Adam oh Adam


posted by Khairunnisa on

2 comments

4 Julai 08, Besut, Terengganu.

penat main la ni



Hari tu saya stay kejap kat rumah mak cik before balik hostel AMK, APIUM. Rindu kat lil kazen, Adam. Apa yang nak saya kongsi kat sini ialah tentang tingkah laku kanak-kanak kecil yang meniru kelakuan dewasa. Tak kiralah sama ada yang baik atau yang buruk. Kanak-kanak sekitar umur 5 tahun ke bawah belum tahu menilainya. Apa yang saya inginkatakan disini ialah atas apa yang saya lihat sendiri tentang kelakuan adik sepupu saya. Saya pelik bila pertama kali melihat sebelum dia menaiki basikal 4 roda nya itu Dia ambil kunci rumah dan cuba untuk masukkan kedalam "tempat kunci" basikalnya. Kemudian dia hentak beberapa kali tayar belakang dan tertunduk-tunduk sambil pegang rantai basikal. Kemudian dia amik bedak badan baby (yang mempunyai bentuk segi empat seperti tong minyak) dan cuba "mengisi" tangki basikal kononnya yang walhal basikal tu mana ada tempat isi minyak. Lantas saya pun terfikir dan ketawa. Rupanya dia meniru kelakuan orang dewasa di sekitarnya yang menaiki motorsikal. Amat teliti jika kita lihat dari masukkan kunci, kemudian cek "keadaan enjin" hingga lah nak "isi minyak" sekalipun.


tengah masukkan "kunci"



Cuba kita fikirkan sejenak, apa agaknya kanak-kanak akan fikir bila melihat sesuatu yang lebih buruk dari itu? seperti merokok, hisap dadah, buli, dan sesuatu yang lebih teruk dari semua itu.. dengan dunia yang penuh dengan 1001 macam perkara yang memusnahkan diri. Sebab tu, didikan agama amat penting. Kadang-kadang kesedaran datang setelah kita berbuat salah. Namun begitu, timbang-timbangkan lah sebaiknya, sedalam-dalamnya tindakan yang ingin kita lakukan sebelum menyesal seumur hidup dan sukar untuk berpatah balik ke pangal jalan. Bila Allah dah tunjukkan sesuatu yang mengekang kita dari terus melakukan kelalaian kita dalam hidup, cepat-cepat lah bangkit dan sedar. Kita selalu dengar orang kata atau penceramah agama kata "jangan lupa bermuhasabah sebelum tidur". Kita dengar pesanan itu seperti senang nak dilakukan tetapi setiap malam kita lupa untuk melakukannya.


Berbalik tentang kelakuan kanak-kanak meniru kelakuan oran dewasa. Betapa pentingnya melihat dan meniliti anak-anak yang dalam proses pembesaran. Apatah lagi anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sibuk melayan kerja di pejabat dan meningalkan anak di bawah jagaan orang asing. Tidakkah mereka terfikir akan risiko nya? Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Tentu ada cara lain untuk mendidik anak sementara ibu bapa kerja diluar. Bagi saya, saya amat tidak setuju untuk meninggalkan anak dibawah jagaan orang lain. Anak-anak ibarat kain putih. Lukislah dengan warna-warna Islam dalam diri mereka. Tarbiyah yang terbaik adalah dari kecil semenjak dalam perut ibu lagi. Kita renung saja kisah kedua ibu bapa Syed Abdul Kadir Jailani, bagaimana kehidupan mereka sebelum beliau lahir kedunia. Subhanallah. Amat menakjubkan. Sebab itu kita digalakkan bersahabat dengan orang-orang yang Soleh, yang Mukmin, yang baik tingkah lakunya. Rasulullah ada mengingatkan kita agar memilih Sahabat Terbaik




"Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda " Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu besahabat." Rwayat Al-Tirmizi dan Al-Hakim


dan siapa kah Sahabat Terbaik?
Nabi s.a.w bersabda " Sahabat yang terbaik disisi Alah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya" (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)
jadi, didiklah anak itu dari kecil lagi supaya bila besar nanti mereka pandai memilih sahabat yang baik supaya tidak jatuh ke perangkap Syaitan.



Khairunnisa
4:40 pm
8 July 08
Akademi Pengajian Islam
Nilam Puri, Kelantan

2 comments

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin