My dark ages?


posted by Khairunnisa on ,

1 comment


" If 2010 was my "Dark Ages" ,

so I hope 2011 will be my Renaissance" 
 - Quote by @ds_khairunnisa

Sejarah memalukan hanya kerana bola


posted by Khairunnisa on ,

5 comments


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dari manusia-manusia yang sangatlah.... sanggup.. hemm.. Malas nak tulis panjang lebar... nanti hal kecik jadi besar. So.. jom main point-point ok?

1. Dulu, tak femes pun Twitter ni (dalam hidup aku). Baru setahun yang lepas aktif. Kenapa? sebab ramai cewek-cewek dan cowok-cowok yang dikenali dan mengenali tak main tweet.. senang sikit nak... shh~ (pecah rahsia)

2. Biasanya, follower aku tweet trend bila ada artis KPop @ JPop yang birthday exp #Jaejin20th dulu pernah masuk tweet rank ke 3. Biasanya, ELF yang rajin tweet untuk Super Junior exp #SS3GuangZhou. Betapa mereka sayangkan idola mereka. (me? huh?)

3. Sekarang.. hanya kerana bola. Manusia sanggup..

 Ni yang sempat aku snap.

psst.. Munsyi.. tak marah kan? :) 



C_eni : she's one of my Indonesian friend

4. So.. lepas tengok antara tweet diatas.. korang.. piki la sendiri dan... tweet trend kali ni.. sangat menyemak wall timing aku. Aku quote sikit dari blog joegrimjow ;

Memalukan bila 'Hate Malaysia' menjadi trending topic. Kisah Bola semalam tak habis lagi di twitter dan ini boleh jadi sejarah yang memalukan untuk kedua-dua negara. patuihh. Orang kat Malaysia pulak termasuk aku gelabah, duk sibuk nak balas balik dengan nak cipta trending topic sendiri, 28 juta lawan 400 juta? mana boleh nak lawan dong =)

5. Lepas aku post nih.. jangan la pulak carik twitter aku.. aku suka "alam" sunyi itu ^^

Kucing aku cakap: "korang dah takde life ke?"


p/s: post kali ni.. sempoi tahap gaban.. harap maaf.

3 teman (tapi mesra?) yang aku...


posted by Khairunnisa on

1 comment


Ini kisah ntah apa-apa, tiga teman yang selalu bersama membangun kerjaya aku. Tersebut dalam diari... sebelum *AI muncul dalam hidup, aku sangat bahagia hidup bersama *PS (*^o^)乂(^-^*).. bertimbun-timbun kenangan kami dalam folder.

Tiba-tiba, AI muncul dengan wajah bersinar-sinar (^_-)☆ . Walaupun PS tidak sekacak Jaejong (☆。☆) ...Oh tidak. PS merajuk. Aduh. Aku terpaksa. Sebab ramai professional yang suka dia. Jadi, aku terpaksa. Lagipun, kerja yang biasanya siap selama 3jam jadi 1jam bila buat bersama AI. Jadi, aku... terpaksa (-_-メ. Sorry, sorry, sorry (Suju? ...erk)



Sambil buat muka kesian. Aku pun duduk berbincang dengan PS. Wajahnya termenung jauh. (  ̄っ ̄) Mata far-seeing orang bilang. Mood "memujuk" ala-ala Tsukushi buat muka comel (*^ー^)ノ. Aku bilang... PS, janganlah begini. Sebenarnya, (☆。☆) Aishiteru wa. Betul ni. Bila aku jumpa kau, janganlah tunjuk muka blur  ┐( ̄ヘ ̄)┌.. aku pun blur nak buat apa (baca:design). Actually... aku sangat perlukan kamu berdua o(^^o)(o^^)o. Tanpa kau, AI takkan boleh maju. Tanpa AI, kerja kau kurang diiktiraf oleh mereka-mereka. Please... for the sake of our love of arts... onegai.. (habis idea memujuk)

Punya lama jugak aku lost. Lastly, alhamdulillah... PS semakin intim dengan AI.

PS, terima kasih..
kerna memahami.

AI, terima kasih..
kerna sudi mucul tiba-tiba.

Suatu hari...

"PS, AI... kenalkan.. si ungu ni namanya *ID, handsome kan..."

PS & AI : ( ゚-゚)( ゚ロ゚)(( ロ゚)゚((( ロ)~゚ ゚ "bukan boleh percaya cinta dia ni. ha ha ha... "

Oiii.. janganlah begitu. Kerja aku akan datang ni, aku perlu "teman tapi mesra" dengan dia. PS kena teman sekali. Cuma, kali ni, AI ... boleh rehat. :) any question? he he. Good boy.


(*)
*AI: Adobe Illustrator
*PS: Photoshop
*ID : InDesign

Aku:........
tengah buang masa cari idea + lapar + 
tu yang tetiba update ntah apa-apa ni. 
(=´、`=)ゞ

Salam Maal Hijrah 1432H


posted by Khairunnisa on

No comments


Abu Musa reported that the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, said,

“Allah Almighty will stretch out His hand during the night, turning towards the one who did wrong during the day, and stretch out His hand during the day, turning towards the one who did wrong during the night, until the day the sun rises from the place it set.” [Muslim]

Salam Maal Hijrah 1432H

M A L U sana-sini


posted by Khairunnisa on

10 comments


Bacalah dengan nama Tuhan mu, pasti Syaitan pun malu untuk mengganggu mu!

Malu baca tulisan aku, tak ada masalah. Tapi, kalau malu mintak belanja, lapar!. Malu bertanya, salah masuk lorong!. Cakap-cakap tentang malu, aku anak yang pemalu! ... betul. Tapi, aku ada kisah tentang M A L U, sebab aku kan pemalu :)

1. Cover malu

Aku tiada motor. Aku kena pergi kuliah. Aku malas naik bas UM. Tak lah jauh pun station bas. Tapi aku malas. Dah la tak pandai bawak motor, malas lagi. Kebetulan Hasna nak pergi ke UM. Naik skuter cute dia tu. Warna hijau pudar. Dia bagi aku pakai helmet separa bulat macam tempurung. Aku on saja la, sebab malas pakai helmet mahal aku tu. Aku suruh Hasna hantar aku dekat station bas UM dekat perpustakaan saja. Malas nak susahkan dia sebab dia tengah rush ke kuliah dia awal pagi. Motor tengah menghampiri station bas dengan lajunya. Jadi aku pun siap sedia melonggarkan tali helmet. Tiba-tiba...

"tak..tak..tak..tak.." bergolek.

Alamak! Helmet aku terbang! Aku turun motor dengan steady nya sambil mengutip semula helmet (yang terbang lebih kurang 4 depa jaraknya dari motor) dan serahkan semula dengan Hasna. Kemudian, secara automatiknya otak aku set bahawa "sebenarnya tiada apa-apa yang berlaku tadi" dan dengan selambanya berjalan ke arah station bas. Duduk. Pura-pura berlagak tengok jam ditangan (yang sebenarnya tak ada jam pun). Sejak hari itu, aku berjanji, tidak akan memakai helmet separa bulat lagi!

Pesanan: Sila bersabar. Jangan gelabah sekiranya anda dalam keadaan memalukan. Tarik nafas. Patikan anda tidak melihat reaksi penonton-penonton yang sedang melihat anda tengah malu. Be postive!



2. Berani malu.

Festival FEMINA UM anjuran Sis Ayuni, MPMUM 09/10. The best sister I ever know. Event besar. Dato' Shahrizat pun datang menabur janji macam menabur bunga hidup. Kutip-kutip. Simpan. Cantiknya. Eh layu!. Aku jurugambar FEMINA. Aku tiada pengalaman. Aku tengok pakcik-pakcik newspaper pun datang dengan DSLR yang canggih. NIKON PMIUM yang aku pegang ni, basic saja. Tak boleh zoom dari jauh. Dato' tu berucap di depan. Aku kena duduk sebaris dengan pakcik-pakcik tu. Aku asyik-asyik ke depan. Asyik-asyik ke tengah. Berdiri. Duduk semula. Snap sana, snap sini. Datang dekat, dekat sangaaaaat dengan tempat Dato' berucap. Malu!. Rasa mahu berdiri saja sebelah Dato'.

Berpeluh. Malu! tapi kaki aku dah terpacak didepan. Pantang berundur! "maafkan saya, saya baru amatuer". Pakcik-pakcik yang dah professional tu, duduk saja. Macam mahu kata "pakcik, boleh pinjam sebentar DSLR mu?". Rasanya, itu akan tambah point untuk memalukan diri lagi! Jadi, aku pun, berlagaklah seperti amatuer. Jadi???

Pesanan: Berani malu dalam perkara yang berfaedah okay!. Berani mengambil risiko ditertawakan atau dicemuh, maka seseorang akan dapat lebih memahami dirinya dan akan menjadi lebih berpengalaman. Jadi, aku dah jadi jurugambar yang ada pengalaman lah kiranya ni. BAGUS!



3. Perlu tapi malu.

Ramainya pasangan berkapel duduk berdua di tasik varsiti UM. Para mahasiswa yang tak berkapel cuma lalu-lalang. Para mahasiswa yang tak berkapel cuma jogging keliling padang. Lalu saja, jeling. Lalu saja, heboh dalam Facebook dan blog. "Cukuplah ikrah fil qalb "- benci dalam hati.

31 Ogos, aku dan Hasna berhajat mahu keluar dari kepompong "cakap tak serupa bikin". Kami ikut acara anjuran Persatuan Ulama' Muda. Baguslah rancangan mereka. Bersama-sama ummat menyambut merdeka sambil edar badge Nisa' yang bertulis "Saya akan jauhi Zina". Aku tau orang suka jeling beg yang lawa-lawa kan? (beg aku lawa!) jadi aku ambil satu badge tu dan pin kan depan beg aku. Sebagai manusia yang hina, aku harap, setiap langkah aku penuh makna dan dakwah. Walaupun aku malu untuk cakap "cik kak, cik abang, salah buat begini" tapi kami berusaha mengkreatifkan amar ma'ruf nahi mungkar.

Pesanan: dalam isu dakwah, kalau M A L U, hati-hati bila bicara tentang dakwah. Sebab, sebagai pendakwah, anda kena tahu bagaimana untuk tackle hati ummat!

Sekian.


yang pemalu,

Ds Khairunnisa Ismail,
Bach of Syariah in Islamic Political Science
Academy of Islamic Studies,
University of Malaya.

About

Blog Widget by LinkWithin