Program HIKMAH 08 di Sandakan, Sabah


posted by Khairunnisa on

5 comments

Wahh..maaf la semua. Entry ni sepatutnya dah lama saya post. Cuma folder tak ingat kat mana saya letak. Hehe apapun entry ni khas buat adik-adik SMK Agama Sandakan sessi 08 ni, semoga berjaya menghadapi SPM tahun ni. Terima kasih kerna masih hubungi kak dayang kat APIUM Nilampuri nih ya...

4 Jun 08


SMK AGAMA SANDAKAN, SABAH

Hari yang sangat memenatkan. Masa tu kami sekeluarga on the way balik Tawau. Beberapa hari lalu kami balik bercuti di kampung saya (Kg Benoni Papar) sebab ada keluarga yang kawin. Kami terpaksa pulang hari ni sebab saya ada program di Sandakan. Jadi, nak dijadikan ceritanya, saya akan stay selama beberapa hari di Sandakan. Family pula balik terus ke Tawau la sebab mak dan abah kerja esok hari. Saya ajak adik saya ikut sekali program tu sebagai Fasilitator. Biar dia banyak pengalaman dalam mengurus program. Kami sampai di SMK Agama Sandakan dalam jam4 pm tak silap. Tapi kawan-kawan yang bertolak dari Tawau sampai ke sekolah jam6 pm. Lama jugakla saya menunggu yang lain sampai. Jadi saya rehat dalam aspuri. Penat sangat perjalanan dari Papar ke Sandakan. 7 jam la katakan.



Fasilitator Siswi


5 - 6 Jun 08


adik-adik tengah siap untuk mendaftar

Program HIKMAH 08 anjuran Badan Kebajikan Anak Sabah dan kerjasama MPP Akademi Pengajian Islam Unuversiti Malaya, Nilampuri, Kelantan..... bermula. Pelajar yang datang tak seramai yang pihak sekolah inform dulu. Walaubagaimanapun, kami tetap bersyukur. Apa yang penting niat untuk menyampaikan ilmu tu Lillah yang utama. Di awal pendaftaran, memang kelam kabut sikit, tapi alhamdulillah semua fasilitator dan adik-adik beri kerjasama yang baik. Sepanjang program memang menyeronokkan apatah lagi program ni merupakan program pertama kali bagi adik-adik program ini. Dan mereka banyak kali menyatakan betapa seronoknya dapat ikuti program seperti ini. Saya yang mendengarnya pun amat bersemangat sekali.


saya tengah mengurus untuk slot srikandi


khusyuk menerangkan..hehe



sedap jugak masakan orang sandakan nih..



7 Jun 08

Program HIKMAH 08 berakhir.


program Muhasabah berakhir

Acara Penutupan program dirasmikan oleh Guru Besar SMK Agama Sandakan pada jam2.30 pm. Kemudian sessi bergambar kenangan bersama adik-adik program. Macam-macam ragam saya lihat. Ada yang sedih tak terkata. Adik-adik ahli kumpulan meminta nombor telefon. Alhamdulillah sehingga sekarang masih lagi mereka menghubungi saya.


ni adik-adik kumpulan saya


Apa yang saya harapkan, apa yang mereka dapat selama beberapa hari mengikuti program tersebut adalah tidak sia-sia. Kami hanya mampu memberi, terpulang pada mereka samada nak ambil atau tidak. Saya teringat sebuah hadis tentang ganjaran menyampaikan ilmu..

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya) ; "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli langit dan bumi ; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia" - Riwayat at-Tirmizi


Memang seronok mengikuti program seumpama ini, namun sebenarnya tugas untuk mentarbiyah orang bukan satu keseronokan tapi amanah yang sangat berat.

"Daripada Abu Said al-Khudri r.a, Nabi s.a.w bersabda (maksdunya) : Sesungguhnya dunia adalah manis dan indah. Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah di dunia. Lalu, Allah melihat bagaimana kamu beramal." - Riwayat Muslim


Semoga Allah meneguhkan iman kita yang sentiasa bertambah dan berkurang. Memohon keteguhan iman adalah antara doa yang paling banyak dipanjatkan oleh Nabi s.a.w dalam munajat-munajat baginda. Amatlah rugi jika permulaan hidup berada dalam keadaan taqwa tapi ketetapan akhirnya mati dalam su'ul khatimah.

"ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-MU" .

Khairunnisa,
APIUM, Nilampuri, Kelantan
12 Julai 2008
12.00 pm
http://qalamhazin.blogspot.com

5 comments

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin