Segelas C.I.N.T.A


posted by Khairunnisa on

No comments


*Cintaku cuma segelas, 
seandainya dibahagi dua, 
ia tetap segelas

Sekali Tuhan campak rasa,
renung dan bersyukur.

Sekali Tuhan tarik bahagia,
tenung dan muhasabah.

Jangan dirisau tentang,
hatiku bukan se-FRAGILE kaca.

Harapan bukan satu,
bila doa-doa dituntut hamba.

Kutahu,
Tuhanku,
tetap ada.




Nukilan,
Ds Khairunnisa
12 Oktober 2011
Rumah Borneo, Pantai Dalam,
Kuala Lumpur.

(*) 3 baris dari petikan karya Anbakri

Sedikit cahaya


posted by Khairunnisa on

No comments

Gambar jelas, cuma,
ia perlu sedikit cahaya.

seperti menjernihkan,
apa yang berlegar didalam fikiran
dan bermain didalam hati.

Hmmm~

M.A.N.U.S.I.A
{ An-nur: 35 }


Ds Khairunnisa Ismail
2011, Julai 5
Tawau, Sabah.

Isyarat yang hilang ~


posted by Khairunnisa on

No comments


Darah orang muda,
punya jiwa-jiwa 
yang panas dan degil.

Ada yang mencabar, 
siapa ingin menjadi Khadijah?

Ada yang tertunduk, 
"biarlah aku seperti Aisyah"

Jangan saja menjadi monyet,
kesombongan yang merugi.
Biar jadi merpati putih,
aktif tapi penuh hati-hati.

Kedepan atau menanti,
semuanya bergantung pada DIA,
moga kita tidak lupa,
pada syarat-syarat.

Barulah isyarat itu,
tidak hilang frekuensi.



Ds Khairunnisa Ismail
2011, Mei 24
Perumahan Pantai Permai, Kerinchi.

Belum berhenti berfikir


posted by Khairunnisa on ,

3 comments



Bila mula berdiam diri,
merenung kanvas sehiba hati,
bermakna aku terlupakannya,
sesaat.

Bila mula bermadah gembira,
pada kenangan memulakan ziarah,
bermakna aku teringatkannya,
sehasta.

Difikir-fikir ; resah.
Buat tak endah ; lupa.

Lirik mata menghantar pesan;
Malam-malamku, diam-diamku, ... berdoa.




Ds Khairunnisa Ismail,
4 April 2011, 10.00pm,
Dewan Sastera, Universiti Malaya

_____________________________________________________________


Bak kata Buya Hamka;

Hanya DUA tempat bertanya, 
Pertama Tuhan, 
Kedua Hati,
Dari mulai hidup sampaipun mati, 
Timbangan insan tidaklah sama.



Sebaris doa yang terlupa


posted by Khairunnisa on ,

1 comment



Aduh,
ada doa-doa yang terlupa bicara,
atau mungkin,
aku alpa?

Nyaris mencemuh zaman yang meluputkan segala

Mujur,
dipersimpangan hayat sebaris doa,
2 jiwa itu ditemukan.

Sempat?
Ya, mujur sempat.

Ku kira, 
itu saki baki keseriusan doa-doa yang lalu.

Cuma, ia bayangan atau cebisan?

Biasanya...
makbulnya tidak total.

Sangkanya... 
harapan itu perlu sekali cuma.

Salah!
bukan, kamu silap!

Makanya...
DOA itu harus jadi zikir!

Kunci ; Istiqamah

Begitu kan? kan?


Nukilan: Ds Khairunnisa Ismail
Teratak R Borneo
2011/03/08

About

Blog Widget by LinkWithin