Penat, penat, penat.
"Apalagi kau ni, kalau penat, berehat la dulu di simpang jalan"
Perjalanan panjang lagi ni. Begitula hidup ni geng. Apa yang pasti, hidup kena terus. Walaupun ada pokok-pokok tinggi di depan, tak ada masalah. Tuhan dah bagi pilihan, tebang atau lalu di tepi jalan. Panjat pun boleh. Naa.. ini ayat mau mengamuk ka? bukan, mau berkongsi rasa. Hidup kan untuk memberi, kemudian aplikasi ikut dasar wahyu Ilahi.
Ada satu idea yang tiba-tiba muncul. Tatkala jiwa ni memang belum bersedia. Di fikir.. di fikir.. hingga penat untuk memikirkan nya semula. Kadang-kadang, malas mau fikir. Tapi, kena fikir jugak, untuk masa depan. Masa depan? siapa yang tentukan? Tuhan bukan? jadi apa yang di takutkan? Beginilah geng, Jadilah hamba yang sebenar-benar hamba. Baru lah ada semangat untuk hidup.
Persoalannya tak kan pernah putus bicara. Nasib ada firman, sebagai peneman. Ada sirah nabi sebagai penenang hati. Cuba selak helaiannya. Kita jangan sombong, mari belajar dari hidup para anbiya. Jangan hanya tahu fikir jalan diri sendiri. Nabi dah tunjuk jalan, Allah dah bantu sepanjang perjalanan, tinggal kita untuk sujud, tapi.. itula.. leka dengan nikmat.. yang selalu tak cukup tempat.
Si bechek kata "Lek kau, sabar... Allah tahu apa yang terbaik"
"Tapi, benda tu muncul selepas kau mencetus idea.. naa.. macam mana tu?" ku balas.
Dia tersenyum saja. Aduh. Makin pening aku. Dia tambah...
"Sabar... minta dengan Allah"
Dengan semangatnya ku bilang "Wuina geng.. full version lagi bah.. haha rupanya" bikin malu betul budak ni. Pengakuan berani mati.
"Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya"
"Ya bah.. tapi tu la.. satu persatu datang tiba-tiba, terus shock bah pelan hidup"
Ku buka laptop, menghadap desktop yang macam lensa hitam NIKON. Ku sambung baca lagi entri nya. Panjang. Aku bilang, "Aku pun takut mengharap". Apa boleh buat, lain yang di usul, lain yang di cetus. Lain yang datang, lain yang muncul. Hidup bukan gula-gula geng. Aduh.
1. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
2. Sabar.
3. Jangan berhenti mengharap.
4. Sujud !! kemudian minta lah sepuasnya apa dalam hati mu.
Tak salah untuk mengharap, berharap, harapan. Apa saja lah istilahnya. Kamu tau kan, kadangkala, apa yang kita mahu sebenarnya bukanlah apa yang kita perlukan. Pergh.. ayat untuk diri sendiri jugak ni geng.
Ku tengok lagi wajah si bechek yang sentiasa di sisi. Iyaka ? hehe..
"Kau tau, doa nya konsisten terussss, full 5 waktu, aku buat lepas kau cetus jak idea tu.. naa.. apa bole buat.. nasib la yang mendengar" ku kata.
Dia senyum lagi. Aiseh, ni malas bincang dengan si bechek sorang ni.
"Naa lagu adik kesayangan mu aku download" aku mencelah.
"Eh, yang Ramadhan tu!! Patut macam kenal"
"Keringnya... tukar la lagu lain!!".
Kurang asam betul budak ni. Bechek.. cukup-cukupla ayat mu yang tinggi tu. Haha.
Dalam hati "Aku yakin, dengan apa yang aku minta.. kalau tidak sukses, maka DIA pasti tidak akan mengecewakan hambaNYA.. Aku yakin, dengan sepenuh hati.. kali ini saja, saat yang panjang"
*bechek : gelaran buat sahabat ku yang tersayang.. hehe nama sebenar di rahsiakan. :p