Menghidupkan Malam


posted by Khairunnisa on

No comments




Sabda Rasulullah s.a.w bmaksud : "

" Kamu semua hendaklah mendirikan qiamullail kerana ia merupakan jalan orang-orang soleh sebelum kamu, ia men dekatkan kamu dengan Tuhan kamu, pembersih dari noda, menghalang dari dosa dan membuang penyakit dari badan" - Tirmizi n Ahmad ( Sahih oleh al-Albani)

Umar bin Dzar sentiasa mberi peringatan tentang masa-masa n malam-malam tersebut, katanya :

" berusahalah untuk diri kamu sendiri mudah-mudahan Allah akan merahmati kamu dalam kegelapan malam ini. Sesungguhnya orang yang bersiap sedia ialah orang yang bersedia untuk mendapat kebaikan malam n siang. Manakala orang yang rugi pula ialah orang yang diharamkan dari mendapat kebaikan pada kedua-duanya. Sesungguhnya malam n siang itu dijadikan leh orang-orang mu'min sebagai jalan untuk melakkan ketaatan kepada ALLAH.

Tetapi ia menjadi sesuatu kesukaran bagi segolongan yang lain kerana LALAI. Mereka itu hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Justeru, hidupkanlah malam dengan mengingati ALLAH kerana jiwa-jiwa itu menjadi hidup dengan berzikir kepada ALLAH.

Berapa ramai orang yang tidur pada malam hari, dia akan menyesal kerana tidurnya yang panjang tatkala dia melihat kemuliaan-kemuliaan yang ALLAH kurniakan kepada hamba-hamba yang menyembahNYA kelak. Oleh itu, berusaha keraslah mempergunakan sebaik mungkin umur yang panjang hanya beberapa waktu dari malam atau siang. mudah-mudahan ALLAH merahmati kamu semua." dan katanya lagi apabila melihat kedatangan malam "telah datang malam sedang malam itu menakutkan. Namun (azab) ALLAH lebih berhak ditakuti"

Kata Abu Darda' r.a : " Hendaklah kamu mengerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam bagi menerangi kegelapan kubur"

Kata Ahmad b Hanbal r.h terhadap mereka yang tidur lena n kelalaian orang-orang cuai :

"aku berasa hairan terhadap orang-orang yang tahu bahawa

syurga itu dihiasi dengan indah diatasnya dan

neraka pula dinyalakan api dibawahnya, mana mungkin

mereka sanggup tidur antara kedua-duanya (siang n malam)"

Menurut Ummu Sulaim r.a, Nabi s.a.w telah berkata kepadanya : " Wahai anakku !! Jangan kamu banyak tidur pada waktu malam kerana tidur yang banyak pada waktu malam menyebabkan seseorang itu menjadi fakir pada hari Kiamat... Wahai anakku !! Sesiapa yang menginginkan ALLAH pasti dia tidak tidur pada waktu malam kerana sesiapa yang tidur pada malam hari pasti dia menyesal disiang hari"

~qalam_hazin~

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin