Archive for June 2009

Buku !!!!!


posted by Khairunnisa

2 comments


Sedang asyik berjalan-jalan dengan Husbah di bandar, kami singgah di Pasar Tawau. Husbah ingin mencari buku ESQ karya seorang pakar motivasi dari Indonesia atas saranan Pak cik nya. Kalau tak silap, nama penulisnya Ary.....(tak ingat huhu) Akhirnya, kami tiba di Sebuah toko buku kecil di dalam Pasar Gantung Tawau ( yang terkenal di Tawau kerana terdapat banyak kedai mutiara di situ ). Toko Kimanis namanya.

Bagaikan cinta pandang pertama, buku pertama yang ditangkap oleh lensa mata ini ialah buku Sejarah Pemikiran edisi I - Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan Orde Baru Dunia oleh Sulaiman Noordin. MasyaAllah, tak sabar untuk membedah isinya bersama sahabat-sahabat yang lain. Isi kandungannya hebat. Penulis berjaya merungkai satu persatu Ideologi Barat antaranya Illuminati, Zionis, peta Zionis, perancangan Yahudi, kisah sejarah di sebalik bagaimana Injil karya Zionis berjaya mendapat tempat di hati kerajaan pada zaman lampau sehingga bagaimana Injil asli dan pengamal Injil yang sebenarnya pupus, dan seterusnya corak revolusi ilmu tercipta di tangan Yahudi.






Buku karya Kang Jalal ini juga tidak kurang hebatnya. Merintis corak pemikiran terbuka dan berani. Dengan hanya membaca muqaddimah penulis ini saja sudah amat menarik dan membuka hati saya untuk menghabiskannya. Sayangnya buku ini bukan untuk di jual. Saya meminjamnya dari Pak Cik, pemilik kedai Toko Kimanis ini. InsyaAllah saya akan kongsikan kandungannya akan datang. ( Wajah beliau mirip wajah abah saya..ish3 ). Saya amat tertarik kupasan beliau mengenai "Feminisme", "Dakwah di dalam Iklan", "Let it go Lady D (Diana)" dan lain-lain.






Antara buku di atas yang mampu saya beli setakat ini ialah Buku Sejarah Pemikiran RM 62.50 dan buku Siyasah Syar'iyah terjemahan karya Ibnu Taimiyyah RM22.50 ( Mas, untuk mas akak da belikan jugak hehe). Saya ingin membeli buku tentang "Membonsai Islam" & "Kerasukan JIL ( Jalan Islam Liberal )". Tapi, lain kali saja lah. Apapun, koleksi buku dalam kedai ini sangat menakjubkan. Kebanyakan karyanya di karang oleh orang Indonesia. Sungguh bagus sekali. Koleksi buku Toko ini tidak ada di temui di kedai buku lain di Tawau. Sayang sekali, tempatnya tersorok dari pandangan umum. Apa yang penting, hati saya amat gembira tak terkata dapat menemui Toko ini. Sebagai bookholic, pantang singgah di kedai buku, sekurang-kurangnya satu buku pasti di beli ( bercadang ingin membina mini library di rumah sendiri akan datang, insyaAllah ;) ).







QK: sedang pening kepala dengan pengurusan UM. 28 Jun kena reg. wuuu... masalah tul.




" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "

DSKHAIRUNNISAISMAIL
Lokasi terkini: TAWAU,SABAH
0444pm, 24062009
http://qalamhazin.blogspot.com

Rupanya, aku menggali kubur sendiri !


posted by Khairunnisa on ,

5 comments


Suasana gelap. Beberapa buah kubur baru siap di kambus. Tinggal beberapa kujur mayat lagi belum di usaikan. Walau dalam keadaan cemas, sedih dan takut bercampur baur, tangan tetap merangkul mayat dan mencangkul tanah. Satu fenomena pelik berlaku, bahawa kami semua akan mati secara bergilir tanpa sebab. Sahabat yang telah mati dahulu kami akan cuba kambus dengan aman. Rupanya, kami menggali kubur sendiri..!


Saat itu, hatiku berat. Apa mungkin ajal ku akan singgah juga, sepertimana sahabat-sahabatku yang terbujur kaku. Tanganku bergetar. Pandangan mataku tajam melihat ke dalam kubur. Sekujur mayat yang hangus di dalam keranda yang di buat dari kaca yang membolehkan aku melihat bagaimana ia terseksa. Asap merah memenuhi ruang.


Aku lantas menggigil. Masih ku ingat monolog ku bergetar sambil melihat seksaanNya “Ya Allah, amal ku belum cukup, jangan Kau jemput aku dalam keadaan berdosa ini ya Allah, ku pohon, beri aku kesempatan ya Allah”. Aku tersungkur. “Ya Allah, ku mohon berikan aku hati yang baru andai hati aku ini tidak dapat di bersihkan lagi” .


Aku lantas terbangkit, istighfar dan muhasabah. Astaghfirullah. Aku bermimpi rupanya. Aku bangkit dan membersihkan diri serta berwudhu’. Ayat suci ku lantunkan. Bukan alunannya yang ku kagumi , tapi hati yang ingin ku suci kan.


"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang ke luar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya) Kerana takut mati; Maka Allah berfirman kepada mereka: "Matilah kamu', Kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai kurnia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."
(al-Baqarah: 243)



Matahari kian redup. Sedang asyik melayari internet untuk melihat kandungan surat tawaran UM, tiba-tiba bekalan elektrik terpadam. Lantaran bosan, aku memasang lagu nasyid didalam handphone. Secara tak sengaja, alunan mersik Farsyi Turab dalam carta ke-2 memenuhi ruang. Memori ku ligat berputar kembali mengenang mimpi yang ku alami di awal pagi. Aku memegang dada, masih tersisa rasa gerun, rasa takut akan gambaran seksaNya. Masih terngiang rintihan ku pada-Nya.


Aku pasti, kalian juga pernah merasakannya. Aku dan kamu pernah merasakan bahawa mati itu dekat. Begitu dekat hingga melemahkan saraf lutut, bibir terkumat kamit memohon ampunan. Masakan tidak, kita ini hamba. Hanya ada dua pintu kelak, samada pintu Neraka atau Surga. Beruntung bagi mereka yang sedar betapa Cinta-NYA lebih besar untuk dirinya sebagai hamba berbanding Cinta Hamba pada Tuhannya.


Di saat kita sedang gembira dengan kehidupan seharian kita, saat kita lalai dengan tugas Hamba, saat kita ketawa mahupun menangis, ingatlah bahawa maut itu dekat. 24 jam mengekori kita di belakang. Anak wayang kata "Jangan Pandang Belakang", tapi hari ini aku mengajak, "Pandanglah ke belakang" untuk muhasabah, mengetok diri yang alpa, menampar diri yang lalai dengan nikmat dunia.


"Tiap-tiap jiwa itu pasti akan merasai mati"


Ia yang akan membuat orang di samping kita merasa sedih. Telah tercatat tugasnya akan menyebabkan seorang ayah kehilangan anak harapannya, juga menyebabkab seorang ibu pasrah menerima sebuah kehilangan. Tugasnya menyebabkan seorang anak menjadi yatim, seorang suami menjadi duda, dan seorang isteri menjadi janda.


Namun, takut mati di sini bukan bermakna kita harus takut untuk keluar ke alam realiti, hingga kita paranoid dengan isu pembunuhan, pengeboman dan macam-macam lagi. Takut mati bermaksud takut dengan azab siksaanNya yang amat pedih.


"Sungguh, di sisi Kami ada belenggu-belenggu (yang berat) dan neraka yang menyala-nyala. Dan ada makanan yang menyumbat di kerongkong dan azab yang pedih "- (73:12-13)


Tapi ingat wahai insan yang mengaku Pejuang Allah, tika bicara soal perjuangan, jihad, syahid, tidak boleh timbul rasa takut mati. Malahan, cintailah mati. Cintailah untuk mati SYAHID. Itu seharusnya menjadi cita-citamu yang paling agung. Jangan hanya mengagungkannya di dalam kertas atau tulisan semata-mata, tapi buktikan dengan pena yang berdakwatkan darahmu kelak di akhirat.



"Dan siapkanlah kekuatan apa saja yang kamu sanggup untuk menghadapi mereka, dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu." (Al-Anfal: 60)





Nasihat ku untukdiriku dan kamu:








" Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir, lantas ku temui diri! "


DSKHAIRUNNISAISMAIL

Lokasi terkini: TAWAU,SABAH
0200pm, 20062009
http://qalamhazin.blogspot.com

Ahli Pemikir & Agen Perubahan ?


posted by Khairunnisa on

3 comments


Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka.

Cendikiawan membuat sejarah dengan akal fikiran mereka.

Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka.

Apabila hati, akal dan jiwa saling menunjang untuk membuat sejarah,

pasti sejarah tak akan pudar sinarnya dan tak akan padam obornya.

-Dr. Mustafa Assiba'i



Lihatlah dunia kita, pelbagai peristiwa dalam helaian sejarah telah terbuku. Menanti insan-insan pemikir membedah zaman lampau, mengurai misteri dan mencari jalan penyelesaian dalam masalah yang acap kali berlaku. Mereka ini insan yang tak pernah berhenti untuk berfikir, membuat analogi, kesimpulan, analisis dan kajian demi kajian. Saya ambil contoh, ahli pemikir sejarah pernah membahaskan, wanita sebagai punca utama kejatuhan sesebuah negara, hatta sesebuah tamadun. Ahli arkeologi pula, sanggup menggadai nyawa, tetap cuba menyingkap rahsia sejarah sebuah artifak usang, yang bagi mereka tidak ternilai harganya.


Sejarah, satu subjek yang bukan praktikal, tapi perlu di fahami, hingga “meletakkan” diri di suatu peristiwa untuk di teliti. Ramai yang mengkaji tentang sejarah, dan ramai juga yang “seronok” memanipulasi sejarah. Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.


Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire


Bukan mudah untuk memanipulasi sebuah sejarah yang telah “hidup” berabad lamanya dalam jejak tinggalan zaman. Ini bermakna, mereka juga ahli pemikir, yang kreatif memesongkan fakta. Mereka adalah dari golongan manusia yang kecewa dengan ketentuan Pencipta, lantas memberontak dan hidup dalam bayangan Perosak Laknatullah.


Tidak kah kita dapat simpulkan, mereka yang mensyukuri erti hidup untuk memberi, berusaha untuk mahu kehadapan, menjejak zaman lampau untuk membina suatu tamadun yang hebat di masa depan. Dan, mereka yang kecewa dengan Pencipta, tetap berusaha untuk merosakkan jejak silam, dan membina sebuah tamadun yang gelap. Selebihnya adalah golongan yang pemalas, duduk termagu, membingung, berkhayal dan hanya tahu berteka teki hingga membiarkan masalah menjadi barah.


Bagaimana pula dengan kita?


Kita hanya membaca hasil kajian mereka, tetapi tidak turut serta mencetus buah fikiran. Kita membeli keluaran ciptaan dan karya tulisan mereka, tapi tidak cuba untuk membina empayar sendiri. Mereka mengkaji, kita hanya melihat. Sesekali “angguk-angguk, geleng-geleng”. Kita pernah mencetus rangkaian idea yang hebat, tapi sayang, bila sampai ke tahap pelaksanaan, kita kurang mampu. Bak kata bijak pandai terdahulu , menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.


Apa yang perlu di lakukan, jelaskan semula matlamat, bina semula kesatuan. Agenda perlu perangkaan rapi. “Kalau agenda anda tidak ditulis, anda tidak mempunyai agenda sama sekali” – Gerald A. Michealson. Ini bermakna, anda mungkin hanya mempunyai impian, visi atau mungkin hanya mimpi buruk.


Perlu diingat, jika anda mengaku seorang agen perubahan, anda perlu tahu bahawa agenda dan pelaksanaan tidak boleh di asingkan. Seseorang hanya boleh di iktiraf menjadi agen perubahan bila selesai di peringkat pelaksanaan. Tidak kira berjaya atau hampir berjaya, di sana telah tercetusnya usaha.


“Anda tidak tahu bagaimana musuh anda? Bertempurlah dan cari. Serangan yang penuh keyakinan hanya dapat ditentukan setelah beberapa lama bertempur. Serangan percubaan (pada kali pertama) bukanlah pertempuran yang berasingan, tetapi ia merupakan serangan awal. Lancarkanlah formasi terhadap keseluruh barisan hadapan musuh, maka anda akan kenali bentuknya (masalah & musuh)” - Strategis Eropah – Kapten Johnstone, 1916.


