* adopted her at 19 April 2010.
---19 April 2010
"Assalamualaikum dayang!! kau boleh jaga anak kucing tak?"
"Hah!! apa kes?" - aku
"Ada sekor anak kucing ni, dari API ekori kami sampai la Kolej 5... aku tak pandai pegang anak kucing.. jadi aku biar dia bejalan sendiri.. macam sakit ja aku tengok.. bole tak dayang?"
"Hahh.." - blur... apakah? - aku
---
(sampai di bilik)
"Assalamualaikum... Ana.. Eny.. kaka ada bawak balik "seseorang".. comel tak? hehe.. maaf la, kaka tak sanggup nak biar dia sendiri di bawah.. kecik lagi.. kisahnya bla bla (seperti di atas).. aduh.. camna ya? "
... akhirnya Eny & Ana setuju untuk jaga semalaman sebab anak kucing tu nampak sakit (bayangkan jalan kaki dari API ke Kolej ni.. jauh tu..)
"Kita panggil dia ELISYA, ok tak?"
"Kak Dayang.. jantan la ni.."
"Eh manada.. betina la.." (..konfius jantina)
akhirnya.. kami sepakat panggil dia ELISYA..
E L I S Y A
(sebab nama haiwan peliharaan HongKi (FT Island Band) pun ELISYA muahaha.. shhh.. jangan gitau Ana & Eny kekekeke~ minat seh)
---
20 April 2010
Esok ada 1 jam exam subjek KM- Kemahiran Maklumat, Ana, Eny dan aku amik subjek tu, means, Elisya tinggal sorang-sorang dalam bilik. So, kitorang fikir apa nak buat dengan Elisya.. nak buang.. kesian, kecik lagi.. so petang tu, aku dan Lily search dalam internet tentang Pusat Penjagaan Kucing sekitar KL or Selangor.
Aku ada iklankan dalam Facebook bagi siapa-siapa nak pelihara Elisya.
Respon: Ada yang nak, tapi sibuk. Ada yang nak, tapi tak reply lagi samada sure atau tak.
Buntu.
Then, dapat la detect dua tempat Pusat Penjagaan. Aku terus contact kot-kot perlu buat appointment.
Respond Pusat Penjagaan tersebut:
"Ya, tak ada masalah"
"Saya nak tahu prosedur nya"
"Oh.. datang je kat sini, jangan lupa, seekor kucing RM50"
"anak kucing?"
"anak kucing ke, nenek nya ke, cucunya ke cicitnya ke.. mesti kena bayar RM50"
"Terima Kasih"
~ pegal. Mungkin untuk biaya pemakanannya kot. Apapun, DUIT. Hurm~
Lewat petang tu, kami buat keputusan untuk hantar saja dia ke cafe Kolej tutt~ sebab sana banyak kucing dan senang dapat makan.
muka sedih ELISYA, ni on the way nak gi letak dia di cafe Kolej tutt
After Asar, aku dan Ana letak (jangan baca
Balik semula ke bilik. Aku dan Ana cerita pada Eny keadaan Elisya di sana. Rupanya, Eny rindu jugak dan tak sampai hati nak biarkan Elisya yang kecik lagi tu kat luar sana hehe sampai menitis air mata, mata aku tau yang masing-masing (Ana, Eny & aku) tak sanggup lepaskan Elisya.. (jangan mara Eny kekeke)
Lepas ja solat Maghrib, aku dan Eny terus pecut nek motor ke kolej tutt tu untuk bawak balik Elisya semula huhuhu
"Elisya.. Elisya.. kau telah membuatkan aku menitiskan air mata"- kata Eny kekeke (jgn mara aa kaka masukkan lam blog huhu)
--- KAMI BAHAGIA ---
Kehadiran Elisya buat hidup kami tidak sunyi, ceria, KELAM KABUT & SERABUT, itu bila dia mula buang air besaq.. fuhh kena tanggung risiko tu.. bak kata Ana, praktikal jaga baby kekeke
---
21 APRIL 2010
11.30am: Kami bertiga exam. Sebelum bertolak, kebetulan Elisya tidur. Exam 1 jam saja.
