Archive for December 2009

The LAST DIARY (episod 1)


posted by Khairunnisa on

5 comments


Diari 1: Muqaddimah kehidupan; bernafas di awal subuh. Hemm mengenangkan dosa semalam yang masih berbaki. Lalu bangkit, menyegarkan diri dan siap bertemu Ilahi, bermohon moga diri dimaafi dan perbaiki diri. Mungkin mula bertanya pada diri "kenapa aku jadi begini?"

Diari 2: Yosh, siap. Masa untuk menyelesaikan apa yang telah di jadualkan. Alhamdulillah, bersangka baik dengan Allah memudahkan lagi urusan. Seharian, saat menguruskan borang PTPTN kemudian turun naik library dan pejabat bendahari UM untuk menguruskan cek untuk di tunaikan (hasil dari kemenangan pertandingan). Semuanya berjalan lancar dengan bantuanNya.

Diari 3: Pertama kali merasa sebak di dada hanya kerana terlambat mengucapkan alhamdulillah apabila berhasil mendapatkan teksi di kawasan yang jarang sekali untuk mendapatkannya. Tertanya-tanya perasaan sebegitu rupanya ada. 

Diari 4: Masih berbaki kerja tahun ini perlu disiapkan. Belum dapat menghubungi editor, Ust Wan Afifi, macam mana ya?      

Diari 5: Samada sedar atau tidak, kalendar Islam telah beberapa hari membuka lembaran baru. Kini ISLAM di dalam "musim 2010". Tapi masih tercari-cari, tahun baru perlukan sesuatu yang baru? Azam? Matlamat? Diri sendiri? Cinta? Seseorang?

Diari 6: Dan blog ini pun dah nampak suasana barunya.. hanya mahu kelihatan simple seperti empunya diri. The important thing are less widget, more sharing.

Diari 7: Saat diri menghitung usia muda tahun baru hijrah, cuba mengatakan pada diri sediri, 2020 2010 ialah ;

1. REBUILT a strong LOVE with Allah

2. to appraise again my main TARGET

3. BALANCING my personal matter with work & study

4. MATURE my mind cause i'll be 22 years old (2010)

5. try to FIND myself, actually

6. LESS sleepZZZ, MORE confident

7. dare to think UN-THINK-ABLE thought

8. try to REFUSE many request that I might be cant do it. ( because im a person that will accept any kind of request without think reasonable. Before i'll ruin it)

9. more RESPONSIBILITY with my work & study.

10. HONEST to my heart & face that "problems"

11. face SERIUOSLY in english communication & politic minded

Diari 8: Menyusun aturan hidup seolah-olah menyusun 1000 jigsaw puzzle bintang yang bertaburan. Sesekali keliru apabila meletakkan kepingan bahagian atas. Hey, puzzle bintang, tentu semua kepingan punya rupa yang sama tapi fungsi yang berbeza!

Diari 9: Kenapa agaknya mereka kata saya banyak kelebihan sedangkan saya tidak merasainya?


Diari 10: Tolong maafkan diri ini sepanjang tahun 1988 hingga 2009 sekiranya saya ada:

>terkasar bicara, tersasul kata, tersumbang senyuman, tak buat kerja sebaiknya, menjadi kawan yang tak bertanggungjawab, menjadi penulis yang tak komitmen, menjadi anak yang malas, menjadi mahasiswa yang tak efisen, menjadi seorang yang boros, sombong tak kena tempat, terlebih kata, tak menjaga adab, tidak tegas dalam bicaranya, tidak serius dalam pelajaran, ponteng kelas & meeting, menjadi penulis blog yang tak best dan kurang beribadah. 


Saya, Ds Khairunnisa bt Ismail meminta maaf secara terbuka pada yang mengenali diri ini atas kesalahan-kesalahan samada yang bertulis, sedar atau tak di sedari.



p/s: Campur-campur bahasa sebab tiap satunya punya perasaan yang tiba-tiba timbul, heh bayangkan...







DSKHAIRUNNISAISMAIL
UNIVERCITYOFMALAYA
> PANTAI DALAM, KL
> 1.45pm / 24 DIS 09

Picisan hati


posted by Khairunnisa on

2 comments

 Tiada manusia yang sempurna.

Saya cuba menilai diri sendiri. Saya rasa, saya seorang yang tidak berminat dalam penulisan. Hanya tahu menulis sekadar bila rasa perlu, bila rasa sunyi, bila rasa ingin berkongsi ilmu yang di anugerahkan. Saya menulis untuk berkongsi. Tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang penulis novel, cerpen atau penulis berita (tak termasuk penulis blogger).

Namun, takdir-Nya tiada siapa yang dapat meng-agak. Baru bergelar tahun pertama di UM, Allah memilih saya untuk menjadi penulis di salah sebuah syarikat. Walaupun hanya sebagai penulis buku ilmiah kanak-kanak, namun..ia tetap di panggil “penulis”. Pada mulanya, saya ingatkan kerja ini simple, apatah lagi saat terdesak dari segi kewangan di alam kampus, saya cuba menyahut cabaran. Tetapi, ternyata..rupanya..ada banyak benda lain lagi yang saya perlu fokus selain dari menulis. Saya tidak menjangka, keputusan untuk menjadi penulis sampingan seperti ini, amat memerlukan komitmen yang tinggi.

Saya mungkin tidak sehebat sahabat saya, saudara Hilal Asyraf, seorang penulis muda yang semakin terkenal dalam dunia penulisan kini. Begitu juga sahabat saya, Masturah, semua cerpen yang di karangnya amat menarik. Saya cuba mencari kekuatan melalui mereka. Cuba mencari inspirasi. Saya juga amat berterima kasih pada saudara Wan Afifi selaku editor saya yang banyak membantu, namun, saya masih, mencuba yang termampu.

Dan, saya masih mencari hikmah yang terbaik di sebalik aturanNya ini. Mendapat sesuatu yang kita tidak pernah harapkan, yang kita tidak pernah fikirkan, malah mungkin sesuatu yang kita tak suka. Perasaannya bagai mengayuh sampan di laluan angin yang bertentangan. Ia memerlukan kekuatan jiwa & hati. “DIA tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya”. Saya pegang barisan ayat itu. Cuba buat yang terbaik setakat yang mampu.


Dan.. saya harap, saya dapat menghabiskan bahagian saya sebagai penulis dengan baik. Ia adalah sebuah kenyataan dan jalan hidup yang tak mampu di gambarkan dengan kata-kata. Seorang penulis perlu menjaga gaya penulisannya. Begitu juga saya. Terlebih kata nanti bagaikan orang mengeluh bunyinya. Tidak terkata pulak umpama tiada perasaan. Hanya Allah yang tahu apa yang telah di anugerahkan pada hambaNya ini.

Ujian ini buat saya seringkali jatuh dan bangun, seringkali putus asa, kemudian bangkit semula, seringkali tertekan dan kemudian mendamaikan hati semula. Walaupun hanya ujian menjadi seorang penulis biasa, namun, bagi insan yang seperti saya, yang jarang orang di sekeliling saya fahami, ia amat berat. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mempercayai saya.






p/s : Buat Ustaz Wan Afifi, saya minta maaf sebab sepanjang minggu cuti ini, tak dapat nak hubungi ustaz untuk follow up. InsyaAllah, progress buku.. saya usaha habiskan.

DSKHAIRUNNISAISMAIL

UNIVERCITYOFMALAYA
0700, TAWAUSABAH

17 DIS 09

Lagu bagi kamu itu bagaimana ?


posted by Khairunnisa on ,

2 comments





Lagu sebagai teman :

1.    Saat sunyi. Bila sunyi, saya akan mendengar lagu sambil mengemas, menyiang ikan, memasak dan terlena.

2.    Saat sedih. Ada suatu saat, bila sedih, suka mendengar lagu yang menyedihkan untuk menyedihkan lagi hati. (Gila sikit agaknya, yalah, bayangkan kecewa saat putus cinta, ish3).

3.    Saat gembira. Ada suatu saat, gembira bertemu cinta agaknya, jadi pasti siapa pun akan asyik mendengar lagu hikayat cinta. (Kebanyakannya..kan?)

