Hadiah dari langit


posted by Khairunnisa on ,

2 comments

Iskandar, berbaju biru
Diari Iskandar, anak PASTI saya yang menghidap Autism.

"Ustazah...azan... solat." kata Iskandar, satu persatu. "Is nak solat Isya' ke?", saya menguji. "nak...nak...jum". Saya bentangkan sejadah, dia berdiri ditepi saya, tak berganjak walau diganggu anak-anak yang lain.

Saya memimpin tangannya pulang ke rumah, tak jauh dari PASTI As Salam. "Ustazah... ustazah..." , tegur Iskandar lagi. "Ya sayang?", Iskandar memandang ke langit, "tu.. bintang... bintang... banyak bintang... Maha Suci Allah" balas Iskandar. Saya terdiam. Sucinya hati anak ini. Berbanding anak-anak yang lain, Iskandar, seorang anak kecil penghidap Autism, lebih soleh gayanya, lebih cepat belajar.

Di saat anak sihat yang lain bertatih mengenal "Mata - Ainun", Iskandar sudah jauh ke depan. Di saat orang lain melihat Iskandar seperti seorang anak yang kurang normal dari biasa, saya melihatnya sebagai anak yang luar biasa, anugerah Allah buat ibu bapanya, dan saya :,)

12 September 2012
PASTI As Salam, Pantai Dalam,
Kuala Lumpur.

2 comments

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin