M A L U sana-sini


posted by Khairunnisa on

10 comments


Bacalah dengan nama Tuhan mu, pasti Syaitan pun malu untuk mengganggu mu!

Malu baca tulisan aku, tak ada masalah. Tapi, kalau malu mintak belanja, lapar!. Malu bertanya, salah masuk lorong!. Cakap-cakap tentang malu, aku anak yang pemalu! ... betul. Tapi, aku ada kisah tentang M A L U, sebab aku kan pemalu :)

1. Cover malu

Aku tiada motor. Aku kena pergi kuliah. Aku malas naik bas UM. Tak lah jauh pun station bas. Tapi aku malas. Dah la tak pandai bawak motor, malas lagi. Kebetulan Hasna nak pergi ke UM. Naik skuter cute dia tu. Warna hijau pudar. Dia bagi aku pakai helmet separa bulat macam tempurung. Aku on saja la, sebab malas pakai helmet mahal aku tu. Aku suruh Hasna hantar aku dekat station bas UM dekat perpustakaan saja. Malas nak susahkan dia sebab dia tengah rush ke kuliah dia awal pagi. Motor tengah menghampiri station bas dengan lajunya. Jadi aku pun siap sedia melonggarkan tali helmet. Tiba-tiba...

"tak..tak..tak..tak.." bergolek.

Alamak! Helmet aku terbang! Aku turun motor dengan steady nya sambil mengutip semula helmet (yang terbang lebih kurang 4 depa jaraknya dari motor) dan serahkan semula dengan Hasna. Kemudian, secara automatiknya otak aku set bahawa "sebenarnya tiada apa-apa yang berlaku tadi" dan dengan selambanya berjalan ke arah station bas. Duduk. Pura-pura berlagak tengok jam ditangan (yang sebenarnya tak ada jam pun). Sejak hari itu, aku berjanji, tidak akan memakai helmet separa bulat lagi!

Pesanan: Sila bersabar. Jangan gelabah sekiranya anda dalam keadaan memalukan. Tarik nafas. Patikan anda tidak melihat reaksi penonton-penonton yang sedang melihat anda tengah malu. Be postive!



2. Berani malu.

Festival FEMINA UM anjuran Sis Ayuni, MPMUM 09/10. The best sister I ever know. Event besar. Dato' Shahrizat pun datang menabur janji macam menabur bunga hidup. Kutip-kutip. Simpan. Cantiknya. Eh layu!. Aku jurugambar FEMINA. Aku tiada pengalaman. Aku tengok pakcik-pakcik newspaper pun datang dengan DSLR yang canggih. NIKON PMIUM yang aku pegang ni, basic saja. Tak boleh zoom dari jauh. Dato' tu berucap di depan. Aku kena duduk sebaris dengan pakcik-pakcik tu. Aku asyik-asyik ke depan. Asyik-asyik ke tengah. Berdiri. Duduk semula. Snap sana, snap sini. Datang dekat, dekat sangaaaaat dengan tempat Dato' berucap. Malu!. Rasa mahu berdiri saja sebelah Dato'.

Berpeluh. Malu! tapi kaki aku dah terpacak didepan. Pantang berundur! "maafkan saya, saya baru amatuer". Pakcik-pakcik yang dah professional tu, duduk saja. Macam mahu kata "pakcik, boleh pinjam sebentar DSLR mu?". Rasanya, itu akan tambah point untuk memalukan diri lagi! Jadi, aku pun, berlagaklah seperti amatuer. Jadi???

Pesanan: Berani malu dalam perkara yang berfaedah okay!. Berani mengambil risiko ditertawakan atau dicemuh, maka seseorang akan dapat lebih memahami dirinya dan akan menjadi lebih berpengalaman. Jadi, aku dah jadi jurugambar yang ada pengalaman lah kiranya ni. BAGUS!



3. Perlu tapi malu.

Ramainya pasangan berkapel duduk berdua di tasik varsiti UM. Para mahasiswa yang tak berkapel cuma lalu-lalang. Para mahasiswa yang tak berkapel cuma jogging keliling padang. Lalu saja, jeling. Lalu saja, heboh dalam Facebook dan blog. "Cukuplah ikrah fil qalb "- benci dalam hati.

31 Ogos, aku dan Hasna berhajat mahu keluar dari kepompong "cakap tak serupa bikin". Kami ikut acara anjuran Persatuan Ulama' Muda. Baguslah rancangan mereka. Bersama-sama ummat menyambut merdeka sambil edar badge Nisa' yang bertulis "Saya akan jauhi Zina". Aku tau orang suka jeling beg yang lawa-lawa kan? (beg aku lawa!) jadi aku ambil satu badge tu dan pin kan depan beg aku. Sebagai manusia yang hina, aku harap, setiap langkah aku penuh makna dan dakwah. Walaupun aku malu untuk cakap "cik kak, cik abang, salah buat begini" tapi kami berusaha mengkreatifkan amar ma'ruf nahi mungkar.

Pesanan: dalam isu dakwah, kalau M A L U, hati-hati bila bicara tentang dakwah. Sebab, sebagai pendakwah, anda kena tahu bagaimana untuk tackle hati ummat!

Sekian.


yang pemalu,

Ds Khairunnisa Ismail,
Bach of Syariah in Islamic Political Science
Academy of Islamic Studies,
University of Malaya.

10 comments

  1. C U M I T
  2. Anonymous
  3. Anonymous

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin