Archive for September 2010

Sebentar menjenguk kamu _^)


posted by Khairunnisa on ,

No comments



Bacalah dengan nama Tuhanmu.. agar BIDADARI cemburu padamu

>>Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang<<






Tiada entry yang baru, bukan bermakna aku tidak sayang pada kamu .. wahai readers & pengunjung ku =) 


pergh.. jiwang sekejap ya. Lama menahan rasa ingin berkongsi pada kalian. Namun, kesilapan ku sendiri kerna tidak menyusun masa dengan baik, membuatkan aku TOTAL dalam keserabutan beberapa hari & membiarkan blog ini statik dengan iklan-iklan program yang bakal di laksanakan.


Begitulah hidup seorang mahasiswa, yang tidak hanya beriman pada bilik-bilik kuliah semata.


"Ilmu perlu di cari sambil turun padang mengaplikasi. Mahasiswa bukan budak sekolah yang kerjanya hanya duduk di dalam bilik kecil cuma mendengar kuliah, hanya buka buku tanpa merasai apa yang di kaji. Itu fasa budak kecil yang baru belajar, fasa mahasiswa itu mengkaji dan membuat salah kemudian keluar menjadi seorang pengaplikasi yang penuh pengalaman dan pembelajaran. Bukan kah kita belajar dari kesilapan?"- by Ds Khairunnisa






Note:


1. Apa yang aku harapkan, moga kalian dapat sesuatu dalam blog ini, walau beberapa minggu tersadai.


2. Pada yang mengikuti program Islamic BORNEO Jamboree 2010, pada 1-3 Oktober ini, bertempat di Kem Semanggol, Janda Baik, Pahang.. tak sabar mau jumpa dengan kalian =)


3. Coba menjadi hamba sehebat mungkin buat yang teristimewa, iaitu yang telah mencipta jasad ini seindah rupa. 








Ds Khairunnisa,
Rumah Borneo,
30 Sept 2010

JOM AKTIF bersama Bro MC Raya VS IBJ vol 2


posted by Khairunnisa on

No comments



Assalamualaikum. Kali ini, laptop ku menyaksikan tuannya menguruskan sekaligus dua KEM yang menekankan konsep yang sama, pada hari yang sama dan waktu yang sama. Istimewanya pula, dua KEM yang punya sasaran yang berbeza & lokasi yang berjauhan antara satu sama lain (pastinya).


Alhamdulillah, DIA tidak mahu hambaNYA berlapang dengan kesenangan. Anda juga mahu mendapat nikmat yang sama? JOM bergerak aktif bersama saya =)


Sekiranya anda ialah mahasiswa/i Universiti Malaya, aktiviti KEM Bro Mc Raya adalah khas untuk anda.  


[ Kem 1 ] Brotherhood Muslim Camp Raya 2010 atau dikenali sebagai @ Bro MC Raya 


Sasaran : Seluruh MAHASISWA/wi Islam yang belajar di Universiti Malaya sahaja.
Tarikh: 2 & 3 Oktober 2010
Yuran: RM 10
Lokasi: Excel Training Resort, Lenggeng Negeri Sembilan.
Pengangkutan: Disediakan
Anjuran : Jawatankuasa Tarbiah dan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Untuk pendaftaran: Sila hubungi Saudara Izzuddin [014 839 9285] @ Saudari Munirah [013 965 9075] ATAU Jom daftar secara ONLINE di sini > http://www.jotform.com/form/2433526916


dan, KEM ke 2 yang saya kendalikan ialah KHAS buat mahasiswa/i BORNEO yang belajar di semenanjung, JOM ikuti KEM ini bersama kami;


[ Kem 2 ] Islamic BORNEO Jamboree vol.2 atau dikenangi sebagai IBJ '10


Sasaran : Seluruh MAHASISWA/wi Sabah, Sarawak dan Labuan yang belajar di seluruh IPTA/S @ Kolej @ Matrikulasi Semenanjung Malaysia.


Tarikh: 1-3 Oktober 2010
Yuran:  kampus sekitar lembah klang RM15 & kampus di luar lembah klang ialah RM10.
Lokasi: Semanggol KAMPUS PTS, Janda Baik, Pahang.
Pengangkutan: Akan di maklumkan melalui SMS
Anjuran : Markaz Siswa Siswi Islam Sabah dengan kerjasama Persatuan Ulama Muda Cawangan Wilayah Persekutuan.


Berminat? hubungi Unit Pendaftaran IBJ vol.2 : Sdr. Syamil, USIM (013 900 5582) , Sdr. Hanif, KIST (014 839 1405) dan Sdri. Ratnasari, USIM (013-2042596).
Daftarlah segera secara ONLINE di sini > http://www.jotform.com/form/2400745607



Layari 



Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya sendiri, Dayang (013 898 5302), Pengarah IBJ vol.2, Sdr Matassian, UM (019 369 3708) atau Pengarah Bro MC Raya Sdr Kamilin (014 839 0849)


Sekian, saya melaporkan,
Dg Siti Khairunnisa bt Ismail, 
PENOLONG PENGARAH PUBLISITI Bro MC Raya 2010, juga merangkap Unit Penerbitan Islamic BORNEO Jamboree vol.2 2010.


Nota: 
1. Mungkin terpaksa belah dua jasad saya ni supaya dapat pergi ke dua-dua kem.. heh gurau ja.
2. Nak jumpa dengan saya? InsyaAllah mungkin saya akan pergi uruskan peserta di Kem IBJ memandangkan Unit Publisiti Bro Mc (UM) ramai kakitangan (dengan lebih dari 2 persatuan yang bekerjasama)
3. Alhamdulillah... saya kehilangan masa lapang untuk main game err... hehe

Naik tinggi lagi


posted by Khairunnisa on ,

No comments



"Assalamualaikum, saya kapten anda harini. Sekarang kita berada di paras ****km dari aras laut, dan kita akan naik lebih tinggi lagi. Bagi yang beragama Islam, insyaAllah saya akan beritahu kalian waktu berbuka puasa. Sekarang ialah jam7.20 malam. Waktu berbuka puasa pada waktu tempatan di sini (laluan penerbangan) ialah 7.34 malam. Matahari masih nampak lagi di kaki langit. Dan... sebentar lagi kita akan naik lebih tinggi. Kemungkinan kita akan berbuka puasa lewat dalam 10 minit dari waktu yang dijangkakan kerana.. kita akan naik lebih tinggi lagi."


"pergh... yang naik tinggi tu kenapa... keringnya.."


"Heh... itu la, mau lagi sungkai atas awan, kenala sabar"


"yalah.. bila lagi mo rasa jadi tetamu ramadhan atas awan"


"be.. banyakla awan mu.."





Saya, Dg Siti Khairunnisa bt Ismail, pemilik blog Qalam Khairunnisa ingin mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman buat semua readers yang datang melawat. Sila hati-hati dijalan raya supaya tidak ada yang akan mengatakan "kalaulah saya bersabar..."

Saya akan berada di tanah kesayangan hamba -TAWAU- selama 20160 minit. Moga minit-minit yang Allah berikan ini dapat dimanfaatkan buat bekalan kekuatan pada hari musafir akan datang.

Kepada yang tidak balik ke kampung, moga tabah hendaknya.. saya juga pernah merasa.. lek kamu.. tahun depan ada lagi heh.. walau dimana pun saya dan kamu berada, ingat.. kita tetap berada di bawah langit yang sama, melihat bulan yang sama.. walaupun waktu berbuka kita berbeza. Masing-masing ada hikmah dan keistimewaan perjalanan yang tersendiri.


Catatan dari rumah,
Tmn. Victoria, Tawau, Sabah.

About

Blog Widget by LinkWithin