12.30pm: Kami balik bilik. Elisya masih tidur... nyenyak nya.. alhamdulillah.. tak ada masalah tinggalkan dia dalam bilik untuk satu jam ^_^
tengok la.. macam-macam gaya dia tidur... unik sikit hehe
Jam9.00pm: Eny ajak aku gi study di Akademi Pengajian Islam, sebab kalau kat bilik tak dapat study, rasa ngantuk a, dah la esok subjek killer.. eh Elisya siapa nak jaga? Ana gi meeting.. Eny kata "apalagi.. bawak la sekali.. tak kan nak tinggal..".. ooh.. Elisya ikut sekali ke API.. nasib tak ramai orang kat sana malam2..
Ni la gaya ELISYA tidur di atas meja, API hehe.
Kerjanya di API, lari sana sini.. pastu tidur.. ish3
p/s: Elisya sempat kencing kat sana, huhu aku ambik kesempatan cuci Elisya lam tandas, sebab TISU banyak.. senang sikit kekeke shhhh~
---
25 April 2010
3.00pm: Aku gi survey kot labuh buat Yati aka Cumit di Sogo. Pening dengan harga-harganya yang standart- up RM150.. aku pun turun la shopping makanan di bawah. Teringat kat Elisya, aku pi bahagian makanan kucing, huhu aku belikan Elisya Whiskas Junior dan Susu segar~` pergh... Elisya suka huhu
tadaa...
ni la gaya Elisya.. dia nak membolosi jaring tu.. kelam kabut aku keluar sebelum dia gi lari ke high way sebelah ni
6.00pm: Eny nak gi cuci kereta di pantai dalam, dekat Supermarket UO. Kami bawak sekali Elisya. Hehe... buat kali kedua, kami bawa Elisya jalan. Tak ada masalah. Elisya baik ^_^
---
26 April 2010
Bilik terasa pelik sikit, dah sembur Febreze pun ada bau lagi. Rupanya Elisya melepas kat bawah katil. Aiseh... kami terlepas pandang pulak tanda-tanda & timing dia nak melepas. Lepas maghrib, aku dan Ana mop satu bilik. Huhu.. (Eny balik kg).
Hikmahnya: bilik bersih sangat sebab tak pernah pun basuh bilik ni dengan ayaq haha selama ni main sapu ja... Elisya.. Elisya..
---
Tengah buat kerja, Elisya main-main di meja belajar aku.. boleh pulak dia terlelap kat situ.. ish3
yang ni, terlelap di laptop Farhana @ Ana
yang ni, terlelap di laptop Farhana @ Ana
Tiap saat, pas baca buku atau tengah mengadap laptop, mesti tanya Ana, "Elisya mana?" - tengah tidur bawah meja la, dalam almari la..tak pun tengah main..
Kalau nak panggil dia, jangan panggil dengan panggilan "MEOW".. kena panggil "Elisya", baru dia datang huhu dia dah biasa dengan nama tu...
---
Kerja Elisya: Main + Makan + Tidur
Cakk...
minum susu
tidur dalam pangkuan lagi~ hehe
Masa nak buang air: dia mesti me-ngiaw kejap sambil menguis lantai.. alamatnya kena angkat dia dalam kotak khas da kami buat, ada newspaper... pastu cuci kaki dia, lap badan dia.. nanti habis satu bilik kotor..
Masa lapar: haa.. masa ni la dia jadi baikkk sangat, duduk dekat-dekat, begesel, pastu me-NGEOW kuat-kuat.. haha
Masa main: biasanya, rutin dia, lepas makan, mesti main, lepas penat, dia tidur, pastu.. bangun semula, kadang-kadang lapar, dia pi makan, main semula, pastu tidur.. tu ja la kerjanya hehe macam budak-budak.. (memang budak pun.. tak sampai 1 tahun lagi)
Tapi, Elisya memang senang nak jaga. Jarang hati ni sedih dan bosan bila lihat gelagat Elisya. Bagaikan bayi, terasa sangat, tenang.
---
Sebenarnya, kami masih menunggu seandainya ada sesiapa di luar sana berminat untuk jaga Elisya, musim cuti dah dekat, kami tak dapat nak bawak balik ke rumah masing-masing.. rumit sekali masalahnya... kalau berminat, boleh tinggalkan pesanan kat kotak comment bawah ni ya.. sertakan no tel kalau tak keberatan...
---
Status:
Masa nak buang Elisya kat kolej "tu", rasa bersalah sangat, terbayang sikap para wanita sekarang yang tidak berhati perut dan tak berotak yang sanggup buang bayi mereka. Aku bukan seperti mereka. Walaupun dia cuma seekor kucing, tapi dia punya nyawa yang sama dengan nyawa aku.
Harap, para wanita & lelaki di luar sana tidak mensia-siakan hidup mereka dengan melakukan sekaligus dosa besar yang bertimbun = ZINA + MEMBUNUH.
---
Diari buat Elisya ku sayang~ seandainya dia dapat baca -_-"
---
Sleepy
p/s: kisah ini antara aku dan kamu saja tau.. jangan bagitau Pengetua Kolej.. nanti kena marah kekeke~
alamak.. satu rahsia aku dah terbongkar, nampaknya kena hati-hati.. ~tersenyum bahagia
~ kisah ketika minggu exam ...
Salam sayang:
- Dg Siti Khairunnisa bt Ismail Lamo
- Universiti Malaya, KL, Malaysia
salam..
salam perkenalan..
caring betul akak ni..
Nt mst jd mak mithali 1 day nt..
Masih ada insan semurni akak. mabruk alaik..
owh, pasal kucing tu.
Comei n cute.
lau bg makan whiskas lagi gebu cam kucing2 kat cni..haha
Kat U sy ada bt kempen Kesedaran pembiakkan kucing terbiar under kelab veterinar..
hah, lau nak join, meh la..Tp jauh la ckit.. Kat UMK..kelate..hehehe
wasslam..
to Ratu Syahadah:
waalaikumslam ^_^ salam mahabbah..
ameen.. huhu xda la.. biasa ja saya ni.. sama cm insan lain
a'a.. tapi, baru ja bagi makan semalam.. selama ni dia makan apa yg kami dok makan huhu
bagus kempen tu.. teruskan bjuang ^_^
seronok bce..tersentuh
tp syg, sy x bape suka kucing atau haiwan berbulu gara2 penah termkn bulu kucing mse kat sek asrama dlu..
smpai skrg sy fobia dgn kucing..
comel cmne pun sy tetap x sggup nk pegang die..tgk pun kdg2 leh wat sy termuntah (kucing yg kotor)..
moga makin rmai org yg prihatin dan syg haiwan mcm awk..
erk..rumah sy de sepuluh kucing...adik2 sy punye hal, tp sy yg tukang bg mkn dan cuci najis dorg..huhu
Subhanallah. terpegun baca cerita dgn elisya ni(erk..hongki pon ade kucing ek?hehe)
I never like cats. Geli sket.hehe
Xsuke bile die buang air merata2, lg2 yg liar. =(
Tp mmg kna baik dgn haiwan kan.
ape2 pon, kalau nti dh jaga elok2 tu, bgus la. Kadang2 org buang2 je binatang ni.
Moga Allah permudahkn segala hal.=)
kasihkan dibumi akan dikasihi di langit..
=)
insyaAllah..
*mahu juga bela satu..tp..nanti2 lah..x stabil lg..
keep it up!
Salam perkenalan, saya pun sangat sayang pada kucing, tapi sebab anak saya ada asma terpaksalah simpan hasrat tu dulu...