Picisan hati


posted by Khairunnisa on

2 comments

 Tiada manusia yang sempurna.

Saya cuba menilai diri sendiri. Saya rasa, saya seorang yang tidak berminat dalam penulisan. Hanya tahu menulis sekadar bila rasa perlu, bila rasa sunyi, bila rasa ingin berkongsi ilmu yang di anugerahkan. Saya menulis untuk berkongsi. Tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang penulis novel, cerpen atau penulis berita (tak termasuk penulis blogger).

Namun, takdir-Nya tiada siapa yang dapat meng-agak. Baru bergelar tahun pertama di UM, Allah memilih saya untuk menjadi penulis di salah sebuah syarikat. Walaupun hanya sebagai penulis buku ilmiah kanak-kanak, namun..ia tetap di panggil “penulis”. Pada mulanya, saya ingatkan kerja ini simple, apatah lagi saat terdesak dari segi kewangan di alam kampus, saya cuba menyahut cabaran. Tetapi, ternyata..rupanya..ada banyak benda lain lagi yang saya perlu fokus selain dari menulis. Saya tidak menjangka, keputusan untuk menjadi penulis sampingan seperti ini, amat memerlukan komitmen yang tinggi.

Saya mungkin tidak sehebat sahabat saya, saudara Hilal Asyraf, seorang penulis muda yang semakin terkenal dalam dunia penulisan kini. Begitu juga sahabat saya, Masturah, semua cerpen yang di karangnya amat menarik. Saya cuba mencari kekuatan melalui mereka. Cuba mencari inspirasi. Saya juga amat berterima kasih pada saudara Wan Afifi selaku editor saya yang banyak membantu, namun, saya masih, mencuba yang termampu.

Dan, saya masih mencari hikmah yang terbaik di sebalik aturanNya ini. Mendapat sesuatu yang kita tidak pernah harapkan, yang kita tidak pernah fikirkan, malah mungkin sesuatu yang kita tak suka. Perasaannya bagai mengayuh sampan di laluan angin yang bertentangan. Ia memerlukan kekuatan jiwa & hati. “DIA tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya”. Saya pegang barisan ayat itu. Cuba buat yang terbaik setakat yang mampu.


Dan.. saya harap, saya dapat menghabiskan bahagian saya sebagai penulis dengan baik. Ia adalah sebuah kenyataan dan jalan hidup yang tak mampu di gambarkan dengan kata-kata. Seorang penulis perlu menjaga gaya penulisannya. Begitu juga saya. Terlebih kata nanti bagaikan orang mengeluh bunyinya. Tidak terkata pulak umpama tiada perasaan. Hanya Allah yang tahu apa yang telah di anugerahkan pada hambaNya ini.

Ujian ini buat saya seringkali jatuh dan bangun, seringkali putus asa, kemudian bangkit semula, seringkali tertekan dan kemudian mendamaikan hati semula. Walaupun hanya ujian menjadi seorang penulis biasa, namun, bagi insan yang seperti saya, yang jarang orang di sekeliling saya fahami, ia amat berat. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mempercayai saya.






p/s : Buat Ustaz Wan Afifi, saya minta maaf sebab sepanjang minggu cuti ini, tak dapat nak hubungi ustaz untuk follow up. InsyaAllah, progress buku.. saya usaha habiskan.

DSKHAIRUNNISAISMAIL

UNIVERCITYOFMALAYA
0700, TAWAUSABAH

17 DIS 09

2 comments

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin