Archive for March 2010

mahu BEBAS SINDIR AGAMA


posted by Khairunnisa on ,

11 comments


Saya Peduli ~ 

Baru beberapa minggu lalu, Lars Vilks mengatakan beliau mahu bebas sindir agama.

"Saya sebenarnya tidak berminat untuk menghina. Tujuan karikatur itu dibuat adalah untuk menunjukkan ia boleh dilakukan. Tidak wujud sebarang perkara yang sangat mulia sehingga tidak boleh diejek," kata Vilks dalam satu temu bual di Stockholm. 

Alasan dia berbuat demikian untuk menunjukkan kebebasan artis menyindir semua agama termasuk Islam.

Dalam pembacaan saya, pihak Muzium Sepanyol tidak bersetuju dengan cadangan Lars Vilks untuk menayangkan (seperti di atas). Rupanya, jadi juga. SAYA SAKIT HATI.

Sekilas terlihat semalam,
Saya tidak mampu untuk memandang dgn sebelah mata,
Iman terasa sakit,
Lantas, menilai semula,
Inikah realiti semasa? ISLAM ditindas kerana LEMAH,
LEMAH kerana tidak menjaga ASAS IBADAH,
Kita lihat tanda2 kematian hati,
byk org tertawa sedang maut sedang mngintai,
byk org cepat datang khusyuk solat tapi ternyata cepat pula dia pergi,
dingin TANPA penghayatan

MEREKA bekerja untuk hapuskan kita, KITA bermain dengan PERMAINAN MEREKA,
nahh.. pantas la..

Inilah terjadi, apabila ULAMA' di perlekeh, sama posisi juga jika ULAMA' hanya tahu menDIAMkan diri.

Inilah BUKTI, MARUAH ISLAM perlu dikembalikan melalui DAULAH ISLAMIYYAH !!!


P/S: Muzium Sepanyol. (kalau salah, mohon perbetul)

Sumber: BERNAMA , GOOGLE & FACEBOOK

Apabila seorang guru merendahkan muridnya


posted by Khairunnisa on ,

3 comments



North Carolina, 13 Mac.

Patty Clement, Ibu kepada seorang pelajar kelas enam di Buncombe County, North Carolina melahirkan rasa tidak puas hati kepada salah seorang guru yang telah menulis 'Loser' di dalam kertas kerja anak perempuannya dan mengatakan bahawa ia adalah satu tindakan yang melampau. Beliau sudah membawa masalah tersebut ke peringkat Guru Besar, namun tindakan menulis "Loser" di dalam nota hanya berhenti sementara. Selepas beberapa hari, anak gadisnya kembali ke rumah dengan mencampakkan pensel box, beliau bertanya "kelas bagaimana?", lalu anak gadisnya menceritakan bahawa kejadian yag sama berulang tapi dilakukan oleh guru lain. Clement mengesahkan, anaknya telah di buli.

Sekolah berpendapat, ianya tidak perlu di besar-besarkan kerana ianya masalah peribadi.

 

Perhatian !!

Perhatian buat guru-guru dan bakal pendidik ummat, bukan ini yang masyarakat pinta. Namun, seorang MU'ALLIM yang berjiwa MUROBBI. Kisah di atas bukan untuk memburukkan guru. Saya akui, ada guru yang dibuli. Itu kita boleh persoalkan bagaimana tarbiyyah keluarga di rumah. Namun, kes di atas... sama-samalah kita fikirkan. 

Mu'allim yang berjiwa Murobbi harus bertindak sebagai pemimpin, guru, orang tua, dan sahabat bagi muridnya . Mereka juga harus tahu untuk memimpin, mengajar, membimbing, dan bergaul. 

Sebenarnya, keutamaan seorang murabbi sebagai pendakwah bagi ummat, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, dsb. Saya ingin kongsikan beberapa keutamaan seorang Murobbi dalam sebuah halaqah islamiyyah.

1. Menjalankan Sunnah Rasul.          

Rasulullah s.a.w telah mentarbiyyah sahabat-sahabatnya dalam sebuah halaqah. Beliau membina halaqah selama hidupnya, baik ketika di Mekah (contohnya di Darul Arqam) mahupun di Madinah (contohnya majlis ilmu di Masjid Nabawi). Jadi, menjadi murobbi bererti melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w.

2. Mendapatkan Pahala Yang Berlipat Ganda.

Sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi) "

Barangsiapa yang mengajarkan Islam kepada orang lain maka ia akan mendapatkan pahala. Semakin efektif cara pengajarannya, semakin berlipat ganda pahala yang akan didapatkan. Halaqah adalah salah satu cara yang paling efektif untuk mengajar tentang Islam. Kerana itu, menjadi murobbi akan mendapatkan pahala yang berlipat ganda.

3. Mencetak Peribadi-Peribadi Unggul 

Nabi Muhammad s.a.w adalah murobbi yang telah berhasil mencetak generasi terbaik sepanjang masa. Oleh sebab itu, menjadi murobbi bererti turut membina peribadi-peribadi unggul harapan umat dan bangsa. Sangat aneh jika seorang muslim tidak mahu menjadi murobbi padahal ia sebenarnya sedang melakukan tugas yang besar dan penting bagi masa depan umat dan bangsa.

4. Belajar Pelbagai Keterampilan.

Dengan membina, seorang murobbi akan belajar tentang berbagai hal. Misalnya, ia akan belajar tentang bagaimana cara meningkatkan kepercayaan diri, komunikasi, bergaul, mengemukakan pendapat, mempengaruhi orang lain, merencanakan sesuatu, menilai orang lain, mengatur waktu, mencipta sesuatu, mendengar pendapat orang lain, mempercayai orang lain, dan lain  sebagainya. Pembelajaran tersebut belum tentu didapatkan di sekolah formal. Padahal manfaatnya begitu besar, bukan hanya akan meningkatkan kualiti pembinaan selanjutnya, tapi juga bermanfaat untuk kesuksesan hidup seseorang.
 

5. Meningkatkan Iman dan Taqwa.

Dengan menjadi murobbi, seseorang akan dapat meningkatkan iman dan taqwanya kepada Allah Lillahi Ta'ala. Secara psikologinya, orang yang mengajarkan orang lain akan merasa seperti menasihati dirinya sendiri. Ia akan berupaya meningkatkan iman dan taqwanya kepada Allah seperti yang ia ajarkan kepada orang lain. Alhamdulillah akhirnya insyaAllah, hidupnya akan menjadi tenang kerana dekat dengan Allah dan terhindar dari kemaksiatan. 

7.  Melatih diri dalam kumpulan / jamaie

Seorang murabbi yang membina mad’u dalam sebuah kebersamaan halaqah, mampu menjadi pengatur dan manajer dalam sebuah amal jama’i yakni amal yang dibangun dalam sebuah tanzim/manajemen dakwah. Dan pada giliran yang lain, ia pun mampu menjadi salah satu pasukan dalam barisan pelaksana. Hal ini sangat penting dalam dalam pencapaian tujuan sebuah amal jama’i.

8. Merasakan Manisnya Ukhuwah.

Untuk mencapai sasaran-sasaran halaqah, murobbi dituntut mampu bekerjasama dengan peserta halaqah. Kerjasama tersebut akan berbuah pada manisnya ukhuwah Islamiyah di antara murobbi dan mad’u. Betapa banyak orang Islam yang tidak dapat merasakan manisnya ukhuwah. Namun dengan menjadi murobbi, seorang muslim akan berpeluang untuk merasakan manisnya ukhuwah.

Akhirnya , dengan memahami peranan dan kepentingan seorang mua'llim yang berjiwa murobbi bagi agama dan umat, tak ada alasan lagi bagi kita untuk mengelak menjadi murobbi. Kita harus berupaya sekuat tenaga untuk menjadikan diri kita sebagai murobbi yang sukses membina mad’u. Inilah pekerjaan besar yang masih banyak “kelompangannya”. Inilah tugas besar yang menanti kita untuk bertindak. 

 

Mari menjadi murobbi !!

 





Sumber berita : A/P
Bahan Bacaan : Menjadi Murabbi Sukses, Satria Hadi Lubis





DSKHAIRUNNISAISMAIL
UNIVERCITYOFMALAYA
> 10 pm / 13 MAC 2010

Dunia hari ini yang kelihatan "aman"


posted by Khairunnisa on

No comments



ISU 1

“Kejadian itu berlaku pada 1981 ketika kedua-dua mangsa berusia lapan dan 10 tahun yang mana pada awalnya, mereka diserang setiap hari dan kemudian dirogol dua atau tiga kali seminggu. Sekiranya mereka menolak perlakuan berkenaan, bapa mereka yang menggelarkan dirinya sebagai penjaga atau bos akan bertindak menumbuk, menendang dan adakala cuba membakar mereka.”

Pihak berkuasa tempatan BRITAIN memohon maaf kepada dua wanita rakyat Britain yang dirogol dan didera bapa mereka selama lebih 25 tahun dan menyebabkan mereka hamil 18 kali (sehingga melahirkan 7 orang anak), kerana gagal mengelakkan kejadian sumbang mahram itu berlaku secara berulang.
Sebanyak 28 agensi dan 100 pegawai berurusan dengan keluarga terbabit sejak 35 tahun lalu. Namun, kesemuanya gagal dan masing-masing tampil untuk memohon maaf.

ISU 2

Lars Vilks mahu bebas sindir agama
"Saya sebenarnya tidak berminat untuk menghina. Tujuan karikatur itu dibuat adalah untuk menunjukkan ia boleh dilakukan. Tidak wujud sebarang perkara yang sangat mulia sehingga tidak boleh diejek," kata Vilks dalam satu temu bual di Stockholm. Alasan dia berbuat demikian untuk menunjukkan kebebasan artis menyindir semua agama termasuk Islam.

ISU 3

ISRAEL ingin  membina 112 buah rumah bagi pendatang Yahudi di Tebing Barat.
Prospek rundingan damai antara Isreal dan Palestin berkecai apabila Liga Arab menolaknya, setelah Israel meneruskan rancangan untuk membina lebih banyak penempatan haram baru di wilayah Palestin yang didudukinya. Ketua Liga Arab, Amr Mussa memberitahu pemberita, Presiden Palestin, Mahmud Abbas telah memaklumkan bahawa beliau tidak akan menghadiri sebarang rundingan damai dalam suasana sekarang.

ISU 4

Pemasangan CCTV di semua ibu pejabat polis daerah
"Dengan pemasangan CCTV ini, semua sesi soal siasat akan dirakamkan dan mereka yang bertanggungjawab dapat melihat apa berlaku seterusnya menjadikan tugas dan tanggungjawab anggota polis lebih difahami masyarakat," katanya.

ISU 5

50,000 tentera kawal Bangkok
Pihak berkuasa Thailand akan menempatkan 50,000 anggota tentera di jalan-jalan raya di ibu negara ini bermula esok, berikutan rancangan kumpulan antikerajaan mengadakan protes besar-besaran yang dikhuatiri akan bertukar menjadi ganas.


Perkongsian bukan sekadar “angin lalu”, tapi sebuah peringatan buat yang masih lena dalam pelukan kesenangan dunia. Di samping ilmu yang di tuntut, pasti ada yang menuntut mu di luar sana supaya bergerak membantu mereka.

Mujahadah yang sakit


posted by Khairunnisa on ,

No comments



Dia , membuatkan bibirku sering mengucup sejadah,
membuatkan kepalaku sering tunduk mengharap,
takut kehidupan hamba hanyalah madah,
rasa terhimpit yang menolak,
sebagai hamba hina aku takut tertolak...

kepada ALLAH aku serahkan,
kalau benar kau untukku,
pasti DIA akan uruskan,
tinggal tangan terus berdoa,
tinggal jasad terus bekerja,
tinggal diri untuk terus berusaha.

~nukilan Hilal Asyraf 



Namun, seruan DAKWAH masih melambai-lambai. Ilmu di dada minta di kukuhkan lagi sebelum keluar ke medan nya. Soal ini, biar DIA yang atur, aku hanya sekadar berkongsi. Alhamdulillah, iman dan hati sihat lagi. ^_^ .  Cuma, mujahadah itu memang perit & sakit.

Tergesa - gesa


posted by Khairunnisa on ,

1 comment



Semalam, aku cuba "berusaha". Ternyata plot kisahku tidak seindah Cinderella. Aku tunduk sambil berbisik pada TUHAN,

“Malam ini, aku menemuiMU dengan membawa “sebaris ayat”. Ku mohon redha dan petunjukMU”

Seusai pertemuan antara hamba dan pemilik jiwa, aku menemui nasihatNYA yang memukul kesadaran ku;
“Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (adzab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.” 
(QS. al-Anbiya’: 37)

Hanya itu.. yang setakat ini mampu meredakan kegilaan ujian hati yang melanda.

SABAR
 
Lantas, kembali ber-MUJAHADAH



Hamba yang tunduk


posted by Khairunnisa on

3 comments


[ the one who can bow down to ALLAH (God) 
can stand up for anything ]



Seminit yang akan datang, kita tak tahu apa yang TUHAN caturkan.

Sedikit demi sedikit, kesedaran itu timbul. Kesedaran sebuah tanggungjawab yang di pikul dalam sebaris kalimah agung
 
~لا إله إلا الله~
 
 
 
"wahai diri hamba yang sombong,
kembalilah kepada TUHAN mu,
segera mengaku KAU seorang DAEI,
yang harus menyebarkan
"SYAHADAH"
di seluruh pelusuk bumi... "





p/s: gambar di atas di ambil semasa program IBJ 2010 [Islamic Borneo Jamboree] anjuran MARSIS [Markas Siswa Siswi Islam Sabah].

About

Blog Widget by LinkWithin