Moga kita dapat baiki kelemahan yang ada hingga mampu mencetus gagasan idea yang selaras dengan peringkat pelaksanaan.







"Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir lantas ku temui diri !"

Cetusan pendapat hamba Allah,

DGSITIKHAIRUNNISAISMAIL

JERAM, PASIRPUTIH, KELANTAN.

1200am 11JUN2009



Err wrong number yea mak cik?


posted by Khairunnisa on ,

3 comments


“Shelom... .apa kbr? Pauline.”

“A'laikum, great, thanks, ye Pauline, ada apa saya dpt bantu?”

“eh ni siapa plak, ni dari mana?”

“er bukan ke awak yang sms saya dulu, mana saya tau”

“owh saya minta seribu kemaafan, saya ingatkan ni no kawan saya nak gi tau yang saya dah tukar nombor”

“its ok. Nevermind.”

“boleh tanya ke? awak ni siapa dan dari mana. itu pun klu sudi...”

“boleh saya tau? apa tujuan awak secara sengaja sms no rambang untuk berkenalan?”

“tak pa lah.. thanks”

“masa muda hy sekali, kerana "sekali" tu la susun smula hdup anda. Asal ada kyakinan, hdup anda akn teratur dan tidak waste time gini. ok. bye”

“Ok thanks smuanya tu,saya sebenarnya seorang ibu yang menghantar sms untuk seorang ibu kat tawau sebab dia adalah kawan baik saya. jadi jangan salah faham ya. maaf...”

“owh tak pe. ok. moga makcik dapat bertemu sahabat makcik kat tawau tu yea.”


Haa... saya sendiri pun terkejut perbualan kami di akhir SMS ini. Saya ingatkan lelaki mana yang suka bergurau ingin berkenalan. Alamak, perasan ke saya ni? Bagi saya, lebih baik perasan daripada tak perasan langsung hingga terjebak dalam sesuatu yang tidak sepatutnya.


Saya balas SMS ini pada awalnya kerana saya ingat Pauline mungkin salah seorang customer Nisa Shop blogspot yang ingin membeli t-shirt labuh. Rupanya, WRONG NUMBER.


Wrong number pun kecoh ke?


Tak kan nak siar dalam akhbar pulak lepas nih?


Maaf, saya tahu, kadangkala corak pemikiran kita pantas untuk mengkritik sebelum berfikir, harap anda tidak begitu. Saya cuma ingin mengajak kalian berfikir, perbualan SMS ini sedikit pelik. Kalau betul lah kes ini termasuk dalam kategori “Wrong Number” dari seorang auntie bernama Pauline, apa memangnya seorang “auntie” juga mencari pasangan melalui cara ini? Sudah tidak adakah cara lain kah atau hatinya sangat terdesak dengan jarak masa yang membosankan di rumah tanpa pasangan ?


Pauline ingin memberitahu kawannya melalui SMS bahawa dia telah menukar nombor telefon tetapi malangnya tersalah hantar SMS tersebut ke nombor yang lain. Ia boleh di anggap kesalahan normal. Saya ingin bertanya, andai anda juga mengalami nasib seperti Pauline, adakah anda juga akan atau ingin mengambil kesempatan atas kesalahan “wrong number” anda itu untuk berkenalan? Mana tahu kebetulan terrrhantar ke nombor anak raja. Mungkin... tapi KARUT.


Satu lagi fakta KARUT yang menjengkelkan saya ialah, benarkah Pauline seorang “ibu” seperti apa yang di akui oleh Pauline di atas? Logikkah seseorang yang bergelar “ibu” bersikap seperti remaja yang hanya tahu membuang masa berkenalan rambang melalui cara “wrong number” ini? . Kalau ya pun malu sebab saya tidak ingin berkenalan dengannya, agak-agak la juga nak cari alasan untuk cover malu. Tak kreatif langsung.


Mencari teman melalui kaedah “wrong number” pernah popular di kalangan remaja. Sehingga kini, masih ramai remaja kita yang ketagih seorang TEMAN di kala sepi lantas mencari kaedah yang senang, cepat dan mudah untuk memperolehinya.


Adakah ini hasil kecetekan pemikiran mereka sehingga mampu mencetuskan pantas idea-idea yang menjahanamkan diri?


Saya bukan memperbesar isu, kadangkala, perkara yang kita selalu anggap remeh dan kecil dapat menjadi perkara penting yang perlu di perbaiki agar tidak menjadi isu yang besar.


Bagaimana perkara yang kecil boleh menjadi titik tolak membangkitkan hal yang lebih bahaya?


Hakikat sudah ada di depan mata,”JANGAN HAMPIRI ZINA”, tetapi akal yang tidak dipandu IMAN menutup hati dan kreatif mencipta alasan untuk mengangkat EGO hanya kerna di tegur . Bila di nasihatkan :

> Jangan lalai SMS CINTA VS alah, bukan pegang tangan pun

> Pegang tangan tu HARAM VS alah, pegang je pun, bukan nak buat ape

> Anda di tangkap khalwat dengan seorang lelaki VS tolonglah ustaz...arghhh...


Malangnya, masyarakat yang terbuntang mata melihat kerosakan akhlak remaja itu jugalah yang sentiasa memandang ranting perkara remeh dalam mengawal anak muda kini dari berpegang tangan, berdua-duaan di tempat awam dan sunyi.


Mari bertindak berlandaskan Syara’.


FIKIR & ZIKIR.


“Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir lantas ku temui diri !”

DSKHAIRUNNISAISMAIL

MAHASISWA.A.P.I.UniMalaya

JERAM, PASIRPUTIH, KELANTAN

0500pm, 03062009



Jujurlah walaupun dengan Tom Yam


posted by Khairunnisa on ,

No comments


Matahari terpacak kemas di dada langit. Penat dan lapar. Saya dan Rohayu singgah sebentar untuk rehat sambil lunch di pasar pekan Pasir Puteh. Kami memesan Tom Yam. Lama tak merasanya sejak keluar dari Nilam Puri. Dengan penuh semangat saya menyantapnya, alamak ! … awat tawar macam ayaq ? Ni sup ke tom yam? Harga standart dah RM 3.50, pak cik Mawi kat Nilam Puri tu jual RM2.50 tapi rasanya power la juga..sikit.


MasyaAllah. Saya terfikir, agak-agak la, mak cik yang masak Tom Yam tu pernah rasa tak Tom Yam buatan nya sendiri? Ha..anda bayangkanlah sendiri.


Imbas kembali sirah di zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Seorang budak yang menjual susu di sebuah kampung tak tergamak menurut kata ibu nya agar menambah sedikit air ke dalam susu. Si ibu memikirkan keuntungan dunia tapi si anak memilih untuk mencari keberkatan akhirat. “Memang Umar tak nampak, tapi Tuhan Umar (Allah) nampak” ujar budak tersebut kepada ibu nya.


Kalau di fikirkan, setempayan susu di tambah dengan segelas air, tak banyak terjejas pun rasanya. Tapi seperiuk Tom Yam yang langsung tak ada rasa Tom Yam, apa ke jadahnya ?


Banyak atau sedikit itu lain kisahnya pula. Persoalannya sekarang ialah berat sangat kah untuk kita berlaku jujur hatta dalam masakan?


Untung rugi manusia di dunia di dalam percaturan Allah. Tapi andai rezeki kita dari usaha yang tidak menghalalkan cara, hasilnya cuma perut yang kenyang tapi hati tak tenteram.


Saya menyeru kepada ahli perniagaan di luar sana, tak kisah lah berniaga kecil-kecilan, syarikat besar, hatta menjual gula-gula sekalipun, berlaku jujurlah. Rezeki Allah dah siapkan, Duit pula di cetak setiap hari, tapi keberkatan hanya ada pada kejujuran.



“Aku meragui, lantas aku berfikir. Aku berfikir lantas ku temui diri !”

DSKHAIRUNNISAISMAIL

MAHASISWA.A.P.I.UniMalaya

JERAM, PASIRPUTIH, KELANTAN

0500pm, 03062009



About

Blog Widget by LinkWithin