau jalan neraka yang penuh kesenangan bagai indahnya mimpi. Mantapkan solat malam mu, insyaAllah tidak ada yang perlu di risaukan. Terlepas seorang mujahid dambaan hatimu, bukan bermakna tidak ada lagi para mujahid dakwah yang lain. Tinggal hati terus bermujahadah, tinggal tangan terus berdoa, tinggal diri terus berusaha.
[ Buat para mujahid dakwah ]
Tahukah kau,
Mujahadah ku sebelum cahaya..
Ingin ku menyuci jiwa..
berserah..berharap..
moga di buka kan hijab
mencari jawapan sebuah istikharah..
Tahukah kau,
Tahajjud ku sebelum fajar..
hati ku bergetar ..
hanya kerna sebuah cinta yang terpagar..
Rupanya,
DIA lebih mengetahui,
yang hati ku perlukan bukan sesuatu
yang hanya di impi,
tetapi..
sesuatu yang lebih dari maksud sebuah mimpi..
Ingat, aku hanya hamba,seorang mukminah dan seorang daieyah.
karya asal: khairunnisa .
DSKHAIRUNNISAISMAIL
API UNIMALAYA
10.00 pm
19 FEB 2009
posted by Khairunnisa
assalamu'alaykum....
sungguh sebuah ulasan yang sangat menggetarkan jiwa. Terima kasih ukhti, tulisan anti telah mengingatkan saya akan kekhilafan saya yang terlalu sibuk dengan perasaan di hati dan melupakan akan janji Allah sebagaimana dalam firmannya dalam surah An-Nuur ayat 26 tersebut.
sekali lagi terima kasih ukhti....semoga Allah merdidhoimu atas ikhitar dakwah yang ukhti lantunkan dalam blog ini.
Jazakillah khairan katsiiraan...
^_^
mantop entry nie! :D
syuktan amar dan ukht teeny ;) doakan ana ya moga dakwah terus subur dmana saja kita b'ada
Assalamualaikum
Salam Persahabatan dari Abu Luqman
Assalamualaikum
Salam Persahabatan dari Abu Luqman
salam kenal.. and salam ziarah.. really nice blog.. love it.. anyway, bile2 ade mase, singgahla ke teratak Ungu Violet yer.. :)
Best..I agree with ur explanation..stay strong in defending ur principle
waaa.. cayalah kak.. haha.. stuju2! salam ziarah
assalamualaikum..menarik sgt..btul..sblm kite bertemu lelaki yg soleh kite mestilah mensoleh kn diri kite dulu.jgn takot jika jodoh kite agk lmbt
terbaik... terima kasih atas perkonsian..pendamlah perasaan kita sebagaimana saidatina fatima memendam perasaannya pada saidina ali sehingga dia menolak lamaran abu bakar, umar dan uthman... jodoh itu dah ditetapkan cuma masa dan ketika dipertemukan kita tak tau..:-)
salam.mohon share di fb saya.artikel ini sangat menarik dan terkesan..moga saudari beroleh rahmat dan ilmu yg meluas dari-Nya..salam ukhuwah.. ;) = pejalan kaki =