Menggenggam dunia !!!


posted by Khairunnisa on ,

No comments




Seronoknya andai dapat menggenggam dunia kan. Kami dapat kerja simple dari Lect Pn.Arni minggu lalu. Pn Arni suruh kami lukis peta dunia. Beliau nak kami hafal semua negara-negara yang terlibat dalam sejarah dunia. Pn Arni seorang lecture yang suka bercerita. Seronok dengar bila beliau dah mula bercerita tentang sejarah, sains politik dll. Cara penyampaian beliau buat kami tak mengantuk.


Sebelum beliau memulakan kuliah, beliau telah keluarkan sebuah Globe dan suruh kami sentuh seorang demi seorang. Lepas tu, beliau kata, perasan tak, dunia ni ( menunjuk kepada Globe di tangan beliau ) kecil jea kan. Tengok, pegang dengan tangan pun boleh, nak peluk pun boleh. Rasa betapa kecik nya la dunia ni kan. Geli hati saya mendengarnya. A'ah, betul jugak kan.


Lepas tu, beliau kata, perasan tak, stesen tv barat macam BBC dll suka tayang kat sisi skrin tv mereka tu Globe tengah berpusing-pusing. Agaknya, dengan cara tu (melihat Globe dalam tangan) mereka (barat) rasa betapa senangnya nak miliki dunia ni. Sebab tu mereka senang jea nak tindas negara lain. Seolah-olah dunia milik mereka. Maka wahai yang mengaku beriman sebenar-benar IMAN, kita tahu dan yakin bahawa DUNIA itu MILIK ALLAH. Jadi, jangan kita bersembunyi di balik dinding globalisasi. Jangan hanya tahu angguk-angguk dan geleng-geleng tanpa pelaksanaan sistem Allah yang sepatutnya bergerak di atas bumiNya.


"Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah." An- Nahl : 52


Lemahnya kita kerana kekurangan ilmu. Mereka (barat+kafir+zionis laknatullah) tidak tidur kerana mencedok ilmu dan khazanah kita. Mereka mengkaji strategi Islam yang terdahulu dan yang agung itu. Tapi kita masih melahirkan kekaguman terhadap mereka.


Mari genggam dunia semula. Rasai yang kita ini hanya insan kerdil. Kita ini hanya hamba Allah. Yang perlu melaksanakan Islam zahir dan batinnya. Pesan pada sahabat, andai diri kita lalai, salinglah tegur-menegur. Hayati surah Al-Ikhlas.


Di sini, saya tampilkan beberapa gambar peta dunia dan gambar yang khususnya. Sebenarnya untuk memudahkan sahabat-sahabat saya yang belum dapat cari peta dunia tu ( dan lebih tepat lagi atas permintaan sahabat saya. Siapa? sahabat saya lah ). Huhu. Kepada sahabat-sahabat Sains Poltik Islam tu, terimalah... (cewahh). Jangan tak lukis tau, cantik-cantik sikit huhu. Sebab, masa search dalam Google tu, lambat jea timbul wajah-wajah peta ni. Oleh sebab saya dah dapat tu, saya kongsikan la kat sini.



















Haa... para pembaca dah habis tenung tak dunia kita ni? Rasa macam dah lawat semua negeri kan. Hehe. Melancong atas kertas pun boleh la ek. hehe. Lepas ni, jangan ingat hanya ada Malaysia jea... kenalilah dunia anda, luaskan fikiran, pandanglah sejauh mungkin.


Sekian untuk perkongsian secara santai kali ni.





" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "

Salam perjuangan dari:

Dskhairunnisa Ismail :)

Leave a Reply

About

Blog Widget by LinkWithin