Baru ku sedari (=´、`=)ゞ


posted by Khairunnisa

No comments


Seorang sahabat datang kepada saya, bertanya andai saya punya ubat mujarab atau sihir yang mampu mengubah kisah hidupnya menjadi lebih baik.

Saya termenung.

Saya juga pernah berada di dalam kondisi itu, seperti dirinya.

Saya katakan padanya, Allah tidak pernah membiarkan hamba kesayangannya berjalan dilorong yang salah.

Saya katakan padanya, sebelum kita rasa kita berada ditempat yang salah untuk hidup, kita punya impian dan cita-cita yang besar. Saat itu, saya tahu Allah sedang menguji kita. Allah uji kita samaada kita serius atau tidak ketika melafaz "saya ingin menjadi itu...saya ingin menjadi ini". Seriuskah kita untuk mencapai impian itu. Ketika saya merasakan saya bukan sepatutnya berada didalam kondisi ini, saat itulah saya mula kenal potensi dan diri saya sepatutnya dimana. Saya pun mula bangkit, meneruskan, memperbetulkan apa yang sepatutnya saya perlu dan mampu.

Jauh dalam hati saya, nasihat yang saya sedang berikan padanya menjadikan seolah-olah saya berdiri dihadapan cermin sambil menasihati diri saya sendiri, sambil merenung mata saya sendiri.

Saya tersengih. Saya tersenyum.

Jawapan yang saya sedang cari melalui nasihat sahabat-sahabat saya rupanya ada didalam kata-kata yang terungkap dibibir sendiri.

Oh! Itu maknanya? Saya mula sedar siapa diri saya? haha alhamdulillah.



Jiwa milik ummat,
Ds Khairunnisa Ismail
16 Februari 2012

Saya tahu saya bisa ( ^ㅅ^)


posted by Khairunnisa on

No comments


Malam ini kita semai impian setinggi Gunung Fuji,
cuba tidur dengan senyuman yang berbaki,
kerna esok pagi perlu berdepan dengan realtiti, siap sedia! 
masa untuk realisasi mimpi!

Ds Khairunnisa Ismail 5:25am | 16 Feb 2012

Ku sedari kamu


posted by Khairunnisa on ,

No comments

amazon.co.jp's photo

Kala insan hebat tidak memandang dirimu, 
Kan ku tampil menghargai kewujudanmu,
Seminit atau sesaat,
Dari jauh ku melihat,
Walau sekadar menjadi bayang! 
Kau tak pernah sepi dari doa-doa.

"Sesungguhnya AKU (ALLAH) tidak pandang kepada apa yang dibicarakan oleh seorang yang Bijaksana, tetapi apa yang AKU pandang ialah niatnya dan cita-citanya yang ada kaitan dengan hal-hal yang dicintai Allah dan diredhaiNya. Aku akan menjadikan kebijaksanaannya itu pujian kepada Allah dan keteguhan hati kepadaNya, walaupun ia tidak berkata apa-apa"
-Riwayat Najjar

Ds Khairunnisa
19 Dis 2011
Rumah Balqis, Kuala Lumpur

Segelas C.I.N.T.A


posted by Khairunnisa on

No comments


*Cintaku cuma segelas, 
seandainya dibahagi dua, 
ia tetap segelas

Sekali Tuhan campak rasa,
renung dan bersyukur.

Sekali Tuhan tarik bahagia,
tenung dan muhasabah.

Jangan dirisau tentang,
hatiku bukan se-FRAGILE kaca.

Harapan bukan satu,
bila doa-doa dituntut hamba.

Kutahu,
Tuhanku,
tetap ada.




Nukilan,
Ds Khairunnisa
12 Oktober 2011
Rumah Borneo, Pantai Dalam,
Kuala Lumpur.

(*) 3 baris dari petikan karya Anbakri

Sedikit cahaya


posted by Khairunnisa on

No comments

Gambar jelas, cuma,
ia perlu sedikit cahaya.

seperti menjernihkan,
apa yang berlegar didalam fikiran
dan bermain didalam hati.

Hmmm~

M.A.N.U.S.I.A
{ An-nur: 35 }


Ds Khairunnisa Ismail
2011, Julai 5
Tawau, Sabah.

About

Blog Widget by LinkWithin