4.    Saat marah? Ohh tidak.. mendengar lagu di saat marah adalah satu tindakan yang tidak tepat.

5.    Saat ingin mendapatkan ilham. Ohh ada suatu saat, untuk mendalami hati, saya perlukan lagu untuk menterjemah apa yang saya rasa. Sebab, saya jenis tak pandai meluah dengan lafaz, tapi dengan bait tulisan.




atau..lagu itu melalaikan ? :

1.    Saat memasak. Ohh sangat bahaya.

Nenek dahulu kala berpesan, “Jangan menyanyi ketika memasak, nanti dapat suami tua”. Frasa pertama sebagai satu amaran kerana adalah sangat bahaya menyayi ketika memasak. Bayangkan anda memasak sambil membayangkan diri di atas pentas sambil menghayati lagu, bisa jadi penyenduk memasak yang berminyak panas jadi microphone nya. (Bisa kah?) Jadi, sebelum badan melecur, nenek sumpah “nanti mendapat suami tua” siapa yang ingkar. Jadi, ramai gadis dahulu yang takut untuk menyanyi sambil memasak. Mulut nenek, “masin”.

2.    Saat belajar. Saya sendiri tak dapat belajar sambil mendengar lagu. Yalah, bila dengar lagu, saya suka hayati liriknya sambil berfikir apa agaknya yang cuba di sampaikan oleh sesebuah lagu itu. Saya jenis yang kisah pada semua perkara.

3.    Saat tertekan. Sepatutnya, bila sedih tak perlu dengar lagu untuk menyedihkan lagi hati yang sakit. Hati akan lalai dari mengingati Allah.

Lagu terlalu hebat untuk menyembuhkan hati. Lagu yang mendamaikan tentu dapat mengubat hati yang sedih. Puisi nya pasti mengandungi kata-kata semangat. Apalagi lagu ketuhanan. Itula yang manusia perlukan. Satu dorongan tanpa perlu manusia lain melafazkan bicara. Cukup irama dan puisi indahnya. Bicaraku bukan kosong, menurut fakta, irama yang lembut boleh menenangkan pesakit mental.

Lagu juga terlalu hebat untuk membarahkan hati yang terluka. Lagu yang iramanya mungkin kedengaran lembut, tapi puisinya sangat menyakitkan hati. Ia mampu mengembalikan emosi lama yang pahit, diterjemahkan melalui bait, di bangkitakan dengan irama yang sangat menusuk kalbu. Hati yang sudah rapuh, mana mungkin dapat bertahan dengan nya.

Di sanalah kehebatan kata-kata manusia. Ia di perteguhkan dengan keindahan susunannya dan di perkuat dengan melodinya. Berjuta manusia jatuh cinta kepada sesiapa yang bijak mengatur kata bukan. Berjuta manusia juga telah disakiti oleh ia hatta dengan sebaris kata yang tajam. Oleh itu, lahirlah peribahasa “Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya”.

Lagu & irama itu tidak boleh di pisahkan. Jangan terlalu rigid dalam mentafsirkan. Sebelum turunnya Al-Quran, tanah arab itu terkenal dengan ramai Penyair yang hebat. Sesuai dengan masa, tanah, dan ummatnya, “ia” pun hadir. Tiada seorang penyair pun yang mampu mengalahkan keindahan ayat-ayatNya. Pada mulanya tanpa irama. Namun, sudah cukup menggetarkan hati bagi sesiapa yang membaca ayat-ayatNya.
 
Hati manusia penuh dengan seni, lantas tercipta irama yang sesuai untuk ayat-ayatNya atau dikenali sebagai seni tarannum. Tiada tandingan. Tiada yang melalaikan. Sesuatu yang hati manusia perlukan, ketenangan yang hakiki, kedamaian yang bermakna. Hatta satu huruf sangat berharga di sisi-Nya. “Ia” perlu di terokai bagi sebuah hati yang gersang. Hadirnya membantu jiwa yang kehilangan Tuhannya. Sentiasa di sisi. Itulah, Al-Furqan yang di sayangi.



DSKHAIRUNNISAISMAIL
UNIVERCITYOFMALAYA

0700, TAWAUSABAH
8 DIS 09





About

Blog Widget by LinkWithin